kisah di jalan raya



assalamualaikum.

sekarang ni aku pegi kerja banyak drive sendiri.
sebabnya suami dah masuk unit naziran so banyak kerja luar.
if kena pergi naziran, dia pergi lewat sikit, tapi aku punch card pukul 8 so kenala drive sendiri.
kalau dia rasa nak pergi tu jauh or dia mengantuk, dia datang tempat kerja aku tukar kereta, tinggal motor.
bila dah siap, dia datang hantar balik kereta.
jangan suruh la aku bawak balik motor, jawabnya ke lubang dua lah aku agaknya.huhu

bila bawak kereta sendiri ni, macam biasalah.
kalau tetiap hari tak stress dengan driver lain memang tak sah.
aku ni bukan nak kata cekap sangat pun, tapi alhamdulillah sejak bawak kereta almost 10 years, tak pernah lagi terjadinya benda yang tak diingini.

kadang kadang, kalau kita ni dah  hati hati, orang lain pulak yang bermasalah.
walau kita manusia tak sempurna, sekurangnya minimumkan masalah di jalan raya.
style aku if nak pergi kerja, kalau siap awal, terus gerak.
padahal dari rumah ke tadika dalam 15-20 minit je pun.
tapi kalau 7 pagi dah siap, aku gerak jelah.
kalau dengan suami, barulah lewat sikit. paling lewat 7.30.
tapi still sampai sebelum 8.

gerak awal tu pun supaya tak rushing di jalan raya.
kalau rushing, satunya letih tekan minyak dan brek belum masuk lagi cilok kiri kanan.
lepas tu if rushing, macam cepat je minyak habis asik tekan minyak brek macam tu.
n sebab utamanya untuk keselamatan lah.
standard aku if pergi kerja, 60-70km je.
kecuali kalau nampak kereta belakang macam rushing n dia susah nak potong, baru aku tekan minyak sikit.

aku ni takdela cermat sangat pun, tapi aku memang jaga jarak selamat antara aku dengan kereta depan.
memang aku perati je jaraknya elok elok satu tiang.
sebab rasanya masa ambik lesen dulu, memang cikgu cakap 1 tiang lebih kurang.
masalahnyaaaaaa...bila kita jaga jarak 1 tiang, kereta dari belakang datang potong terus masuk depan kita.
kitala pulak yang terpaksa slowkan kereta.

menyampah betul kalau sebelum sampai traffic light selalunya kereta  berderet, elok elok je semua gerak slow n steady, jenis yang nak cepat ni potong n masuk depan kita. ek eleh...beza 1 kereta je pun.
lainla kalau ko terus potong langkau 4,5 buah kereta, berbaloi la jugak kan?

yang satu lagi menyampah kalau nampak kereta dari belakang memotong pastu bila bertembung dengan kereta laluan bertentangan, dia cepat cepat nak masuk line.
kita nilah jugak yang kena tekan minyak ke depan sikit nak bagi dia ruang.
if tak bagi kang takut gesel kereta atau langgar kita pulak!
serius manusia macam ni sakit otak.
jalan tak clear pun sebukkkkk nak memotong pastu menyusahkan orang.
katalah dia bertembung dengan kereta depan, mesti sedikit sebanyak akan efek jugak kereta terdekat kan?

aku ni bukanla baik sangat pun.
jumpa yang gila macam ni selalanya memang aku membebel.
ko nak mampus sangat, hah mampusla sorang.
geram punya pasal kan?

selalunya selalu yang buat perangai macam ni geng kereta besar la.
hilux, triton..pastu kereta yang konon konon mahal la seposen..
toyota honda..yang cc besar.
kita yang pakai perodua ni redho jelah.

macam minggu lepas otw aku balik dari tunjung, keluar je pagar jpn, nyaris nyaris nak kena dengan hilux ke apa entah.
kebetulan aku pusing satu dua saat je kot betulkan lubang econ, bila angkat muka je, hilux tu memang dah depan mata. tengah memotong viva yang kononnya nak berhenti bahu jalan sebab bagi signal.
agaknya tak menyempat tunggu viva tu clearkan jalan di terus nak potong.
memang dekat sangat sampai aku terkejut.
nasib tangan aku ni cepat pusing stereng ke kiri pastu kanan balik sebabnya belah kiri ada jugak tiang lampu.
rasa macam zup zap kereta aku cilok kiri kanan.
kereta tu memang dekat sangat ibaratnya kami bertiga ni berderet atas jalan 1 line je.
number plat memang tak nampak sebab dah depan mata.
then aku terkejut sampai tak sure hilux ke ford n warna pun memang aku lupa.
gigih nak recall tapi tak ingat.
dahla laju. macam kereta dia tu terkam kereta aku ni. 


berdebarla jugak seposen. kalau aku tak sempat cilok ke kiri paling sikit kena gesel.
worst case, kena tabrak dari depan..konfem ke hospital.
worst worst case, ke tanah kubur.
memang wajibla driver tu kena maki dengan aku.
agaknya dia pun tak sangka viva yang konon nak masuk kiri tu tak jadi masuk n stop.
masalahnya tak sabar sabar nak tunggu viva tu betul betul masuk kiri, yang tak sabar sangat nak memotong tu kenapa?

syukur alhamdulillah aku ni if nak kenderaan, kereta or motor, ayat kursi memang tak lekang.
dah jadi tabiat.
if bawak kereta dalam hujan lebat or sesak ke apa, memang aku dok ulang baca jelah.
aku yakin sangat ayat kursi ni boleh tolong elak aku dari kecelakaan. '
kuasa Allah semua tu.

satu lagi aku tak faham jenis driver yang suka sangat dok tengah tengah antara 2 lane.
dahla slow. if laju tak kisahla sangat.
kita la pulak jadi susahnya lahai nak potong.
if jalan kampung 1 lane je, bukannya besar macam jalan besar.
just nice je muat muat selisih dengan kereta dari depan.
masalahnya time kereta datang dari depan, pandai pulak ko masuk lane betul betul.
kalau takde kereta dari depan, terus ketengah kongker dua lane terus.
sakit otak ke hapa?
tak nampak ke orang buat garisan putih tu?
kalau buta takkanla boleh drive kan?
memang jumpa yang macam ni aku rasa sakittttttt hati sangat sangat.

satu lagi yang lalu selekoh pastu makan lane kita.
kalau terlanggar? memang sesaja jelah menyusahkan orang.
dah ko tak lalu selekoh tak reti nak perlahan, memangla akan termasuk lane orang lain bila nak ambik jarak tu.
dah kita pulak yang nak kena elak dorang.
kalau tepi tu ada parit ke longkang ke?
manusia macam ni dasar otak letak kepala lutut. menyusahkan orang.

aku berani cakap ni pun sebab benda ni semua aku jaga.
kalau benda yang orang buat kita tak suka, kita pun kena la elak dari buat macam tu jugak kan?
kalau lalu selekoh if perlahan, memang tak payah pun nak masuk lane orang.
jalan kerajaan buat dah cukup besar dah untuk kereta kat malaysia ni.
lainla kalau ko tu bawak kapal terbang atas jalan raya kan?

sabarrrrrrr jelah..






 

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM