Muis Memasak


Assalamualaikum...

sejak rutin dan berubah ni..kerapla sikit aku kena masak.
if dulu, hari bekerja memang tak masakla.
hari cuti je masak.
tu pun selalunya jumaat je.
if hari sabtu kadang beli nasi ayam, kadang tapau lauk, pergi makan kenduri ke hapa.
takpun kalau pagi dah beli nasi bungkus, tengahari memang suami dah tak nak makan.
aku pulak akan makan lewat sikit.
so bab makan minum memang takde masalah. 

tapi sekarang anak dah duduk sekali.
so hari kerja untuk makan malam suami suruh masak.
takut anak lapar katanya.
alang alang dah masak, kami semua makanla. takkan nak pandanggggg je kan?

bila berubah rutin ni, adala beberapa benda yang buat aku stress.
1. penat balik kerja kena masak.
2. bila dah siap masak nasi n buat lauk tetiba anak cakap taknak makan.
3. bila dia tak makan, nasi n lauk tak habis. membazir.
4. aku pun makan, jadi akan lebih gemuk.
5. baju tidur dah tak selesa buat tidur sebab dah bau tumisan bawang sos semua.
6. bila baju kena tukar 2 kali tiap malam, stok baju kotor makin cepat bertambah.
7. antara pukul 8-9 kat dapur, so banyak missed drama korea. dahla cite best semua main masa tu.huhu

nampak tak betapa banyaknya masalah timbul kalau aku kena masak hari bekerja.kahkahkah
read: malas!

tu belum masuk bab mak mentua tanya nape tak masak nasi?
bila aku cakap anak dan cucunya taknak makan..dia tanya nape taknak makan?
dahtu nak makan apa?

aduhai....takut sangat anak cucu dia lapar.
yang stressnya akulah.

tambah tambah aku ni tak reti sangat nak bercakap dengan orang tua.
banyak soal sangat mulala aku ni tak senang duduk.
mentaliti orang tua, siang malam pagi tengahari malam wajib makan nasi.
if tak makan nasi, maksudnya tak makan.
boleh gitu?

aku ni bab masaknya takde masalah, sebabnya if makan tu habis licin nasi lauk semua memang aku ok. yang geramnya bila kita penat masak, nasi tak habis. lauk tak habis.
tu kalau makan berdua dengan laki lah.
if anak makan sekali, selalunya memang licinla lauk n nasi.
aku pulak if masak nasi, cukup cukup je sekali makan.
untuk malam, masak lain pulak.

so taktik aku sekarang ni, balik kerja tanya anak dulu dia nak makan ke tak.
pastu inform laki.
selalunya laki pun tak nak makan kalau anak taknak. jaga body la konon. takut buncit.
so aku pun tak masakla.
seminggu 2 hari ada pasar malam, makan je ringan ringan pun takpe.
then dalam seminggu jugak malamnya aku akan masak selain dari nasi n lauk.
selalunya nasi goreng atau mee goreng atau megi.
3 menu ni tak penat sangat n boleh makan depan tv.hehehe

sekarang meh tengok menu lauk biasa biasa aku ni.
lauk orang kebanyakan je.hehehe



gulai udang.
first time masak seumur hidup aku pandai masak.
first try, aku sendiri bagi markah 4/5 bintang.kihkihkih




sotong goreng.
aku tumis bawang merah n putih dulu.
pastu baru masukkan sotong/cili/bawang besar.
sayur tu optional.





telur masin pecah minyak.
faveret ni.
tak beli, pau je dari rumah mak time stok dia banyak tu.
selalu ambik 3,4 biji tahanla sebulan dua.




sambal ikan bilis kering.
lauk suami suka. isteri pun suka. anak pun suka.
buat sendiri lagi puas hati. nampakla ikan bilisnya.
kalau beli siap, macam banyak bawang je dari ikan bilis.




ayam goreng menu wajib.
if nak goreng aku suka pilih tulang.
bahagian dada simpan nak buat nasi goreng, mee goreng n megi.
portion ayam ala kak wok.
aku tak suka potong besar.
if paha, memang aku potong 3.
apapun, berani kerat jari ayam aku ni lagi sedap dari ayam nasi kak wok pasir tumboh. kahkahkah




lala goreng pedas.
jumpa kat PKT hujung bulan ritu.
besar sikit dari saiz yang biasa aku beli kat pasar.
masa buat ni, aku lupa api terbesar, dok ralit basuh pinggan kat sinki.
tengok tengok kuah dah kering.
tapi this time buat, aku rasa sambal dia macam bestttttt sangat sangat.
tak tahula aku campak apa dah. kihkihkih




sekali sekala makan sardin.
kali ni beli brand marina.
zaman gawat ni, tak mampu nak makan cap Ayam Brand.huhu
makan berdua je dengan suami. anak mengantuk tertido awal.
3 ketul kecik ni makan berdua pun tak habis tau.
suami pulak bukan jenis meratah lauk. habis nasi terus dia stop.
so bakinya bawa ke hadapan...kihkihkih. teringat masa belajar akaun dulu.
bakinya esok bawak pergi kerja buat lunch. jangan membazir pleaseeeee..





sayur air bebola ikan homemade disinari cahaya keimanan. hahaha
dari kecik mak masak sayur air macam ni.
guna isi ikan selayang selalunya.
aku guna kembung. tumbuk je isi ikan dengan lesung sampai hancur, campur sikit tepung jagung.
tu je tepung yang ada kat rumah aku.
then buat bulat bulat masuk je dalam periuk lepas kuah mendidih.
sayur air, aku suka letak lada hitam lebih. tumbuk je kasar kasar. yang halus tak best.
anak cakap sedap. bagus. memang licin kuah dia habiskan. sayur je tak makan. samala dengan bapak dia tu. tak makan sayur.




yang ni bukan lauk. ni pinggan aku if makan sesi petang atau solo.
makan depan tv. bawak air je segelas.
antara jenis comfort food aku.
nasi panas dengan kicap, ayam goreng atau daging atau telur ikan goreng, ikan selayang rebus digoreng, ulam timun.
yang ni aku acar pisang muda mak buat.
makan sikit sikit je nak jimat.
ambik portion yang nak 1 atau 2 sudu, baki simpan dalam peti. memang tahan je. tak basi pun.
air tangan mak aku tahula dia buat cane.huhu
selain dari acar, sedap jugak if ada sambal pauh atau lawar.
tu jelah menu untuk makan solo ni.

malam tadi pun aku makan untuk bekal puasa hari ni lebih kurang ni jugak.
nasi panas, kicap, sotong goreng, sambal ikan bilis melaka, baki acar pisang muda ni.
licin nasi yang aku masak. alhamdulillah.






Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM