Posts

Showing posts from July, 2016

In Memories...Arwah Pakcik.

Image
salam. baru seminggu lebih tak update blog rasa macam lamanyaaaaaa... biasalah minggu last setiap bulan aku memang busyla sikit. macam biasa nak kena check daily lesson plan. pastu bila hujung bulan kena check report student lagi, nak kena buat summary lagi. then kalau ada teacher 6 years cuti atau mc nak kena ganti kelas lagi. kebetulan pulak hari ahad tu dah EL, then hari isnin masuk kerja, tapi hari selasa MC pulak. nasib baik masuk kerja rabu khamis tu dah rasa makin ok walaupun tonsil bengkak sikit. nasib baik tak melarat.huhu if last entri aku cerita pasal dok ulang alik tidur rumah mak sebab pakcik tengah tenat kan? tapi rupanya memang umur pakcik tak panjang pun. sabtu minggu lepas 23/7/2016 lebih kurang pukul 6.50 petang pakcik meninggal di hospital. Innalillahiwainnailahiroojiunn...dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali. hari sabtu tu bila aku balik rumah mak belah petangnya aku tengok semua orang takde. rumah pakcik yang sakit ni pun berkunci. rum

Family Affairs.

salam. termasuk malam tadi kiranya dah 6 malam yang aku berulang alik balik tidur rumah mak ayah. ingatkan lepas pakcik balik dari hospital bolehla meneruskan hidup macam biasa. rupanya lepas kemo kali ke3 ahad lepas, kondisi pakcik nampak macam lagi tak ok. in fact masa di hospital hari tu dia nampak lagi sihat kot. boleh duduk n bila sembang pun masih jelas lagi sebutan dia. so mak pun bila malam still tidur kat sana n aku kenalah balik temankan ayah. ceritanya malam tadi, aku sampai rumah ayah lebih kurang 9.30 malam. masa otw balik memang dah rasa mengantu, tapi layanla jugak tv kejap sementara terlelap. ayah ada ajak pergi rumah pakcik tapi aku cakap dah mengantuk. so tidur jelah. then, lebih kurang pukul 12 mak kol. nasib baik aku ni mudah tersedar. bunyi suara macam panik je. mak suruh ayah datang cepat. takkan nak suruh ayah pergi sorang, lagipun aku takut nak duduk situ sorang sorang. so drive lah ke rumah pakcik. takdela jauh sangat dalam 2,3 minit je kot.

Mimpi Lagi

salam. last 2 days ni memang aku letih sangat sangat. 2 hari non stop kehulu kehilir. habis duit, habis masa, habis tenaga.huhu tapi takpelah, dalam moody aku pun, aku buat jugak. ikhlas tak ikhlas tu belakang kira.kihkihkih masa buat tu memangla rasa ikhlas, tapi bila ada tak kena je, rasa nak bebel ikhlas tu dah hilangla kot. tapi takpe, yang tu tuhan je tentukan. aku pernah terbaca, nak judge sama ada seseorang tu buat something ikhlas ke tidak ibaratnya mencari seekor semut hitam didalam gua yang gelap gelita. hah, jumpa ke kalau cari? macam tu sekali susahnya.huhu aku ni macam biasalah, if penat, then tido mesti mimpi mengarutttttt je.  malam tadi sikit punya gila la mimpi. so sebelum lupa cepat cepat aku cite kat blog ni. alkisahnya start mimpi tu dengan aku nampak helicopter kat langit depan rumah aku. dia suluh kejauhan then tempat titik yang dia suluh dari atas helikopter tutetiba jadi macam pop-up image. dalam mimpi aku ni, rupanya helicopter tu tengah

Muis & Raya 2016 (Part 2)

Image
 salam. bersambung lagi cerita 3 syawal. pagi jumaat tu lebih kurang pukul 10 sedara dari Terengganu pergi ziarah kubur n terus balik. hari ni cadangnya nak balik rumah mak petangla sikit sebab lepas jumaat nak pergi kenduri. so untuk breakfast aku just panaskan lebihan satay dengan nasi himpit yang aku simpan dalam peti ais masa raya pertama. nasib baik elok je lagi. lagipun aku ni perut tak sensitif, so dari membazir baik habiskan je. tengahari lepas suami balik jumaat terus pergi makan kenduri. disebabkan lama dah tak makan nasi kenduri, so agak  banyakla pulak aku makan.  lepas tu singgah pulak open house rumah kawan sekolah suami dulu. ada nasi beriyani, ada mee kari, ada mihun goreng tapi aku ni tangki kecik je, so makan jelah mihun goreng je. tak terliur langsung nak makan nasi beriyani dengan mee kari. sekarang ni tengah lapar, rasa menyesal la pulak.huhu then, bila sampai rumah mak petang, cikgu isroha je ada kat rumah. ada mak buat laksa lemak so harusla aku

Muis & Raya 2016 (Part 1)

Image
salam. Ya Allah raya tahun ni rasa bencinta betul dengan line internet. rumah mak tu selalunya if Digi memang dapat full bar, tapi dari first day raya line macam harem. balik rumah mentua lagi la teruk. No service terus dia bagi kat aku. hari ni dah masuk kerja baru boleh nak update blog. tapi takpe sebab aku guna masa rehat nak taip blog so kira halal la kan. makan 5 minit, solat 5 minit lagi 50 minit sempatla aku nak bebel kat sini.kihkihkih selalu pun memang macam tu. aku update blog masa rehat n publish terus. petangnya lepas habis masa kerja  baru share kat fesbuk. kadang kadang pagi esoknya baru aku share di fesbuk. memangla masa kerja ada jugak bukak fesbuk kejap kejap tapi janganla melampau sangat. masa kerja kan? berkat kenala jaga.huhu tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah. ok berbalik pasal cite raya. aku nak summarykan sekaligus je dari menjelang raya sampaila raya ke4. petang raya macam biasa tugas aku lah nak kena pergi collect satay yang tempah.

Persiapan Raya 2016

Image
salam. tahun ni persiapan raya biasa biasa je. malas nak masak apa apa aku just tempah satay je n biskut raya jelah. nnati mak mentua mesti ada buat ketupat dengan tapai. lepas tu nak prepare lauk basah je. biasa pengalaman raya selalunya aku jadi kebulur n gastrik sebab kurang makan nasi. so kena standby lauk siap siap incase balik rumah n lapar masak nasi jelah.hihi walaupun tahun ni aku jual biskut raya, tapi untuk aku, beli 2 jenis je. almond london dengan tops crispy. almond london dah selamat aku habiskan 1 balang. lepas tu baki biskut lain aku beli dari kawan kawan je. lepas tu beli popiah sikit dengan kerepek. dalam gambar ni takde biskut semperit dengan tat nenas. bajet kuih raya tahun ni RM167 je. first time beli biskut ketuk ketuk aidilfitri. walaupun mahal sikit tapi berbaloi, sedapla jugak. memang sedap kot. yang aku beli ni dari mak student, o'coffee cookies. tapi if nak improve kena lebihkan rasa cofee tu kot. baru kena denga

25, 26, 27 Ramadan 2016

Image
Selepas 7 hari, akhirnya hari ni dah boleh sambung balik berpuasa. Macam biasa, aku paling tak suka berpuasa di rumah. Rasa masa tu lambatttttt sangat berlalu. Kejap kejap tengok jam. Pastu hari ni pun rasa malas sangat nak buat apa apa. Nak keluar pun malas. N rasa macam malas jugak nak masak berbuka. Semalam dah balik bukak puasa rumah mak, so hari ni macam malas je nak balik. Asik dok baring je, kejap kejap tertidur. So badan pun jadi letih.huhu Kesimpulannya, hari ni adalah hari malas muis. Kahkahkah hari khamis otw balik kerja aku singgah bazar peringat.  cadangnya nak cari kerabu mangga tapi dah berapa kali singgah asik takde je.  so dok merayau masuk pasar nampak la ada pakcik jual telur ikan.  dah lama tak makan so aku beli 1/4 kilo, rm3 je.  Balik goreng 2 pcs cukupla makan berdua je.  biasa telur ikan aku if tak habis aku buat ratah ratah je. dap dap.    buka puasa rumah mak petang jumaat. cadangnya nak beli lala sebab mak