Posts

Showing posts from August, 2016

I.N.S.E.C.U.R.E

Image
assalam. dah masuk tahun ke-5 kahwin ni entah kenapa tetiba aku rasa insecure pulak. mungkin sebab takde anak. mungkin sebab badan makin gemuk. sila salahkan treatment hospital,(ubat subur, ubat hormon etc..huhuhu) so selalu rasa dah tak cantik dimata suami. selalu rasa suami dah tak sayang. selalu cari gaduh n salahkan suami berkaitan semua benda. tapi bila tanya suami, sayang gemuk ke? of kosla jawapannya tak. kalau tanya sayang dah tak cantik ke? of kosla jawapannya cantik. kalau tanya sayang ke tak? of kosla jawapannya sayang. tapi aku still tak puas hati. setiap hari aku selalu nak cari apa yang suami buat yang membuktikan dia sayang aku. psiko kan? aku selalu rasa aku ni banyak masa nak fikir benda remeh temeh macam ni (menurut kata suamilah) sebabnya aku ni sunyi. suami sibuk dengan hal dia. aku pulak takde anak nak dilayan. so banyak fokus pada suami. bila dah fokus asik pada suami, sekecik hal pun if ada tak kena, memang jadi masalah besar la bagi aku. d

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

 salam.  tadi ada terbuka 1 link di fesbuk. Nak elak dari gangguan jin. dekat sini aku share sekali antara tips tips...d ar i Ustaz Syahida n (KUIS)   1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu². -dah jadi kebiasaan aku bagi salam bila masuk rumah n masuk bilik tidur. especially kalau bilik tidur @ rumah gelap yang belum bukak lampu. Aku selalu baca 'Assalamualaikunna...." entah dah lupa dari mana aku baca pasal ni.   2. Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.  - yang ni harapkan baca quran kat rumah jelah. kadang kadang if boring sangat takde rancangan tv kalau channel 106 ada bacaan quran atau talaqqi aku dengar jelah seb

Muis & Dentist

salam. selepas 4 bulan aku bermasalah dengan gigi, akhirnya malam tadi aku decide untuk cabut je. gigi geraham belah atas. mulanya start sakit tu rasa ngilu bila makan ais, bila berkumur kena air pun dah sakit. so nak gosok gigi atau ambik air sembahyang seksa sangat. lepas tu makin lama makin teruk sampai tahap sakit berdenyut denyut. macam macam petua aku try last sekali sampai terpaksa makan painkiller ponstan. pastu aku try jugak guna ubat gigi colgate sensitive relief. legala seposen tapi still tak berani nak kumur lama lama. kalau makan pun memang kunyah belah yang tak sakit. tapi lately ni walaupun tak rasa sakit berdenyut denyut tapi start gusi berdarah la pulak. berdarah merah n banyak. pastu nafas pun macam berbau walaupun aku kerap gosok gigi.  bila aku tengok kat cermin memang nampak gigi macam buruk n tak sama kaler dengan gigi lain. so decide untuk cabut jelah. mandangkan hari ahad klinik bukak malam je, pukul 8 so lepas habis kerja semalam aku stay kat

Weekends!

salam. hari jumaat. lepas subuh aku tertidur sampai pukul 9 lebih. pastu bangun pergi kedai cari breakfast. maybe sebab nak period so asik rasa nak makan je. selalunya hari jumaat memang aku tak beli n jarang sangat masak breakfast. memang lepas suami balik jumaat barulah makan nasi. tapi dah lapar, aku merajinkan diri jugak ke kedai. nak harap suami cari breakfast?hmmmm baik tak payah. tapi masalahnya bila beli nasi bungkus pagi, suami bila dah makan dia rasa kenyang so lepas balik solat jumaat dia dah taknakla makan nasi. penat aku masak.huhu buat ikan goreng pedas, pastu goreng ayam je pun. then ada sayur lemak bayam tapau dari periuk mak. aku sendiri pun dah suami tak makan, so aku pun tak makanla. dok layan tv je sampai petang n tertidur kejap. bangun tido tu barula rasa lapar nak makan nasi. actually, masa pagi khamis otw nak pi kerja, aku lalu pasar n nampak bayam segar. terus teringin nak makan sayur lemak. so kol je mak suruh dia buatkan sayur lemak bayam.

W-Two World

salam. dari bulan lepas astro adala bagi 4 cahnnel free untuk 2 bulan. 2 channel korea, tayangan hebat dengan channel A-list apa entah. tapi aku layan korea jelah. sekarang ni kan dekat chanel Oh_K HD baru start cite baru w. cite tu mulanya aku tengok dekat web gooddrama.net sempatla aku layan 1 episod, tup tup tengok rupanya ada main kat channel Oh-K. masuk minggu ni dah main 6 episod n malam ni dan malam esok episod 7 dan 8. aku layan korea bila jalan cerita best je pun. kalau hero best n sohor tapi jalan cite tak kena dengan jiwa pun aku tak layan jugak. contohnya cite uncontrollaby fond tu. hero woo bin ramaila kot yang minta tapi jalan cerita macam boring je. pastu aku layan 1 episod sah boring so memang dah tak tengok dah. sape yang tak layan W-two world ni please la layan. konfem melekat n tak sabar tunggu episod baru. dahla dia main hujung minggu khamis jumaat je, so rasa macam lamaaaaa sangat menunggu. walaupun aku memang tengok setiap 2 episod tiap mingg

Selsema & Mimpi

salam. 2, 3 hari ni tetiba selsema la pulak. petang ahad tu dekat time nak balik kerja tetiba hujan lebat. so masa lari nak masuk kereta sempatla basah sikit kena hujan. kepala pun cuma tutup dengan towel kecik lap muka je. then balik pun terus mandi, tapi malamnya terus selsema. nak tidur pun susah sebab hidung tersumbat. kebetulan minyak cap kapak hilang so sapu vicks jelah. malam tadi pun sama jugak. makin teruk kot sebab dah start berhingus pekat. badan pun rasa lain macam je. rasa panas sejuk je muka dengan badan. nak bernafas pun tak selesa. sebab tu walaupun ada new episode my kitchen rules jadi aku jadi malas nak layan. terus masuk bilik solat isyak pastu tidur je. tapi asik tersedar jelah sebab hidung tersumbat n aku kena menganga bila tidur. tiap sejam 2 jam mesti tersedar. last sekali tersedar 10 minit sebelum pukul 6. sebab selalunya aku bangun 6suku atau 6 setengah so pejam jelah mata balik. tup tup tersedar lagi sekali tengok tengok jam lagi 10 minit na