satu hari di hari raya 2013


assalamualaikum

terus terang tahun ni mood raya memang ke laut
gambar pun malas nak snap
gambar makanan ke gambar sendiri ke
gambar famili pun takde tahun ni
tapi adala gambar wajib aku dengan suami, dengan anak

bermula sehari sebelum raya memang dah macam macam hal
disebabkan salah faham aku tak order la satay untuk rumah mak malam ni
jenuhla kena torture dengan akak
stress aku
malamnya lepas berbuka terus ajak adik ke bachok
kat sana banyak kedai jual satay
manala tahu kot kot ada yang boleh beli on the spot
dan nasib baikla memang ada satu kedai tu boleh beli tanpa tempahan awal
lagipun nak 200 cucuk satay je

then balik jelawat masa tu memang mood nak masak rendang tu dah ke laut
so aku bagi mak je daging sekilo
boleh gulai untuk buat makan dengan roti jala
lepas kemas rumah dengan suami lebih kurang then aku masuk tidur

pagi raya macam biasalah di rumah suami
lepas subuh aku terus gosok baju raya
isi biskut raya dalam bekas
lepas tu rebus ketupat nasi
lepas sejam lebih kurang gas tetiba mati
kebetulan la pulak habis gas
then sambung masak nasi himpit segera tu kat atas rumah kak ipar
silapnya nasi himpit tu patut aku masak malam sebelumnya
lepas tu bila nak potong tak betul2 sejuk lagi kesudahannya nasi tu tak terhimpit pun
dah jadi ala ala nasi nak makan dengan lauk oh stressnya aku

so makan jelah satay dengan kuah kacang tu pun okay
lepas suami balik dari kuburan, gerakla balik rumah mak
kat rumah mak tahun ni selain nasi himpit dengan satay ada jugak laksa kelantan
lepas tu aku buat jugak nasi ayam
elok dalam pukul 2 lebih nasi ayam dah siap suami ajak balik nak beraya kat kg dia
so satu gambar makanan pun tak ada yang aku snap.huhuhu
lepas raya bila mood dah mari barula nyesal tak sudah
tak meriahla blog aku ni tanpa gambar2 makanan
jeles aku tengok blog orang lain :(

lepas jalan jalan balik rumah 
suami tidur tidur jap lepas asar keluar pergi beraya lagi
then balik rumah
malam raya pun lepak rumah je
alahai....memang boring tahap nak hantuk kepala kat dinding je raya tahun ni
ni mood emoo akula punya pasal ni
tapi takpela jom tengok gambar gambar ala kadar yang ada muka aku raya kali ni.huhu





gambar menjelang maghrib 1 syawal
gambar pun kusam semacam je
alahai serba tak kena
next entri la pulak tepek gambar lain
ada dalam kamera adik ipar


*update ni pun dalam mood yang kelaut jugak.huhuhu





Comments

  1. hihihi...sama la raya kali ni malas betol nak amik gambar...1st day raya tu lah yang paling malas...last2 1 gambar pun xde...gambar family ramai2 pun xde tahun ni...yg ada pun gambar makanan je...tu pun kakak yg paksa suh ambil haha...
    selamat hari raya muis...maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya muisss dan family!! Eh tema baju raya kita samala tahun ni hihihihi

    ReplyDelete
  3. ala i baca pun dpt bygkan bad moodnya u time tu. dgn x order sate la nasi impit tak jd huhu

    ni nasib jgakla ada gmbr raya ni. cantik baju u :)

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. asal bachok gak yea. nik pn asl sana :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM