Posts

Showing posts from 2018

KCM: Suamiku Menyakiti Hatiku

Assalam. Another story.hehe. Happy reading folks.. "Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. D tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras. Isteri yang diherdik, merasa sangat sakit hati, tapi tanpa berkata kata, dia menulis di atas pasir: HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.  Mereka terus berjalan, sampai bertemu sebuah oasis, diamana mereka memutuskan untuk mandi. Si isteri, cuba berenang namun nyaris tenggelam tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika hilang perasaan takutnya, dia menulis di sebuah batu: HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.  Suami bertanya, "kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu?" Isterinya tersenyum sambil menjawab: "Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku akan melupakannya. D

Raya 2018

Image
Assalamualaikum. entri raya ni memang sengaja simpan nak blog hujung hujung syawal sebabnya..entri puasa ada lagi satu dua belum publish.kihkihkih tak publish kang sayang. penat i snap dengan edit pic tau. walaupun blog suam suam air milo..tetap kena update kenangan hari tua. nanti anak cucu saya boleh baca.hee tahun ni cuti raya 6 hari je. disebabkan raya jatuh masa weekend, so dapatla cuti sehari sebelum raya n lima hari selepas itu. raya ke6 dah kena masuk kerja. boleh je nak apply cuti tambahan, tapi sape kenal aku tahulah aku jenis jarang cuti aka sayang cuti.kihkih tahun lepas annual leave dapat 16 hari, tapi aku guna 5 hari n half je. mc guna 2 hari. tahun ni pun plannya macam tulah. setakat ni dah masuk bulan 7, aku baru cuti 3 hari, mc 2 hari. hihi ok, berbalik cerita raya. tengok gambar jelah ek. tengok gambar yang nak upload baru aku ingat jalan cerita nak membebel. entri puasa yang last pun haram satu details pun aku dah tak ingat. gigih jugak nak upd

Ramadan 2018 - Entri 3 (Makette Steamboat & Grilled)

Image
Assalamualaikum. Buka puasa ramadan ke15 semalam, kawan tempat kerja berpakat nak berbuka kat luar. If berbuka kat luar memang selalunya dorang taknak makan nasi macam biasa. Selalunya pilihan makan steamboat jelah. Mulanya dorang decide nak berbuka dekat Mahy Seafood &Grilled. Tapi rm35 perhead macam mahal la pulak. Especially aku ni bukan jenis makan beriya.pun. So ada kawan suggest berbuka kat.Makette Kota Bharu. Bila aku kol, untuk berbuka puasa dia charge rm25/head. Deposit rm5/head. So masa bayar kena bayar rm30/head. Kebetulan petang semalam gerak je dari tempat kerja hujan la pulak. So memang syokla kan makan bakar bakar ni. Bila tengok dalam facebook page Makette, expectation tu agak tinggi la jugak. Nampak best je bila tengok gambar gambar dalam page. Bila sampai tengah hujan lupa pulak nak snap gambar depan kedai. Tapi kedainya senang je nak cari. Kitorang gerak dari pasir tumboh straight je menghala ke husm. Lepas trafik light nak ke jpj panji naik

Ramadan 2018 - Entri 2

Image
Assalamualaikum. Hari ni plan nak berbuka dengan kawan tempat kerja. So dalam 6.30 baru shoot ke sana. Jadi adala masa nak update blog sekejap. hehe Dah 2 hari berpuasa ni tak tahulah kenapa tak selera dengan nasi. Maybe sebab cuaca panas kot. So tekak dahaga. Bila time berbuka nampak air jelah. nasi satu senduk makan separuh je. Kuis kuis je dalam pinggan. lepas suami siap makan, aku pun terus tutup saji. Takde selera nak sambung makan. Malamnya sebelum tidur, kalau nak makan, makanla apa apa. Buah ke, biskut ke, kuih ke. Kalau takde, terus tidur jelah. Bangun sahur gagahkan diri jugak makan nasi sikit. Minum susu kurma. Tu pun nama makan menu masak sendiri. If lauk beli, lagilah aku tak selera. Cuma kelmarin teringin nak makan ayam percik. Teringin nak makan buah tembikai sejuk sejuk. Air pun, terasa nak minum air sejuk dari peti ais je. Tak terasa sangat nak minum air manis. Apapun, walau tak berapa ada selera dengan nasi, still masih bertenaga nak continue be

Ramadan 2018-Entri 1

Image
Assalamualaikum.. Ramadan tahun ni tak sama dengan tahun tahun lepas. Malas gila nak berblog. Kebetulan start puasa tengah sebuk dengan kerja. Dalam 2 3 minggu ni, rasa macam minggu je kot macam free sikit. Selalu pun bulan puasa, aku rajin je snap gambar menu buka puasa. Tapi tahun ni macam malas sikit. Mungkin sebab aku sempat berpuasa 2 hari je lepas tu terus bercuti. Bila tak puasa, mood puasa pun takdelah kan. Memangla seronok tak payah puasa seminggu, tapi feel masa berbuka tu tak adalah.huhu Tapi memangla sekarang ni dah akhir zaman kan. rasa macam baru je first day puasa..tup tup  hari dah 11 Ramadan dah. Lagi 18 hari je dah nak beraya. Disebabkan tahun ni malas..so gambar lauk pauk berbuka pun kita campur campur jelah ek.. yang penting, lain masak wajib ada. sumpah aku tak selesa dengan lauk bazar. suami ajak gi bazar pun malas. aku cuma singgah bazar otw balik kerja sebab nak beli popiah goreng dengan air je. gambar atas ni semua lauk pauk berb

jeruk mangga asam boi lagi?

Image
Assalamualaikum. Yes, betul. Jeruk pauh asam boi lagi.hihihi Konon taknak buat sebab mangga mahal? Konon jelah.  Ritu yang first time buat 3 bekas.  Sebekas bawak makan di tadika Sebekas bagi mrs boss.  sebekas makan laki bini. Done.  Janji dengan orang nak beli buah mangga murah tapi nan hado.  Petang jumaat, suami keluar beli barang kedai tengok tengok dia bawak balik pauh lemak. Padahal tak kirim pun. Dia cakap dia beli rm10, 6 biji. Murah jugak la kot.  Happy je rasa bini ni, tapi tak cakap kat dia pun.  Tapi bak kata dia, bukan baru nikah sehari.  Dia tau dah ragam bini dia ni kalau badmood ke, kalau happy ke.hihi Kali kedua buat 1 bekas besar, 3 bekas kecil. Lenguh jari kupas kulit 6 biji, dah pisau pengupas tumpul sangat.  Kalau macam ni tak boleh nak meniaga ni. Jemu pulak rasa nak hadap benda alah ni. Tapi 2 hari lepas, akak cakap suruh buat la pulak lagi mangga asam boi ni untuk dia. So petangnya, masa otw balik dari rumah

Muis turns 34.

Image
Assalamualaikum. Dah sebulan lebih baru nak update pasal birthday? 😅 Tapi takpelah..untuk kenangan kan? yang tahun lepas pun rasanya tak publish.kihkihkih Tahun ni besday jatuh hari khamis. Takde nak sambut apapun. Dah tua kan? Aku cuma order brownies untuk diri sendiri. Takde orang nak belikan kita kek. 😢 Mulanya plan dengan kawan yang besday selang 3 4 hari dari aku, Cikji kot kot nak berjimba ke KT nak tidur kat mana mana 1 night. Tapi hari sabtu 3hb tu sabtu bekerja la pulak. So plan kansel. Brownies ni aku tempah dengan mak kepada students. Sape sape area kelantan boleh la tempah. Memang tak mengecewakan. Ni aku bagi link ig dia ... Instagram IzzBrowniesBites Yang ni harganya cuma RM20. Brownies banyak ni..suami makan 2 ketul. Yang selebihnya bawak balik rumah mak bagi anak sedara je makan. Then malamnya kebetulan mak buat solat hajat. Jemput orang masjid 4,5 orang je pun. Mak malas masak so beli satay n nasi himpit jelah. Ada kuih kuih jugak sikit.

Visit baby Luth Iman.

Image
Assalamualaikum. Tahun 2018 ni in sha Allah anak sedara bertambah lagi 2 orang. Sorang dah selamat lahir bulan februari hari tu. Sorang lagi in sha Allah another 4 month kot. Rezeki adik, akhirnya setelah 7 tahun berkahwin..wife dia dah pregnant. Syukur alhamdulillah sangat sangat. Walaupun aku takde rezeki anak sendiri, tapi diberi rezeki anak sedara yang ramai. Alhamdulillah, di tahun 2018 ni anak sedara semuanya dah masuk 30 orang. Adik n wife dia kawin tahun yang sama dengan aku, cuma beza 3 bulan je. So bila first time mak bagitahu adik ipar dah pregnant, jujur aku cakap memang aku sedih. Mood masa tu terus down..down n down. Adik ipar pun kebetulan masa tu ada, takdelah dia beriya cerita dia dah pregnant. maybe nak jaga hati aku taknak bagi aku sedih kot. Tapi biasalah, dah namanya perempuan, tipu sangat la kalau tak sedih. Tapi tak lama pun aku sedih...sehari dua cukupla. lepas tu mood aku berubah macam biasa n tumpang gembira jelah. Kalau Allah nak bagi rezeki.

Membebel hari jumaat.

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Busy dengan apa pun tak tahu. Bukan ada anak pun. Laki pun sorang je.kihkihkih Selepas 3 minggu..akhirnya minggu ni boleh rileks kat rumah. Betul betul rehat. Bila penat boleh baring n lelapkan mata anytime. Last 3 weeks...phewww.. Penat. Stress. Serabut. Sakit tubuh. Takde mood. Semua ada Alkisahnya 3 minggu mak takde rumah ke kl dan melaka atas urusan keluarga. Ayah tak ikut so aku lah yang kena stay rumah mak temankan ayah. Mula mula tu stress jugak. Almaklumla...mak ni kan jantung hati keluarga..so walau mak suka bebel tapi kalau dia takde..feel dia tu lain. . Nasib baik la 3 minggu tu cepat je berlalu. Jumaat minggu lepas mak dah balik..so kehidupan diteruskan macam biasa. Syukur alhamdulillah. 😂 These past 3 weeks...macam2 jadi. Di tadika sorang senior teacher kena stop last minute sebab dapat offer kerja spa. So 2 minggu aku kena jadi cikgu sementara guru masuk next week. Dan baru 2 3 hari ni jugak ada kematian dala

Kenduri CNY

Image
Assalamualaikum. Cuti raya cina tahun ni cuti sekolah kejap je pun. Termasuk weekend, 5 hari je cuti. Tapi walaupun cuti pendek, macam biasa kenduri tetap jalan punya. Aku ni jenis yang kalau dapat jemputan kenduri..especially kawan kawan, jarang sangat kalau aku tak attend. Kalau ada kenderaan n takde program lebih penting in sha Allah sampaila aku. Pernah terbaca jugak. If kita dapat jemputan wajib untuk hadir kecuali ada aral melintang. Tak surela pulak betul ke tak. Bagi aku, aku suka fikir kalau kita hadir jemputan..konfem kawan yang jemput tu happy. Cuba kalau kita jemput tapi kawan tak datang...of course kecewa jugak kan? Mulalah fikir..tak sudi ke datang? Takkan dalam ramai ramai seorang pun tak nampak muka kan? So cuti cny ritu adalah dapat beberapa jemputan. Hari sabtu 17.2, jemputan kenduri kawin bekas cikgu Tadika Aulad Pintar. Sekarang dia dah kerja bahagian kesihatan. Walaupun dah 3 tahun...still dia masih ingat untuk bagi jemputan. Bila sampai peng

Cuti Chinese New Year

Image
Assalamualaikum.. Macam frust je menaip new entri tapi bila cari kat draft semua dah takde.huhu btw salah aku jugak. guna bloggeroid kat tab tapi simkad takde. selalunya aku akan load post from sd card..tapi dah simkadnya takde. bongok betul. kemain menaip berjela jela.kihkihkih anyway, lesson learnt. takde nak cite apa pun. last week kan cuti 3 hari, so hari cuti kalau mood datang membebel la apa apa yang patut. hari jumaat lepas pagi pagi lagi aku dah balik rumah mak sebab mak nak mintak tolong hantarkan makanan ada gotong royong kat kubur. mak takde buat apa pun. pulut pagi dengan kelapa muda parut, pastu goreng ikan selayang. air pulak buat teh o panas je. lepas siap hidang makanan, aku tinggalkan kat situ je. singgah beli breakfast nasi kerabu pastu balik ambik mak. ingatkan nak hantar je mak kat kubur tu, tapi dia ajak baca yasin pulak kat kubur nenek. kalau taknak, konfem mak bebel.kihkihkih padahal malam sebelum tu aku memang dah baca yasin pun niat