Posts

Showing posts from May, 2018

Ramadan 2018 - Entri 2

Image
Assalamualaikum. Hari ni plan nak berbuka dengan kawan tempat kerja. So dalam 6.30 baru shoot ke sana. Jadi adala masa nak update blog sekejap. hehe Dah 2 hari berpuasa ni tak tahulah kenapa tak selera dengan nasi. Maybe sebab cuaca panas kot. So tekak dahaga. Bila time berbuka nampak air jelah. nasi satu senduk makan separuh je. Kuis kuis je dalam pinggan. lepas suami siap makan, aku pun terus tutup saji. Takde selera nak sambung makan. Malamnya sebelum tidur, kalau nak makan, makanla apa apa. Buah ke, biskut ke, kuih ke. Kalau takde, terus tidur jelah. Bangun sahur gagahkan diri jugak makan nasi sikit. Minum susu kurma. Tu pun nama makan menu masak sendiri. If lauk beli, lagilah aku tak selera. Cuma kelmarin teringin nak makan ayam percik. Teringin nak makan buah tembikai sejuk sejuk. Air pun, terasa nak minum air sejuk dari peti ais je. Tak terasa sangat nak minum air manis. Apapun, walau tak berapa ada selera dengan nasi, still masih bertenaga nak continue be

Ramadan 2018-Entri 1

Image
Assalamualaikum.. Ramadan tahun ni tak sama dengan tahun tahun lepas. Malas gila nak berblog. Kebetulan start puasa tengah sebuk dengan kerja. Dalam 2 3 minggu ni, rasa macam minggu je kot macam free sikit. Selalu pun bulan puasa, aku rajin je snap gambar menu buka puasa. Tapi tahun ni macam malas sikit. Mungkin sebab aku sempat berpuasa 2 hari je lepas tu terus bercuti. Bila tak puasa, mood puasa pun takdelah kan. Memangla seronok tak payah puasa seminggu, tapi feel masa berbuka tu tak adalah.huhu Tapi memangla sekarang ni dah akhir zaman kan. rasa macam baru je first day puasa..tup tup  hari dah 11 Ramadan dah. Lagi 18 hari je dah nak beraya. Disebabkan tahun ni malas..so gambar lauk pauk berbuka pun kita campur campur jelah ek.. yang penting, lain masak wajib ada. sumpah aku tak selesa dengan lauk bazar. suami ajak gi bazar pun malas. aku cuma singgah bazar otw balik kerja sebab nak beli popiah goreng dengan air je. gambar atas ni semua lauk pauk berb

jeruk mangga asam boi lagi?

Image
Assalamualaikum. Yes, betul. Jeruk pauh asam boi lagi.hihihi Konon taknak buat sebab mangga mahal? Konon jelah.  Ritu yang first time buat 3 bekas.  Sebekas bawak makan di tadika Sebekas bagi mrs boss.  sebekas makan laki bini. Done.  Janji dengan orang nak beli buah mangga murah tapi nan hado.  Petang jumaat, suami keluar beli barang kedai tengok tengok dia bawak balik pauh lemak. Padahal tak kirim pun. Dia cakap dia beli rm10, 6 biji. Murah jugak la kot.  Happy je rasa bini ni, tapi tak cakap kat dia pun.  Tapi bak kata dia, bukan baru nikah sehari.  Dia tau dah ragam bini dia ni kalau badmood ke, kalau happy ke.hihi Kali kedua buat 1 bekas besar, 3 bekas kecil. Lenguh jari kupas kulit 6 biji, dah pisau pengupas tumpul sangat.  Kalau macam ni tak boleh nak meniaga ni. Jemu pulak rasa nak hadap benda alah ni. Tapi 2 hari lepas, akak cakap suruh buat la pulak lagi mangga asam boi ni untuk dia. So petangnya, masa otw balik dari rumah