satu hari sebelum raya



assalamualaikum


hari terakhir ramadhan untuk tahun ini
hari nilah jugak baru nak basuh baju raya dengan baju melayu suami
hari nilah jugak nak pergi ambik tudung raya
nak pergi ambik satay yang ditempah

then kakak mesej tanya bila nak balik rumah mak
So dalam pukul 11 aku terus mandi siap siap
lepas ambik tudung dan satay aku terus gerak rumah mak
hari last puasa biasanya aku berbuka rumah mak ramai ramai dengan adik beradik

nak dijadikan cerita tadi masa nak pegi ambik satay aku silap bajet terlanggar kaki khemah orang dok bakar satay
nasib baik tak runtuh khemah tu.hehe
habis tercalar kereta terkopek cat semua
matikla aku kalau suami tahu
dahla baru malam tadi je suami merungut kereta banyak kesan calar calar.huhu

later terus gerak ke rumah mak
lepak lepak tengok tv je
tak masak apa pun
aku dah pesan kat suami suruh beli lauk
then abang balik bawak balik lauk
lepas tu kak ipar masak 2, 3 lauk
tambah itu ini jadi banyak juga




ada macam macam lauk
Ikan bawal 3 rasa, singgang, gulai, ayam goreng, ketupat sotong, sambal pauh, sayur campur, ikan tawar, ulaman dan budu
tapi aku cuma makan ayam goreng, sambal pauh dengan sayur campur je
lepas tu makan tembikai banyak gilos sampai sengkak perut aku.huhuhu

jap lagi nak gerak balik jelawat
malasnya nak masak rendang.huhu
padahal kemain bertekad aku tahun ni nak masak rendang
ni dah rasa kenyang, sakit kepala
sikit lagi ngantuk pulak




Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM