Maggi & Laksa

Assalamualaikum.

Sape suka makan megi? Sure ramai suka kan?
Aku pun suka jugak.
Tapi semua orang pun tahu megi ni dah masuk kategori makanan tak sihat.
Dulu masa tengah buat treatment orang selalu suruh aku stop makan megi. Minum air karbonat.
Tapi aku makan jugak. Minum jugak.kihkihkih

Tapi honestly aku takdelah makan megi kerap sangat.
Seminggu sekali atau 2 minggu sekali.
Air karbonat pun sama.
Seminggu sekali je. Tu pun yang botol kecik je.
Hari bekerja memang jarang atau langsung tak beli.
Selalunya hari cuti weekend je aku beli.

Tapi megi ni selalu terasa nak makan bila dah boring makan nasi.
Macam aku pulak kalau makan megi nak kena ada sayur lauk pauk mcm udang ayam atau sotong.
Kalau takde stok lauk memang aku malas makan megi.
Ada orang makan megi bodoh celup air panas pun takpe.
Aku tak suka. Memilih.
Alang2 makan megi pun harusla masak best best. Baru puas hati 😆😆😆

Alkisahnya nak cerita pasal malam tadi makan megi.
Semalam hari selasa ada je pasar malam area rumah.
Tapi fikir punya fikir...acam boring je tak tahu nak makan apa.
Last last wasap suami bagitau nak makan megi je.
Nak makan yang dia masakkan. 😅

Mengada punya bini kan?
Dahla laki tengah sakit kaki naik bisul kat paha kiri..
Jalan pun terhencut hencut macam orang tempang 😄😄😄
Bini punya mengada nak suruh laki masak lagi.
Nasib baik laki melayan.


Orang lelaki kalau masak memang best kan?
Ayah mentua pun selalu masak. Nasi goreng. Megi.
Memang sedap.
Lagipun dah boring makan air tangan sendiri.

Tapi yang tak tahannya laki muis ni suka pedas.
Dahla maggi kari tu memang original pedas..
Bila dapat je mangkuk megi, ada lah dalam 4 biji lada siam tu.
Dengan sebiji lada hijau.
Satu suap je terus terasa kat lidah. Pedas nak mamp..😣

Tapi dah lapar kan...rezeki takkan nak tolak.
Makanla si bini sambil bersiut siut kepedasan.
Padahal dia taknak makan pun.
Tapi dia masak macam dia je nak makan.
Bukan dia tak tahu bini dia tak suka pedas.
Light light okla. Tapi yang ni memang pedas tahap hardcore ni.
Elok je lepas makan terus bergelodak perut.
Masuk bilik nak solat isyak..tapi terpaksa singgah jamban dulu.
Ingat kan dah okla.
Lepas je solat isyak..lagi sekali perut memulas. Terpaksa ke tandas kali ke2.
Masa tu dah rasa ketar2 badan sikit.
Tekak pun rasa loya loya macam nak muntah.

Tak sampai 10 minit lepas tu ke tandas lagi kali ke3.
Aduhla. Terseksa sungguh.
Nasib baik lepas tu rasa lega sikit.
Bolehla tidur.
Esok paginya celik je mata terus ke tandas lagi.
Cukup 4 kali.
Otw nak g kerja pun perut tak tak selesa.
Bila bagitahu laki...ooooo tak boleh makan pedas la tu.
Selamba badak je dia cakap gitu.

Nasib baik tak jadi buasir.kahkahkah.
Mak cukup marah kalau makanan pedas pedas.
Anak anak makan pedas pun dia marah.
Tak elokla apalah.
Memang pun. Aku tak boleh tolerate kalau makanan tu pedas sangat sangat.
Kalau order tomyam selalunya aku akan cakap kurangkan pedas.
Bagi aku kalau pedas sangat...hilang nikmat nak menikmati makanan tu.
Asik dok fokus pada pedas tu je. 😅

Btw hari ni ada.pasar malam lagi.
Kali ni aku beli makanan kat sini je.



uba teka harga laksa ni?
Rm2? Rm3?
Salah. Rm1.50 je pun 😄😄😄
Murah gilos kan?
Banyak ni.punya.portion..sengkak perut aku tau.
Almaklumla tangki kecik je.
Tapi nampak boring kan laksa aku? 😆
Bawang dan lada memang aku cakap jangan letak.
Kuah pun aku suka jernih je. Bumbu dia segala daun kesum bunga kantan aku tak suka sangat.
Suruh dia letak sikit je. Sebab aku akan asing letak tepi jugak pun.

Setiap minggu yang ni jelah aku dok beli.
Kalau tak laksa penang aku beli laksa lemak.
Beli jugak tadi 2 cucuk isi ayam madu. Dah habis aku ngap sampai je kat rumah.
Untuk suami kalau pasar malam...takde benda lain pun yang dia nak.
Beli kopok lekor rm2 untuk dia..cukupla tu.
Sangkut.palstik kopok kat gear..dia makan yang tu jelah sampaila ke rumah 😄😄😄
Tak payahla offer makanan itu ini kat dia. Semua dia geleng je.
Haihhhh senang betul nak jaga laki aku ni.
Tapi bab makanan jelah. Bab lain???? Hmmmmm....😒😒😒

posted from Bloggeroid

Comments

  1. maggi pedas tu nampak sedap
    laksa tu murah betul...sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. megi tu suami masak. sbb tu sedap.kihkih
      laksa tu pun wpun murah tapi memang sedap.
      nampak je mcm tu. sedap ikut tekak sy lah.hihi

      Delete
  2. Hana pun minat megi! tapi tak boleh makan selalu lah... :) Btw done follow sini!! :D

    ReplyDelete
  3. sedap kan maggy ! terliur gilooo
    murohnyo laksa alek bachok.
    sini mahal lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM