Posts

Showing posts from March, 2015

Emosi.

Assalam. Maybe disebabkan minggu ni stress terlampau, tup tup 4, 5 biji jerawat naik di muka. Sampaikan suami pun tegur kenapa dengan muka. Kawan kawan tempat keje pun tegur. Bos pun tegur. semua pelik agaknya sebab sebelum ni aku bukan jenis muka berjerawat. Selalunya sebelum period naikla seketul. Tapi kali ni lain macam je. Hari tu dah naik 2 ketul sampai nampak kesan parut. Pastu naik seketul besar jerawat batu. Esoknya naik seketul jerawat nasi bawah hidung. Pastu naik lagi kat tepi hidung. Pastu naik lagi kat bawah bibir. Kali ni aku dh tak berani nak buat main. Tak sanggup nak bayangkan muka berparut bekas jerawat. Tak tahula kenapa, tapi pms bulan ni rasa macam teruk sangat sangat. Dari segi emosi, fizikal. Tak tahu kenapa. Asik teringat benda tak berfaedah. Asik persoal itu dan ini. Jadi keras hati. Sakitkan hati sendiri. Semuanya macam tak boleh ditahan tahan. Moody, menangis, cari gaduh dengan suami. Hari ni baru datang mood nak berbaik baik. Nak

Rahsia.

Hilang punca! Bila rahsia hanya jadi rahsia aku dan dia. Tak boleh dicerita. Hanya mampu ditelan saja. Kau pun tak pernah tahu aku derita. Hanya pandai berdusta. Menyakitkan hati, menyesakkan dada. Tak mampu tenangkan jiwa. Tapi tak apa. Kan Allah itu ada? Aku pun ingin bahagia. In sha Allah, dipermudahkan segala. Wassalam. 

cuti sekolah seminggu

Image
Assalam. Hari terakhir di minggu cuti sekolah. Esok weekend. Ahad pun still cuti lagi sebab ada election dun cempaka. Tapi kelantan jelah. seminggu cuti sekolah ni aku tak apply cuti pun. So hari ni kebetulan ada kenduri rumah sedara, mintak nak half day terus dengan boss. Alhamdulillah, walau last minit, nasib baik lulus.hehe Aku memang macam ni. Walaupun masa cuti sekolah boss bagi kebebasan untuk bercuti, tapi selalunya aku jarang cuti. Rasa sayang je nak habiskan cuti. Selalunya aku akan apply cuti kalau anak sedara ada balik jelah. Ni pun, abang yang kat melaka dari ahad lagi dah balik kampung, tapi hari ni baru berkesempatan nak jumpa. Hari kerja memangla dah tak sempat nak menyinggah. Alhamdulillah, cuti minggu ni dihabiskan dengan berfaedah. dalam 4 hari ni sempatla jugak siapkan beberapa hiasan kelas dengan tema bulanan. Buat simple simple je. Yang penting nampak ceria n penuh hiasan. Ada a few hiasan macam belon warna, bulan dengan abc ambik bbm

31yo

Image
assalam. dah lebih 2minggu baru nak update pasal besday. takpelah. buat kenangan. hihi 1 mac 2015. 9 malam. genap 31 tahun umur aku. tahniah ye muis. bertambah umur lagi setahun. syukur alhamdulillah jugak tuhan dah bagi aku hidup sempurna selama 31 tahun. walau hidup aku takdela perfect mana, tapi aku bersyukur. cukup makan pakai, cukup keperluan n kehendak, kira okayla tu. syukur dengan segala takdir tuhan kepada aku. walau ada kadang kadang rasa tak puas hati n aku kerap persoalkan takdir, tapi kenala percaya qadha' qadar. tak beriman aku kalau tak percaya rukun iman yang ke6 ni. if tahun lepas, aku malas nak ambik pot sayang pasal besday. maybe sebab baru cecah 3 series, rasa sedihla seposen. tapi tahun ni ntah kenapa mood menggatai la kot. dah tua tua perasan lagi nak celebrate. if orang lain, biasanya umur macam ni seronok menyambut besday anak. tapi dah aku ni nan hado lagi, excited sambut besday sendiri pun okay je kot. lagipun aku still young at

saving duit hijau

Image
Assalam. just sharing. start awal bln january, aku istiqamah save duit hijau. Duit rm5. sekarang ni dah hujung bln 2, alhamdulillah aku berjaya kumpul 84 keping bersamaan rm420. aku memang sediakan satu purse khas untuk save duit hijau. asal ada je duit hijau terus simpan. if satu hari tu dapat sampai 6, 7 keping duit hijau, memang semua simpan. tipsnya, jangan fikir banyak, simpan je. Tup tup aku ni dah macam ketagih je nak simpan duit hijau ni. macam best je tengok duit makin lama makin banyak.hehe Tiap malam sebelum tidur wajib aku kira dulu duit hijau. Pagi pagi bukak wallet suami, rembat sekeping duit hijau setiap hari. If takde duit hijau, mesti membebel kat dia. Malam sebelum tutup kedai, tolong simpankan duit hijau sekeping ye untuk saya.Huhu plan mulanya nak cukupkan simpan 100keping baru nak masuk bank. Tapi fikir punya fikir, kot tetiba ke purse ni hilang ke hapa, naya je. Aku ni dahla pelupa. So, decide nak masuk tabung haji je. Nak tambah saving se

berduka.

Image
Assalam... Ternampak kawan share di fesbuk tadi.  Manusia memang macam ni ke? Bila tengah bersedih, ada masalah baru nak ingat tuhan kan? Tak kata kat orang.  Aku pun macam tu lah.  Kalau sedih, barulah rajin nak baca quran. Barulah rajin nak solat sunat.  Masa tulah baru nak ingat tuhan.  Masa gembira, masa senang tak bersyukur.  Lupa yang kegembiraan dengan kesenangan tu dari tuhan jugak.  Hah, sekali datang musibah, baru nak ingat tuhan.  Ok, tu je nak membebel.  Im not in the mood. 

menyesal.

Image
Assalam. Rasa macam bangang je perangai aku sejak dua menjak ni. Asal malam mulala stress fikir nak makan apa. Kalau suami pergi kedai n tanya nak makan apa, bila aku cakap tak tahu nak makan apa, taknak nasi nanti gemok dia mesti speechless. Selalu jawapan dia, lerr.... Tu je.huhu Lepas tu kalau terbabas makan nasi mulala menyesal. Siap dok terfikir banyak mana portion yang dah makan. Yang peliknya hari kerja je aku asik terasa nak makan. If weekend, aku rilek je tak breakfast, pukul 2, 3 baru makan nasi. Agaknya sebab badan letih kerja kot, tu asik lapar memanjang. Ni semua gara gara berat badan makin turunla ni. Bulan lepas 58 kg, ahad lepas dah jadi 56kg. Wahh kemain lagi aku happy. Terus terasa nak maintain atau makin kurangkan, tapi nampak gaya macam makin nak menambah berat pun ada. semalam kemain la konon tengahari taknak makan. Tapi rupanya balik je kerja petang, suami ajak pergi kenduri rumah sepupu dia. Makanla sikit. Then, kirim kat suami nak ayam je

8th Visit: HSG Experience

Assalam. Nak bercerita pengalaman hsg yang aku lalui kejap tadi. Serius, sampai sekarang kalau teringat masih rasa sedih n menangis. Walaupun nurse yang in charge cakap kena datang 2 jam lebih awal, tapi bila aku sampai 12.30, nurse dekat wad mawar cakap kena datang balik pukul 2. Sebabnya pukul 1 dah lunch break, sape pulak nak uruskan hsg ni. So aku pergi surau n lepak je dulu. Masuk waktu zohor, terus solat. Dalam doa, memang dah bermohon semoga dimudahkan segalanya. aku ni penakut, so mintak supaya Allah berikan kekuatan. Pukul 2, aku dah sampai wad mawar lagi sekali. Lama jugak menunggu ada doktor free, sebabnya doktor yang akan bawa aku ke jabatan xray n radiologi. Bila sampai situ, terus tukar baju n pkai baju n kain hospital. then, terus naik katil standby untuk proses. Bila nampak nurse dok sedia alatan, mmg tak tak rasa berdebar pun. Bila dia masukkan spatula n lain lain alat rasa okay jelah. Sebab dah biasa masa treatment sebelum ni. Tapi bila dia nak m

kucing mengantuk.

Image
Assalam. Tengok kat dashboard blog tadi, untuk tahun 2015 baru ada 4 entri. Wakaka Memang pemalas tahap maksima nak update blog. Bila buat entri, kesudahannya asik masuk draf je.huhu Start minggu ni, aku mengajar tuisyen balik. Tapi kali ni kelas mula pukul 10.30 pagi. So, pagi banyakla masa nak rileks. Nak basuh n jemur baju. Nak main masak masak kat dapur. Nak dijadikan cerita masa nak jemur baju tadi, ternampak kucing duduk atas rumput. dia duduk tapi mata pejam. aku dok perati je nape pulak dengan kucing laki aku ni. Mula mula kepala maintain je, tapi makin lama kepla makin tunduk makin tunduk n terus tersengguk. Hahaha memang aku gelak sungguh sungguh. Tersengguk sengguk sama macam anak murid aku masa solat. Bila dh tersengguk terus terbukak mata, terangkat kepala dia. Dia tengok je aku. Pastu mata terpejam balik. Sah, dia mengantuk.hihi. Tulah, malam malam ko taknak tidur sangat. Nak kejar tikus sangat. Lepas tu macam tadi jugak. Bila mata pejam makin l

7th Visit: Appointment For HSG

assalam. bulan ni tetiba kitaran period beralih ke 26 hari. patut period hari ni tetiba je jumaat lepas dah bercuti. takpelah, so hari ni hari ketiga terus apply cuti untuk set tarikh buat HSG. pagi ni datang dengan suami je. lepas dia drop kat depan hrpz, dia terus masuk ofis. so aku naikla tingkat 4, klinik o & g dan cari nurse yang entertained aku last week. so dia bagi borang yang dr wan dah isi rabu lepas. dalam borang tu ada jugak berkaitan dengan alergik yang aku ada. alergik dengan seafood dan ubat selsema. so sebelum proses HSG kena makan dulu ubat. bila aku tengok dr tulis dekat slip tu steroid aku terus macam alamak, aku kena makan dadah? hihi drama je kan. so lepas ambik borang perakuan yang aku ni setuju nak buat HSG ni, kena pergi ke unit x-ray. serah borang dekat situ dan dia bagi satu borang pink. dekat borang tu ada maklumat bila aku kena buat HSG. ingatkan lama lagi, rupanya ahad depan dah kena buat treatment ni. untuk treatment nanti, nur