Posts

Showing posts from November, 2012

hari terakhir persekolahan 2012

Image
assalamualaikum walaupun cuti sekolah dah start 8hb aritu tapi di TAP kami lanjutkan sampai hujung bulan so hari ni hari terakhir persekolahan a big hurray for me.hehe disebabkan aku sebuk dengan a few thing selain dari kerja di tadika ni so tak sempat nak fikir nak prepare something as gudbye gift to students memang rasa ralat sesangat sebab aku ni suka spend duit and masa untuk benda macam ni so bila tak dapat buat rasa macam sedikit bersalah sepanjang tahun ni dah banyak sangat kenangan aku dengan students kebanyakan nya yang baik baikla memang la aku antara teacher yang garang tapi setakat garang dengan budak apala sangat kejap marah kejap dah pergi pujuk mengajar bebudak kecil tak sama dengan mengajar bebudak besar kalau datang dengan masalah lain aku boleh balik dengan hati yang tenang dan bahagia nampak muka dorang terus lupa semua masalah kalau moody dengan suami datang je kerja jumpa dorang terus lantak pilah dengan suami.h

first date kami

Image
assalamualaikum pagi pagi bila dengar hot fm nak g kerja mesti banyak dapat idea untuk aku tulis blog.hehe dah lama ritu keluar issue first date so terbayang bayang la di fikiran aku dulu cane pertemuan pertama dengan suami  dok terkoya la seorang sambil drive tu.ahakss 19 januari 2009 masa tu aku kerja di ikbn bachok suami pulak baru bertukar dari putrajaya first impression aku? menyampah! sebab aku rasa dia koya mentang awak baru balik dari kl dengan percakapan dengan gaya rambut eeii memang menyampah je dahla suka mengusik aku kalu sembang apa apa dia je nak menang macam dia la hebat tahu semua dahla rambut belah tengah bajet hensem la tu tapi tulah orang cakap bila benci lama lama jadi suka hmm tak salah la apa orang cakap tu dah selalu sangat mengusik aku sampai aku pun terjatuh  kerusi  hati.hehe menyampah je so our love story goes on and on takdelah straight je kisahnya adala bengkang bengkoknya tapi da

WithWordWednesday

Image
assalamualaikum hidup tidak selalunya indah langit tak selalu cerah ni lirik lagu lukisan alam-hijjaz ya jangan tak tahu pulak.hehe "lepas hujan, adala pelanginya..." chill out bebeh :) dah lama tak tengok pelangi..  ;) 

anak derhaka & bubur asyura

Assalamualaikum Sekarang dah bulan muharam So sekarang ramaila yang akan akan mengacau sugho Sugho bahasa Kelantan atau bahasa standardnya bubur asyura Teringat pulak kenangan masa kecik Kalau orang mengacau sugho ni Lepas je masak sebleum diangkat masuk bekas Suruhla ayah atau abang atau pakcik buatkan bekas nak makan sugho lembik ni Guna batang pokok pisang Kopek sampai jumpa kulit tengahnya yang bersih dengan licin Letak sugho kat atas tu Buat jugak sudu dari batang pokok pisang ni Seronok sungguh masa tu kalau ingat balik.hehe Sekarang dah ada dah kot orang buat macam tu Berbalik pada tajuk di atas.hehe So aritu masa dok sembang dengan mak pasal pakcik mengacau sugho Mak pun cerita la satu kisah benar Yang dah berlaku lama lama dulu Tak tahula sama ada  sedara mak atau sedara ayah Nama pun aku dah lupa Mak cakap pompuan ni mati berulat Dah berapa hari baru orang tahu dia mati Sampai ayam duk makan ulat dari badan dia jatu

tipsy tuesday: petua mencuci hati

Image
assalaamualaikum dah lama tak kongsi petua untuk tipsy tuesday hari ni nak share Petua Untuk Mencuci Hati Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat Nabi  paling kurang dalam kiraan 100 kali.  Cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing  serta membuat orang sayang pada kita.  Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain  walau di mana jua dia berada. Kesan jangka masa panjang,  bacaan selawat dengan kerap  membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif,  membuat kita sentiasa bersangka baik  pada situasi-situasi dalam hidup kita.  Sikap suka bersangka baik dapat dibina  dengan mengamalkan bacaan selawat.  Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif,  iaitu sikap yang paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan. kredit to  ensaiklopedia petua melayu lama

lagak si tudung labuh

Assalamualaikum Tak tahu nak start macamana Tapi hari selasa minggu lepas masa interview jqaf Adala something yang menarik perhatian aku yang aku nak share di sini Bila aku sampai di bilik D, masa tu dia cuma letakkan beberapa kerusi kat luar bilik temuduga So masa tu memang dah tak adala kerusi kosong So aku just berdiri je dengan suami Lepas tu bila suami cakap nak g smoking kejap tinggal la aku berdiri sorang kat situ Masa tu aku tengok adala sebuah kerusi Takde orang cuma tempat letak handbag saja Tuannya nampak comel lote bertudung labuh Tapi punyala tak sensitive Apa salahnya alihkan handbag dia dan pelawa aku duduk kat situ Dah aku ni dok berdiri kat tepi tu macam tiang lampu Tapi punyala sombong jangankan nak senyum pandang pun tidak Kata nak jadi guru so tolongla tunjuk attitude yang positif sikit Sorang calon yang aku jumpa sebelum tu okay saja Isteri doctor tapi sikit pun tak sombong Siap mintak nak tukar fon number lagi Tapi yang ni bukan nak cakap

resepi mudah: sambal sardin goreng ala muis

Image
Assalamualaikum Hari ni nak share satu resepi mudah Walaupun mudah tapi kalau kena gaya mau bertambah nasi.hehe bahannya: setin sardin cap ayam brand bawang merah, putih, besar cili giling/cili kisar lada siam/lada burung sos tiram/kicap/perasa/garam/gula Cara membuatnya: Asingkan sardine dari sos dan goreng sekejap Aku suka goreng dulu kononnya nak bagi dia garing Lepas tu tumis sajalah bawang merah, putih, besar and lada  Bila dah naik bau masukkan cili kisar atau cili giling Aku memang malas nak kisar cili buat stok So cili giling memang selalu ada dalam peti ais Tumis lagi biar masak atau pecah minyak Pastu masukkan sos sardine tadi, tambah sedikit air Biarkan lagi dengan api perlahan saja Taknak dia hangit Later tambah kicap sikit, sos tiram sikit, garam gula dan pak aji sikit Kacau lagi sampai agak kering dan naik minyak, rasa and siap sebelum ikan sardin diasing dari sos dan digoreng dulu nak garing sangat

bukit gambang waterpark

Image
Assalamualaikum entri sempena cuti sekolah Kalau nak bercuti, taman tema air antara tempat kegemaran aku Walaupun aku ni dah 28 tahun tapi still muda di hati Kalau dapat main air mengalahkan budak budak la aku ni.hehe Setakat ni aku dah pernah pergi Lost World Tambun, Melaka Wonderland  dengan Bukit Gambang Waterpark Antara 3 lokasi ni bagi aku bukit gambangla yang paling best Masa pergi Melaka wonderland dulu tempat tu baru dibuka Pergi pulak on weekdays so tak happening langsung Masa pergi lost world tambun dulu best jugak Tapi aku still lebih sukakan bukit gambang lagipun area pantai timur jugak nak pergi pun dekat je bebudak yang tak sabar nak main air satu je menyampah kalau taman tema ni dari satu tempat ke satu tempat nak kena jalannya jauh ya amat tapi nak bergumbira punya pasal sanggup je kalau di melaka wonderlang dia ada sediakkan baggy car tu tapi tak kuasa j

interview dpli jqaf pt 2

assalamualaikum kali ni nak berkongsi cerita masa individual slot pulak so lepas habis grouping semua kena keluar and tunggu dipanggil masuk sorang sorang nasib aku kena turn nombor 2 takdela lama sangat kena mengunggu penemuduga dua dua lelaki pakai kopiah ustazla kot sorang mesra alam, sorang serius sikit sajala tu nak bagi kita berdebar padahal memang rasa cuak pun.hehe soalan mula mula dah kena tanya nape nak jadi cikgu? ustaz tu siap bebel lagi kerja cikgu ni itu ini begitu begini so aku pun panjang lebar la bercerita ikhlas dari hati aku campur kelentong sikit sikit sebab nak sedapkan jalan ceritanya.hehe lepas tu masuk topik perguruan dia tanya apa itu PIPP? alamak! mati aku! interview kali ni memang aku tak baca last aku baca untuk interview tahun lepas bila dia tanya ada berapa komponen aku bedal ada 4.LOL ustaz berdua tu geleng kepala sambil bagi komen memerli aku dalam kelembutan lantak, aku terus putar belit cita pasal PSSMI! selesai! beralih k

interview dpli jqaf pt1

Assalamualaikum Dua hari lepas aku ke temuduga dpli jqaf Hmm tak tahu nak cakap Buat pertama kali seumur hidup aku Aku gabra sampai tak boleh nak tidur malam sebelum interview Kalau sebelum ni aku memang cukup konfiden kalau kena interview Interview kerja bank, kerja kerajaan, kerja swasta Dah bermacam jenis interview aku attend Tapi tak tahula nape kali ni rasa tak konfiden sangat sangat Memang aku boleh rasa Maybe sebab aku takut mengecewakan mak dengan suami aku kot Sebab sebelum ni aku temuduga untuk diri sendiri Tapi temuduga kpli ni something big untuk future aku Maybe aku takut gagal, aku taknak mak kecewa Aku nak mak gembira, maybe sebab tu lah kot Padahal ni kali kedua aku attend kpli jqaf Dulu rilek saja pun, nape kali ni aku stress? Sebab interviewnya susah kot Nak kata tak prepare aku prepare walaupun last minute preparation Sampai aku siap siap dah kemungkinan yang aku takkan berjaya Lepas paginya terus mandi and sem

nasi goreng mak si muis

assalamualaikum nasi goreng makanan kesukaan semalaya kan? sape cakap tak suka nasi goreng memang tipu.hehe hari ni nak share resepi nasi goreng paling best dari mak NASI GORENG IKAN REBUS bahan bahan 1) nasi sejuk semalam punya - kalau takde ko pi basuh beras sekarang and tanak nasi pastu boleh goreng. aku biasa je buat gitu.hehe 2) ikan rebus-biasa ikan selayang la selalu yang direbus kat rumah 3) bawang merah-tumbuk 4) serai-tumbuk 5) budu tu jelah kot bahannya cara nak buatnya pulak: tumbuk bawang dengan serai kalau suka pedas boleh masuk lada tapi mak memang tak pernah letak lada panaskan minyak tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau, jangan sampai terhangit pulak masuk la nasi dengan ikan rebus yang dibuang tulang dan dicarik diramas isinya sesuka hati kalau nak boleh tambah sayur dengan lauk basah lain tapi mak buat biasa memang dia tak letak kalau dia letak pun kadang kubis yang dia cincang halus memang tak ada feel sayur bila dah hampir masak

cerita geraham bongsu

Assalamualaikum Dah seminggu aku sakit gigi Bukan giginya bermasalah Tapi geraham bongsu tengah nak membesar kot Bengkak gusi and rasa tak selesa Orang memang selalu cakap Sakit kalau nak tumbuh geraham bongsu Ada jugak yang sampai demam Aku pun dah lupa berapa lama geraham bongsu ni naik Tapi sekarang dah nak jadi complete shapela Yang peliknya sakitnya tak berterusan pun Kadang ok kadang sakit Agaknya time sakit tu gigi tu tengah nak membesar kot.hihi Tadi terajin pulak nak jadi doktor gigi Nak tengokla dah banyak mana membesarnya geraham bongsu ni So aku duduk depan cermin and suluh dengan lampu hf Aku tengok rupanya bentuk gigi atas dah naik semua Tapi dia still tenggelam lepas tu gusinya separuh tutup dekat atas Bila aku peratikan rupanya gusi tu seolah olah terbelah sikit sikit So that  baru gigi tu dapat naik ke permukaan gusi aku boleh nampak gigi yang belum naik tu

aku pendendam atau sukar memaafkan?

Assalamualaikum Actually selepas insiden yang berlaku dua bulan lepas sampai sekarang benda ni mengganggu aku Memang susah sangat nak lupa Benda tu akan selalu datang mengacau emosi aku Tak kira siang malam, Kadang sampai termimpi mimpi Emosi yang datang selalunya marah, geram dan berakhir dengan aku menangis Aku memang tak suka disakiti Sakit badan ada ubatnya tapi kalau hati aku yang sakit,  kenapa susah sangat aku nak lupa tapi mungkin sebab orang yang menyakiti ni bukan orang tersayang aku kalau suami atau mak ayah mungkin senang saja kot Aku memang  tak boleh nak tipu diri sendiri Kadang aku cuba lari dari fikirkan pasal benda yang menyakitkan hati aku dengan mendekatkan diri aku pada tuhan Tapi selalu tak bertahan lama Mungkin aku tak ikhlas tak ikhlas dengan tuhan dan diri sendiri Dalam kata lain, aku sukar memaafkan Kalau luaran aku nampak macam tak bermasalah dengan perkara tu, Mungkin dalaman aku masih sakit Takde sia

cerita minggu lepas

assalamualaikum bagi warga kelantan last week best sangat kan? cuti berderet deret.hihi jumaat sabtu macam biasala cuti sambung ahad isnin keputeraan as sultan kelantan selasa cuti deepavali rabu patut kerja tapi bos bagi cuti tolak annual leave la kiranya and khamis cuti awal muharam pulak sambung lagi jumaat sabtu wahhh heaven sungguh khamis malam jumaat dengan pagi jumaat aku dah bertungkus lumus basuh semua baju kotor kemas bilik sikit sikit malam jumaatnya terus angkat bantal pergi rumah mak patutnya tido rumah mak dua malam je tapi berlanjutan hampir seminggu masalahnya suami tidur rumah dia kebetulan mak mentua keseorangan di rumah so terpaksala suami temankan si isteri seronok berilek rilek di rumah mak.hehe bila suami nak ambik ada je aral yang melintang so hampir seminggu tu rutin aku tidur bangun makan semua depan tv macam nak muntah dah tengok semua rancangan tv nam berpinar bijik mata tengok marathon the voice marathon amazing race, segala b

musim rambutan

Image
assalamualaikum aku suka duduk kampung tambah tambah kalau musim buahan sekarang ni dah start musim rambutan rambutan rendang kat depan rumah ayah dah start berbuah dah boleh makan pun walau tak masak merah meranum lagi pokok rambutan rendang kat depan rumah ayah rendang sangat sampai tak nampak batang meliar sampai ke tepi jalan sape sape yang lalu memang boleh kutip macam tu saja tak payah panjat pokok panjat je naik kat tapak madrasah lama tepi rumah boleh ambik buah fresh dari pokok boleh ngap kat situ terus.hehe aku suka rambutan masak macam ni saja aku memang tak makan yang masak merah ranum tambah tambah yang sampai berair kat dalam tu sementara tunggu dia nak merah betol  insyaallah aku akan habiskan dulu.hehehe sape yang lambat balik kampung cuti sekolah ni alamak melepasla.. ;p

baby 12.11.12 @11am

Image
Assalamualaikum last 2 days dapat berita gembira Makcik selamat melahirkan baby girl di husm So lepas zuhur terus gerak ke sana Makcik actually dah 40an pun Tapi dah rezeki dia Beza dengan anak yang sebelum ni hampir 12 tahun Memang bila dapat berita dia pregnant aku memang terkejut la sangat Tapi aku jeles sebenarnya.hehe Kita yang muda ni susah nak lekat Yang dah ada cukup anak pulak yang senang dapat Takpelah nak buat macamana Semua tu di tangan tuhan  comel sungguh baby girl putih melepak tapi bila aku cium tak bau pulak bau baby yang best agaknya sebab hidung aku tersumbat kot.hihi mulanya dia tidur masa aku dok snap gambar dengan flash pun dia tak sedar lepas tu aku dok usik usik pipi dia terus dia nangis kemain kuat lagi dulu aku memang tak reti sangat pegang baby baru lahir tapi sebab sekarang ni hormon keibuan meluap luap so memang tak kekok langsung dah masanak  angkat baby and du

attitude negatif driver jalanan

assalamualaikum pagi pagi dah bermasalah di jalanan menyampah betul dengan driver yang tak reti nak ikut rules ni kereta nak bawak peraturan taknak ikut pulak kebetulan pagi ni ada pendaftaran di tadika hari jumaat jalan di pasar tu memang akan sesak sikit so sengaja dah turun awal bila elok je sampai di jelawat, slow slow tengok parking mana ada yang kosong esampai je depan bank, nampak ada kereta nak reverse keluar parking aku terus bagi signal la nak masuk masa tu kat tepi tu ada satu van laksa dia park selang dua kereta dari situ disebabkan dia duduk rapat ditepi jalan pulak tu signal memang tak bagi so aku bajet dia taknak la masuk parking bila elok je aku nak masuk parking dia terus gerak and bagi hon kat aku macam sengal je mandangkan aku dah halfway nak masuk aku decide untuk buat bodoh dan terus masuk je parking bila aku keluar kereta sebelum aku lintas jalan aku siap bagi jelingan maut beserta mesej "sape cepat dia dapat.. kalau memang nak m

a card to someone i loved!

Image
assalamualaikum found this on hubby's car it's been 2 years since i gave this to him know what dat means? 2 years u kept that on ur car? OMG i hope there's a better explanation about this...huhuhu u are so not getting birthday card this coming dec! ;p

western cooking class@ikbn bachok

Image
assalamualaikum masa dok godek pendrive banyak je gambar dalam tu sampai pening nak tengok dok bertindan tindan sampai berpuluh folder terjumpa gambar masa ambik short course western cooking 3 tahun lepas.hehe actually masa tu aku mengajar part time di ikbn bachok so every year very month dia akan adakan weekend short course kat situ selain western cooking ada bermacam jenis la short course yang dia sediakan tak payah bayar apa apa just mendaftar, attend class then boleh dapat sijil tunjuk skil menggoreng je posing yang lebih.hehe berposing di tepi hasil kerja ada sandwich, chicken boxing, coleslaw ada apa lagi ntah dah lupa beelajar cara buat ayam boxing guna bahagian drummet senang sangat sangat just potong keliling bahagain hujungnya lepas tu tarik semua isinya ke bawak dan bentukkan bulat salut jelah dengan tepung atau bread crumbs and deep fry kan saja teman sekursus the only guy abe eri sedang