Seminggu Berhari Raya



Assalamualaikum.

tahun ni sama macam tahun 2012.
hari raya jatuh hari ahad isnin.
maka bercuti panjanglah kami termasuk jumaat sabtu, jumlahnya 9 hari.
mana yang kaki berjalan tu..sakanla pergi beraya situ sini.huhu

untuk hari raya, aku nak update satu entri je.
kalau panjang pun lantak. nama pun muis membebel kan?hehe

Raya Pertama.
kali ke7 beraya dengan suami, macam biasaaaaaaa...pagi raya di rumah laki.
aku stay dengan mentua. suami anak bongsu. anak lelaki satu satunya.
so seumur hidup pun macam nilah rutin rayanya.huhu
tapi nasib baik suami faham.
raya rumah aku sedikit meriah dari rumah dia.
so paling lewat pukul 11, memang kami dah gerak balik rumah mak aku. alahhhh, 6km je pun.

rutin pagi raya pun macam biasa.
lepas subuh aku terus masuk dapur.
tahun ni baju raya dah gosok malam raya. ruang tamu pun kemas mala raya.
pinggan mangkuk pun dah basuh dan keringkan malam raya.
pagi raya just potong nasi himpit, panaskan kuah kacang, panaskan gulai ayam.
roti jala dan satay tak payah panaskan. malas.hehe
pastu isi kuih raya. buat air sunquick oren. pastu hidangkan dekat ruang tamu.
masuk bilik mandi n bersiap tunggu suami dan anak balik solat raya.



meja makan di pagi raya.
simple simple je untuk famili kecil aku ni.
menu: satay ayam, nasi himpit, roti jala, gulai ayam dan biskut raya.



biskut raya 2017: almond london, cheese tart, tart nenas, semperit, sarang semut.
tiap kali raya, if balik rumah mak, risaukan bekas kuih raya ni je. takut pecah.
hak milik mak mentua tapi aku sayang macam aku punya.kahkahkah.



 tempah roti jala 1/2 kilo dari adik ipar.
aku buat gulai ayam. first time masak gulai ayam ni.
esoknya balik rumah mak, ada yang perli tanya..jadi ke gulai ayam?huhuhu
nak perli tahap kemalasan kita lettew..




satay ayam, nasi himpit.
tahun ni berjaya rebus nasi himpit dengan jayanya. 
wajib tiap tahun sebab aku suka satay.
raya haji nanti pun nak order satay jugak.
ok habis bab makanan. 

lepassuami balik dari masjid sesi bagi bagi duit raya, makan makan sikit.
beraya la dulu dengan famili belah suami semua mana yang ada.
suami balik dari kubur baru kitorang balik beraya belah aku pulak.

beraya rumah mak dah malas nak snap gambar food.
banyak sangat.
antara menu: satay, nasi himpit, kuah kacang, lemang, rendang ayam, laksa kelantan, mihun soto, kek lapis dan kuih kuih raya. 
suami aku, kat rumah mak barulah banyak dia makan. kejap makan itu kejap makan ini.
dah sembang sembang, dia terus membuta.
masa nak bergambar barulah kejutkan dia balik.huhu




selfie dalam kereta dulu sebelum si isteri berair mata mintak maaf dengan si suami.
pertama sebab sedih banyak dosa.
rasa macam tak terucap kata kata maaf tu.huhu
kedua sebab geram suami pun banyak dosa kat bini.
so suami pun kenalah mintak maf jugak kan? g



mintak maaf sekadar posing sahaja.kihkihkih


 

tahun ni tema biru muda.
bini harusla baju baru kan..
suami kita recycle jelah baju melayu tu. save bajet.
tahun depan tema hijau insha Allah kita beli kat awak baju melayu baru ye.hehehe





bergambo dengan laki je.
nak menayang la jugak gambar peluk peluk kan?
setahun sekali je pun. harap diampunkan.kahkahkah




tengahari sambung beraya kat rumah makcik pakcik..
muis bersama 3 bujang.
semua dah tinggi mengalahkan mak sedara dia.
sepupu dari 2 family. kebetulan dorang baju tema sama..






muis dan cucu saudara..
nenek katanya.huhu
anak kepada anak abang sulung..



family encik ismail dan puan sa'ibah..
36 orang, 1 tiada dalam gambar nani sophia..
lagi 16 orang takde dalam gambar..huhu




mak ayah dan anak anak..
1-iswadi
2-ispazhil (beraya rumah mentua)
3-izhar (beraya di johor)
4-ismira
5-iskandar
6-ismawi (beraya di perak)
7-isroha
8-isruzaini 'muis' aka tuan tanah :D
9-izwan
10-isrozimah (beraya di kl)
11-izrul



mak ayah dan menantu
baju melayu biru-suami muis
baju melayu merah-suami kakak ismira
baju melayu biru tua-suami kakak isroha
kebaya purple-isteri adik izrul
kebaya light purple-isteri adik izwan
kurung merah-isteri abang iswadi
kurung kelabu-isteri abang iskandar




mak ayah dan anak menantu..
asik nak gambar elok je kan..
nah ambik sekeping gambar candid..
tuan tanah pun mulut ternganga maintain cute.kahkahkah..

macam biasa aku akan stay dekat rumah mak sampaila malam.
lepas tu baru balik jelawat.
so habis raya pertama.


Raya ke2 dan seterusnya..


beraya di rumah kakak di jerteh
tahun ni 3 pasang baju semua material cotton..
muis peminat tegar cotton, harusla bercotton everyday.huhu
dress kain cotton beli dari kakak ipar..tudung instant shawl naelofar pinjam.kahkahkah




sesi makan makan.
nasi dagang terengganu.
saya orang kelantan, so lagi prefer nasi dagang kelantan.hehe




mihun soto.
baru sempat nak makan.
masa raya pertama rumah mak, tak makan pun.
aku asik bedal laksa je seharian.
tak selera nak makan benda lain.

balik  beraya dari jerteh sampai pun dah malam.
suruh kakak drop terus kat jelawat.

Raya ke3..petang keluar beraya rumah kawan sekerja. takde gambar.
pastu singgah tengok kawan yang baru bersalin.
pastu  balik pergi beraya rumah kawan dari zaman sekolah n diploma.
dah maghrib baru sampai rumah.

Raya ke4..lepak rumah je layan tv.
Pagi tu je balik rumah mak kejap sebab abang sulung dah nak bertolak balik ke Melaka.





Raya ke 5..keluar ke rumah kakak ipar.
family dia ada buat kenduri arwah dan kesyukuran.
Otw balik singgah rumah sedara ayah.
Jumpa biskut raya cornflakes legend.
Dah jarang sangat jumpa orang buat biskut macam tu.
Dahla sedap..tapi lupa nak snap gambar.



Raya ke6..ada kawan cakap nak datang beraya.
So aku buat mee goreng je. Ada kek lapis sikit. Pastu hidang biskut raya je.
Kawan lama masa diploma. Bff gittew.
Ada ambik gambar berdua tapi masa tu aku tak sempat nak mandi n pakai elok elok.
muka pun dah macam hapa.hehehe

Raya ke7 hari sabtu melepak kat rumah je.
basuh kain baju semua. esoknya dah kerja.
tahun ni sakan beraya cuti 9 hari direct.
tahun depan rasanya cuti raya paling lama 5 hari je.



ucapan raya aku tahun ni.
aku edit je gambar raya dari tahun 2011-2016.
nasib baik semua gambar ada dalam blog.
tulah untungnya ada blog hehe
7x beraya masih berdua..tapi takpe. In sha Allah ada rezeki kami, aku up kan gambar bertiga.kihkihkih

akhir kata..di 23 syawal 1438hijriah ni, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang layan blog aku ni. arigato gozaimas... :D









Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM