First IUI: Negative

Assalamualaikum
Hari ni aku nak sembang result dari iui kali pertama yang aku buat 3 minggu lepas.
Sepatutnya lepas dari tarikh buat iui tu, aku akan period 25hb, raya haji kedua.

Tapi sebelum tu memang dah rasa pun macam nak period. Tapi nurse cakap if awal kehamilan pun rasa macam tu jugak.
Aku tahu percentage iui memangla rendah, tapi still ada sikittttt harapan di situ.hehe

Tapi kali ni memang tak terlambat sehari pun period terus datang tepat tepat 25hb.
Tak bagi can langsung kat aku.hahaha
Sedikit frust tapi takpe, aku tak putus asa pun lagi.
Lambat lagi kot nak putus asa.hehe
Layan sedih kejap pastu aku okayla.

Takkan tak pernah baca kan...
Allah takkan uji hamba dia kalau dia tahu kita tak mampu.In sha Allah ujian ni aku masih mampu bertahan lagi.Insha Allah.

Bila aku bagitahu suami, dia cakap ok je. Takde rezeki. Nanti kita cuba buat lagi.hehe
Suami positif sokmo. Okayla tu. If dia pun emo macam aku, habisla :P

Next appointment dengan gynae on 19.11. Lagi sebulan lebih. Bila balik rumah baru perasan rupanya tarikh tu hari khamis, 2 hari sebelum Ihtifal tadika. Rasa rasanya macam susah sikit aku nak cuti untuk ke hospital.
Maybe pagi tu ada full rehearsal la kot. For sure, akan busy nak siapkan itu ini.

So aku ingat nak kol balik klinik yhen tukar tarikh temujanji. Ingatkan nak awalkan sikit kalau boleh.
Lagipun masa tu period patut on 18.11, so macam rugi je sebulan kalau appointment lepas period.
Tapi tengokla cane.
Klinik o&g kemain lagi sudah nak dapat line.
Dari pagi sampai ke petang aku try kol asik dapat cakap dengan operator je.huhu

Tapi takpe, banyak masa je lagi. Sabar muis, sabar!

posted from Bloggeroid

Comments

  1. sama la mcm kita.. down kejap je, pastu semangat kobar2 semula.. hubby2 sokmo gitu kannn positive selalu.. huhuhuhu!

    ReplyDelete
  2. Keep trying muis... In Shaa Allah de rezeki nati...amin... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM