Posts

Showing posts from May, 2017

Ramadan 2017: Day 3/4

Image
Assalamualaikum.. hari ke 3 bersahur dengan lauk lebihan buka puasa. gulai daging. lala pedas. cukupla tu. nak alas perut je kan. aku bangun pukul 4suku. masak nasi pasu sambung tidur tidur ayam sampai pukul 5. pukul 5 kejut suami makan sahur. lepas tu dah tak tidur sampaila pergi kerja. sejak puasa ni otw balik kerja memang mata ni macam ditampal gam. berat je rasa. dahla aku ni jenis sekali terjaga susah nak tertidur balik. so rasa tidur macam tak berapa cukup je. tapi takpe..weekend nanti kita ganti je balik.hehe untuk berbuka pulak, misi 1 hari 1 lauk masih diteruskan. suruh suami pilih 3 lauk. paprik campur, daging black pepper dan ayam kam heong. suami cakap nak daging. so balik kerja terus masuk dapur siang n perap daging, kupas bawang semua. pukul 6 dah tercongok depan tv, nak tengok ulangan My Kitchen Rules episod minggu lepas. dalam 6.30 baru masuk dapur untuk masak nasi n potong bawang. masa iklan je pun. plannya nak start masak pukul 7.hehe tapi dalam 6.4

Ramadan 2017: Day 1-2

Image
Assalamualaikum. welcome ramadan! tengok orang dok wish rata rata kat whatsap!, facebook..but being me, kadang2 malas.kihkihkih biarlah semangat ramadan tu meresap di hati je. sebenarnya annoying sebab dari sebelum puasa dah dok iklan gitu gini. bulan yang sepatutnya kita bersederhana dan jangan membazir, tapi nan hado! iklan bufet ramadan la, karpetla, telekungla, segala macam jenis iklan ada.  otw balik dari meeting kat HQ, ada kedai siap pasang lagu raya. eei menyampah rasa. baru 3 hari kot.  ramadan tahun ni memang aku bertekad dah taknak membazir. berjimat cermat. dari segi kewangan atau dari segi menu. alhamdulillah, dah hari ke3 ni aku masih berjaya elakkan diri dari jengah bazar ramadan. nasib baik kalau otw balik rumah, ada shortcut yang boleh elak bazar. satunya sebab jalan akan jem. tempat sempit, manusia ramai. rimas jangan cakap. baik aku cepat cepat balik rumah, masak 1 lauk. yang lain ikut suka suamila nak beli apa, nak makan apa. semoga aku istiqamah

Menu Muis 2.0

Image
Assalamualaikum.. lately mood nak capture gambar menu harian sudah kembali. so banyakla gambar dalam hf. pun asik tangguh je nak update blog. kalau time lapar atau puasa, muis suka sangat sangat kalau dapat tengok gambar makanan. alahhh...setakat makanan menu biasa biasa je pun.huhu  tapiiiii..menu biasa tu jelah yang buat muis n suami selera makan. lauk beli kedai ni sekali sekala bolehla. ikan pekasam dari kedah. kawan suami yang bagi. sedap sebab rasanya masam masam. memang kena molek if makan dengan lauk gulai ayam ke gulai ikan ke. if goreng garing memang licin sampai ke tulang. last stock tinggal sekor je. ada kawan balik kampung kat kedah nanti, harapnya boleh la kirim. cuma jenis ikan tu tak sure ikan apa. maybe ikan lampam jawa kot.  ikan selar kuning. suami suka beli n memang dia pesan goreng garing je. style aku serbuk kunyit lebih. memang sodap makan dengan nasi panas. cuma kena alert dengan tulang keras dekat perut dia je. orang kelate pan