jeruk madu pak ali, pasir tumboh



assalamualaikum

jumaat dua minggu lepas masa nak ke airport ternampak signboard jeruk madu pak ali
signboardnya mcm menghala ke pc tapi sepanjang jalan aku tak nampak bayang pun kedainya
so lepas tu masuk kerja bagitaula cikji
dia cakap kat pasir tumboh pun ada
depan mata je pun tiap hari lalu nak balik kerja
tapi memang aku tak perasan

so semalam balik dari tuisyen singgahla kejap
saja je nak tengok macam mana kedainya
yelah, jeruk madu pak ali ni konon tersohor di penang
sekarang dah ada kat kelantan
harusla survey line kan.hehe

bila masuk je adik yang jaga kedai tu terus pelawa tester jeruk
so aku ambikla mangga kuning seketul, sengkuang seketul dengan mangga hijau tu seketul
kedainya kecik je
selain jeruk basah dan asam kering, ada jugak sos rojak buah dan ada jugak kerepek

aku dah lama jugak tak makan jeruk basah
asam kering pun dah dekat 2 minggu tak makan
sebab loni dok makan  gula asam jawa pulak.hehe


ni je yang aku beli
sepaket kecil jeruk campur dengan kerepek ubi
adik yang jaga kedai tu cakap if beli 3 paket rm12 je
tapi takpela, aku bukan makan jeruk sangat pun sekarang ni, nak kurangkan
beli ni pun just nak try je rasa jeruk tersohor.hehe

lagipun pendapat akula, jeruk madu pak ali ni biasa je kalau ikut selera aku
sebab bila aku try tester just rasa manis semata mata
taste aku pulak tak suka manis je, kena ada masam masam sikit
lagipun ada je kedai aku beli jeruk mangga kuning rasa lagi sedap dari jeruk madu pak ali ni

tapi tulah, taste masing masingkannnn..hehe
sape yang suka manis manis tu okayla kot
yang kerepek ubi tu belum try pulak
tapi tengok bumbunya macam banyak macam sedap je
kerepek paket besar tu murah je rm3.50
kalau sedap bolehla beli lagi lenkali :)









Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM