Posts

Showing posts from 2017

Musim Hujan Part 2

Image
Assalamualaikum. Tahun ni sedang elok je cuti sekolah musim hujan n banjir terus datang. Tapi best. Saya suka. Banyak faktor dia. Antaranya: No1: tiap hari boleh pergi balik kerja dengan hubby sebab dia tak bawak motor No2: best sangat kalau nak tidur. Sejuk. Dingin. Etc. No3: boleh bawak kete redah air. No4: boleh jalan kaki bawak payung n main air banjir. No5: boleh makan ikan darat & ikan sungai aka puyu sepat haruan etc No6: boleh makan banyak sebab lapar sokmo. 😄😄😄 Kesimpulannya, muis suka musim hujan.kihkihkih. No complain at all. 😜 Tapi apapun musim hujan jugak tak best sebabnya: No1: pakaian susah nak kering. Lembab. Tak best nak pakai. No2: rumah banjir. Dapur n bilik tidur. Lantai basah. Rimas. No3: astro problem. Tak boleh layan tv tanpa gangguan siaran. No4: malas nak bangun pagi nak pegi kerja. No5: jalan tak boleh lalu. Kena lalu jalan jauh, shortcut etc. No6: jalan jem. Semua orang nak bawa kereta. No 7: musim lipan, pacat, lintah, cacin

Musim Hujan Part 1

Image
Salam... Setelah seminggu hujan n ada sesetengah kawasan dah banjir, akhirnya hari ni cuaca panas sikit. Dari malam tadi sampaila petang ni..langsung hujan tak turun. Alhamdulillah. Tapi apapun aku suka musim hujan. Cuaca sejuk. Nak tidur malam pun best. Cuma yang lecehnya bila malam asik tersedar sebab nak ke tandas. Aku jenis tak tahan sejuk. Bila malam malam hujan turun..memang rasa hepi je. Terus bahagia sampai ke pagi. Minggu ni bos bagi cuti setiap staff 2 hari seorang. Tak deduct annual leave. Kebetulan famili abang sulung ada balik bercuti di kg. So semalam n hari ni lepas je suami blah g kerja aku balik rumah mak. Setakat semalam hujan masih turun so jalan nak masuk rumah mak memang agak bahaya. Terpaksalah aku ikut jalan shortcut kg sebelah. Sebabnya petang selasa balik kerja singgah rumah mak, suami meredah air dalam sampai tercabut no plat kete. So takdenya aku nak lalu ikut jalan sama lagi. Terus terbayang kete dihanyutkan air masuk sungai belah kiri atau s

Welcoming school holiday 2017

Image
Assalamualaikum.. Akhirnya habis jugak sesi persekolahan 2017. So kalau di kelantan hari ni adalah hari pertama cuti sekolah. Seronokla yer adik2 semua boleh cuti. Aku pun seronok jugak. Sebab dah tak payah sental baju sekolah anak.😆 Skang yang tinggal cuma perlu sental baju kerja bapak budak jelah. Rutin menggosok pagi pun ringanla sikit. Anak pun dah takde kat rumah. Katanya nak ke kl. Balik jumpa umi dia lah pulak dah cuti sekolah ni kan. Semalam jugak baru dapat result upsr. Alhamdulillah dengan result yang dapat. Bapknya semua ok je. Aku pun ok je. Biasalah budak lelaki. Bukan tak pandai...tapi kadang tu banyak main. Nanti dah besar makin cerdik in sha allah dia akan struggle belajar. Result upsr anak sy? ....tetttt...biarlah rahsia 😆😆😆 Bila dah masuk cuti sekolah barula rasa lega seposen. Baru terasa nak membebel di blog. Teringin nak cerita itu ini. Setakat tu jelah. Buat ke idok kita tengokla pulak yer.hehe Gitulah bila kerja dalam early childhood ni.

Raya Haji & Kenduri Part 1

Image
Assalamualaikum. Lama tak update blog.hehe. Bukan tak suka membebel dah tapi macam penattttt je. Tahun ni jobscope rasa mencabar sgt sgt. Time rileks rileks jugak..tapi time sebuk stress mak hokeh. Raya haji baru lepas. Tahun ni raya haji.paling malas. First time raya aku tak prepare apa apa. Tapi baju tetap 2 pasang.kihkihkih. Kebetulan sepupu kawin raya ke2 dan ke3. So raya pertama pakai je abaya lama. Tahun ni first timw raya haji aku masak di dapur sendiri. Selalunya untuk org melapah lembu makan tengahari semua urusan memasak kat rumah kak ipar. Tapi tahun ni suami cakap aku kena masak nasi n lauk. So dalam pukul 10 aku dh tanak nasi. Lepas tu bila suami hantar dalam daging aku pun goreng. Menu biasa raya haji dagingla. Hiris nipis nipis n goreng campur bawang n lada besar. Add on ada ikan rebus aku goreng. Pastu Ä·ebetulan ada bahan untuk tomyam so buat tomyam sikit. Bahan untuk sup takde. Petang raya melepak je sebab sakit kepala. Tak sure sebab panas u

Muis dan Doroyan

Image
Assalamualaikum. Petang tadi mak kol bagitau suruh datang rumah. Dia nak buat makan makan sikit sekali dengan tahlil arwah nenek. Bila aku tanya makan apa..dia cakap makan pulut doroyan je pun. Terus aku berhuhuhu.... Aku dengan durian ni ada love n hate relationship gittew. Love tu sebab kalau makan layan la jugak seulas dua. Hate pulak sebab bau dia memang konfem buat aku sakit kepala n bad mood. Btw aku ni jenis mudahhhhhh sangat sakit kepala dengan bau bauan. Sangat sensitif. Aku pantang bau durian, bau vanila, perfume yang bau manis sweet sweet gittew, bau popcorn tengah masak, bau air freshner lavendar..etc. Ok berbalik pasal durian. Aku cakap kat mak taknak la balik sebab nanti satu rumah bau durian.hehe Siap tanya mak lagi takde makanan lain ke? Malas mak aku nak layan.kahkahkah. Bila aku sampai tadi terus mak cakap...kata tokse balik? 😂😂😂 Balik keje petang tadi pun elok je sebiji durian parking area ruang tamu. Tak sempat letak beg terus aku ambik duria

Muis membebel again

Image
Assalamualaikum. Dah lama tak update blog thru henfon. Kalau nak guna pc pulak malas betul nak transfer gambar. Gambar makanan je pun yang banyak.hehe Dulu update masa pakai tab aku download bloggeroid. Senang. Pastu tukar pakai iphone. Lepas tu tukar pakai samsung mega. Tapi aku tersilap download blogger instead of bloggeroid. Nak baca blog sendiri je boleh. Tapi kalau nak update tak boleh nak masuk gambar pulak. Stress hakak. Tapi aku biar je malas nak layan. Tapi 2 3 hari lepas tetiba aku teringat kat bloggeroid. Cari kat playstore jumpa. Haaa yang nilah yang ku guna dulu masa pakai tab. Senang kalau hari cuti nak update apa apa. So setel satu masalah aku. Minggu ni cuti jumaat je. Esok kerja. Ada meeting dan discussion bulanan. Dah 3x sabtu bekerja.huhu Tak dapek den layan marathon ulangan masterchef australia. 2x meeting, n last week ada open house rumah bos. Rasa macam x cukup rehat. Pergi kerja pun lemau je. Setakat sehari cuti mana la sempat nak rehat betu

Seminggu Berhari Raya

Image
Assalamualaikum. tahun ni sama macam tahun 2012. hari raya jatuh hari ahad isnin. maka bercuti panjanglah kami termasuk jumaat sabtu, jumlahnya 9 hari. mana yang kaki berjalan tu..sakanla pergi beraya situ sini.huhu untuk hari raya, aku nak update satu entri je. kalau panjang pun lantak. nama pun muis membebel kan?hehe Raya Pertama. kali ke7 beraya dengan suami, macam biasaaaaaaa...pagi raya di rumah laki. aku stay dengan mentua. suami anak bongsu. anak lelaki satu satunya. so seumur hidup pun macam nilah rutin rayanya.huhu tapi nasib baik suami faham. raya rumah aku sedikit meriah dari rumah dia. so paling lewat pukul 11, memang kami dah gerak balik rumah mak aku. alahhhh, 6km je pun. rutin pagi raya pun macam biasa. lepas subuh aku terus masuk dapur. tahun ni baju raya dah gosok malam raya. ruang tamu pun kemas mala raya. pinggan mangkuk pun dah basuh dan keringkan malam raya. pagi raya just potong nasi himpit, panaskan kuah kacang, panaskan gulai ayam. roti

Langkawi: Skypark Cabel Car

Image
assalamualaikum. hai hai hai. kali ni nak sambung lagi cerita di langkawi. balik je dari naik bot kat Kilim Geoforest park, nak baca klik sini  langkawi-kilim-geoforest-park.html destinasi seterusnya nak naik kereta kabel la pulak. Masa sampai tu lebih kurang pukul 5 kot. sampai je dekat parking, kami singgah makan dulu. lapar sangat sangat dah last makan pagi tadi je. Lepas tu baru singgah surau untuk jamak solat zuhur dengan asar. lepas solat terus gerak masuk ke skypark cabel car. Jauh jugak la nak kena menapak masuk ke dalam. Skypark ni terletak dalam The Oriental Village. kat dalam tu  banyakla ada kedai kedai jual souvenier, sempat singgah singgah gitu gitu je sebab kejarkan masa nak naik cabel car. naik kereta kabel ni, ayah naik sekali dengan aku dan hubby n anak, termasuk 2 orang anak sedara. sedang elok muat satu kereta kabel tu 6 orang je. then, family abang cikgu iskandar pun naik jugak. yang lain, mak, famili abang sulung dengan famili cikgu isroha ta

Ramadan 2017: Day 9/10/11

Image
Assalamualaikum. dah masuk ramadan 20 baru nak update yang 10 hari lepas.kihkihkih i is busy hokey. malam malam tak sempat 10.30 dah terlelap depan tv. nak menaip pun tak sempat. alang alang dah ada gambar, kita tepek sini jelah. bagi meriah sikit blog muis ni. berbuka hari ke 9, aku panaskan balik je gulai kambing yang makcik tapaukan masa kenduri arwah tu. kan konsepnya jangan membazir. lepas tu aku nak habiskan ikan dalam peti ais. goreng ikan selayang ni garing garing je. lauk lauk lain lupa dah.  ayam goreng ni rasanya lauk sahur the next day. berbuka hari ke10, beli lauk kerutuk daging. kerutuk ni lebih kurang kuzi la kot. macam gulai tapi lebih pekat. kerutuk ni kalau famili aku, lauk legendla. dari kecik berbuka atau sahur kerap sangat makan lauk ni. yang ni beli dari mak kawan. banyak ni rm10. tapi okla makan berdua. siap ada bakinya untuk buat bersahur. kerabu mangga. first time beli kat kedai ni. ownernya memang orang siam.

Ramadan 2017: Day 17 (Nuzul Al-Quran)

Image
assalamualaikum. period bulan ni terawal 2 hari, so ahad lepas aku dah 'beraya' awal.hehe kebetulan pulak hari isnin cuti nuzul alquran, mak buat majlis berbuka puasa n tahlil untuk arwah nenek. sedang molek la sangat sebab konfem kena buat itu ini. mak dahla cerewet. kurma isi 6 biji, tak cukup 10 biji pun dia bising.huhu aku balik pun dah tengahari. sebab tunggu nak layan ulangan masterchef canada dulu. dalam pukul 10, suami tengah membuta lagi, aku masuk dapur goreng nasi sikit. kemas kemas sikit. tengahari balik rumah mak singgah beli air asam boi dulu kat bazar ramadan. bila balik rupanya kakak dengan kak ipar aku pun sama tak berpuasa. dorang cakap mana cukup air sebungkus.huhu kebetulan semalam cuaca panas sangat sangat. dalam pukul 4 aku bagitau kakak nak keluar beli air. sebabnya mak nak buat sirap bandung dengan teh o je untuk berbuka. aku manalah suka sirap bandung. alang alang keluar aku pergi bazar ramadan peringat terus. aku beli roti john de

Ramadan 2017: Day 13/14

Assalamualaikum. Hari ke13. Bersahur muis buat sambal ikan bilis kicap kering je. Dah mula rasa penat n tak selera nak bersahur. Untuk berbuka pulak tak masak apa apa. Pesan kat suami suruh beli ikan bawal atau kerisi tapi nan hado. Last last dia bawak balik lauk siap je. Sebab tu muis suka buat sendiri. Susah nak harapkan orang lain. Walaupun suami sendiri. Pic. Muis tengok pun dah tak selera. Ikan dahla tak garing. Lembikkk je isi. Entah2 yang tak habis jual semalam reheat balik je. Bila tanya suami pulak dia cakap beli rm7. Terus rasa macam eeiiii...tak puas hati sungguh. Muis cuit xuit sikit je. Yang lain jadi rezeki kucing. Nasib baik ada beli kerabu mangga. Pengubat duka. Pesan kat suami suruh beli dalca sebab nak pair dengan ikan bawal atau kerisi goreng. Dalca sepinggan lagi bagi mak mentua berbuka puasa. Kalau tak mrmbazir je. Dalam dalca muis suka makan putik jagung je pun. Tapi putik jangunh dia letak adala besar lengan. Bukan baby corn dah. Bapak

Ramadan 2017: Day 7/8

Image
Assalamualaikum.. puasa hari ke7, lupa dah sahur makan apa.  tahun ni banyak ulang lauk sahur je pun.  then, untuk berbuka, muis decide nak goreng ikan kembung je.  pastu buat sambal kicap. lepas tu mek mentua bagi gulai ikan darat, ikan haruan kot.   gulai kakak ipar memang sedap. cukup rasa. yang penting pedas. bakinya simpan untuk bersahur tapi lupa nak simpan dalam peti ais. bangun paginya tengok kuah dah basi.  ikan kembung goreng. muis suka kalau kunyitnya letak banyak. saja nak habiskan ikan dalam freezer. kalau simpan lama lama tak sedap jugak. cicah sambal kicap. makan macam ni pun alhamdulillah simple tapi kenyang pun. suami pergi bazar beli paru goreng+terung dengan sambal pauh. tapi dah nama lauk bazar, suami jelah makan. \ muis tengok pun tak selera. paru muis makan kalau goreng garing je. kalau tak garing, memang tak suka. tembikai wajib. untuk makan malam malam. masa sahur pun muis makan jugak. HARI KE8. hari ni berbuka