Posts

Showing posts from June, 2016

21,22,23 dan 24 Ramadan 2016

Image
Salam.... macam biasa bila penghujung ramadan selalunya memang semangat mengupdate blog tetiap hari beransur hilang. masa ni dalam kepala asik dok fikir pasal raya dah. pasal persiapan raya, baju raya, kuih raya duit raya n serbi serbilah. dalam ramadan berbaki lagi 6 hari ni, aku still tak boleh sambung puasa. maybe esok n lusa kot pastu sempatla kot sambung puasa 2,3 hari terakhir. bila dah tak puasa, ghairah masa berbuka pun dah hilang. tapi still jugak nak kena beli n masak lauk. kot tak laki nanti nak makan apa pulak kan. cuma sahur jelah dia pun dah malas nak bangun. aku apa lagi kalau suami taknak bangun, pucuk dicita ulam mendatanglah.hehehe lauk berbuka hari selasa. buat daging goreng kicap n ikan bawal. suami tapau gulai ikan masin. ahad isnin berbuka aku malas nak snap gambar. entah makan lauk apa, dah lupa.hehe buka puasa semalam aku tapau lauk padprik ayam dengan gulai siput sedut. suami tapau sambal ikan bilis n lawar. semalam both padpri

biskut raya 2016

Image
salam. tetiba tahun ni aku jadi penjual biskut raya. tak plan pun, tapi masa bulan 3 kot lebih kurang, kawan di tadika bagitau dia ada join satu group wasap jadi dealer biskut raya. teringin pulak nak join. aku ni memangla hantu biskut raya. if jadi agen dapatla beli biskut murah sikit kan. masa seller ni buat majlis macam tea party la kot untuk bagi agen tester biskut raya, aku tak join pun. masa tu kebetulan kereta rosak tak boleh nak g. so harapkan kawan tu jelah pergi try biskut raya. lepas dia cakap sedap, konfem jelah nak jual biskut ni. aku takde guna tester apa pun, just aku print je gambar biskut n buat sebagai katalog. lepas tu bagi je orang tengok katalog n pilih jelah nak beli yang mana. yang ni separuh dari yang order untuk family je ni. kawan tempat kerja, dapat je stok aku terus bagi siap siap. lantak la awal ke hapa, malas aku nak simpan dah. aku jual pun just tunjuk katalog kat kawan sekerja pastu adik beradik n family jelah. adala rezeki dapat

17,18,19,20 Ramadan 2016

Image
puasa rabu khamis aku tak sahur. bila tersedar lewat dah pukul 5 pun. Selalunya mak mertua kejutkan tapi bila aku keluar bilik rupanya dia pun tak sedar jugak. Suami pun aku suruh naik makan sahur rumah kakak dia jelah. Aku takpe minum air je pun dah ok. Pagi tadi pulak mak mentua dah kejut tapi pukul 3.30. So aku lelap balik sebab dah kunci alarm 4.20. Tapi rupa rupanya jam hf tu pulak salah terlewat 2 jam. So alarm tu pukul 7 baru berbunyi.huhu Aku tersedar pukul 5 tengok suami dah naik sahur rumah kakak. Mesti dia ingat aku taknak sahur sebab 2,3 hari lepas aku memang cakap malas nak bangun sahur.huhu Bila mak mentua tanya nak makan ke tak aku cakap takpelah sebab memang tak selera pun so aku minum air masak jelah.  Hari ni dah masuk 21 ramadan tapi aku tak tepek lagi lauk berbuka dari hari rabu sampaila sabtu. Sehari dua ni takde mood la pulak. Pms kan... so moody je memanjang.huhu untuk berbuka hari cuti nuzul quran, aku balik rumah mak.  aku request nak ma

Mimpi.

Salam. Tiba tiba aku teringat malam tadi aku mimpi ada orang potong rambut aku. Then aku siap pesan jangan potong pendek sangat. Terasa macam ada makna if mimpi macam ni. So aku terus google tafsir mimpi ni menurut islam. Keputusannya, mostly semua web cakap tafsir mimpi ni kita akan kehilangan orang yang kita sayang. Then ada web yang tulis akan bercerai. So direct. Bila bagitau suami, dia nampak macam nak marah. Aku dengan lurusnya cakap, boleh caya ke ni b? Kita kan ok ok je ni takkan tetiba nak cerai. Suami pun perli aku suh tanya google betul ke tak.huhu Sebab dia tahu aku ni jenis mudah terpengaruh.  Contohnya aku ni if mata kiri berkenyit kenyit selalunya aku akan menangis. Tapi yang ni memang fakta. Sebab selalu sangat jadi. If mata kiri terkenyit kenyit, esok or lusa mesti akan jadi apa apa yang buat aku menangis.  Tiap tiap kali jadi macam tu.  So bila baca tafsir mimpi macam ni memang aku risau. Lagipun dah seminggu mata kiri aku  dok terkenyi

16 Ramadan 2016

Image
Salam. Hari ni dah masuk 17 Ramadan pun, so hari ni cuti umum sempena Nuzul Al Quran. Bila bercakap pasal AlQuran ni rasa kecewa pulak dengan diri aku ni. Dah 17 hari tapi aku baru masuk juzuk 9.huhu Masa minggu first puasa aku dah dapat baca extra 1 juzuk dari jumlah hari puasa. Tapi masa aku tak selera sahur n berbuka ritu memang badan rasa letih sangat sangat so aku banyak skip baca quran. Bila dah tinggal, memang susahla nak konsisten balik. Sebab tulah dalam ibadat ni kena istiqomah. Setan tunggu masa je nak hasut kita ni kan? Salahkan setan la pulak. Padahal aku yang tak kuat iman. Kihkihkih. Dahla aku akan period hari ni atau esok. So mungkin sempat sambung puasa minggu last je kot. Apapun, atleast aku nak capai jugak 15 juzuk. Tahun lepas setakat 12 juzuk je pun. So untuk sahur pagi semalam aku n suami just makan lauk lebihan berbuka je. Untuk berbuka pulak, aku just buat ikan tongkol masak kicap. Saja malas nak tapis minyak. hehe Pastu buat telur m

15 Ramadan 2015

Image
salam. pagi semalam bersahur aku masak nasi je. lauk pulak just makan saki baki yang masa berbuka. aku memang dah takde mood nak masak time sahur. cuma lauk tu kena panaskan jelah. then untuk berbuka, singgah beli lauk. niatnya nak cari ikan kerisi pastu nak beli sayur lemak. tapi kat gerai tu takdelah pulak ikan kerisi. nampak aku ikan tongkol besar besar, ada yang dia dah potong separuh bahagian ekor. so aku ambik yang tu je. suh dia hiris siap siap. beli rm9 dapatla 7 keping termasuk ekor. pastu aku beli lala dalam setengah kilo. dari hari tu lagi teringin nak buat lala goreng pedas. la ni puasa dah tak rasa apa. perut sikit pun tak lapar. so balik kerja sampai lebih kurang pukul 5.30 sempatla lepak kejap. pukul 6 baru masak nasi n prep bahan masak. dalam 645 baru aku start masak n terus hidang. lala goreng pedas. setengah kilo ni aku masak semua n bagi sikit kat rumah kakak ipar. ingatkan dah banyak makan berdua, rupanya suami nak meratah tak cukup.hehe

Buah Hati Pengarang Jantung & Limpa

Image
salam. hari ni kita lari sikit dari topik ramadan. boring kan? asik dok bebel bukak puasa makan apa je. hari ni nak bebel pasal buah hati pengarang jantung. bukan jantung aku tapi jantung suami. tapi kalau dah jantung suami, mestila bini kan buah hati dia? hmmm takde maknanya.huhuhu haa, nilah dia buah hati laki aku. budak gebu gebas oren belang belang ni. dalam banyak banyak kucing, yang nilah sorang yang laki paling sayang. orang lain time makan terpaksa share dalam bekas atas lantai. budak gebu sorang ni, makan asing special atas kerusi lagi. sekarang ni bukan setakat manja dengan laki je, dengan aku pun dah jadi 'meto' jugak. sekarang ni asal dekat masa berbuka, pandai je dia lepak dapur. kalau kucing lain, aku acah acah dengan penyapu terus lari, tapi budak sorang ni ketegaq sunggoh. if aku suruh keluar dia pandai je naik sembunyi atas kerusi bawah alas meja. bajet aku tak nampak la tu. lepas tu if dia lari ke ruang tamu, pandai je dia sembunyi k

14 Ramadan 2016

Image
salam. dah masuk 2 minggu puasa ni rasanya jadual perut aku dah terbiasa dengan waktu sahur n berbuka. elok je nak dekat masa bersahur, memang terasa kriuk kriuk perut jadi lapar.hehe sekarang ni dah selera makan nasi masa sahur. masa berbuka maintain 1 senduk je banyak meratah lauk. cuma semalam je bertambah sebab tengok suami makan bertambah. tapi lepas makan tu memang sakit perut.huhu untuk bersahur semalam, aku goreng ikan bawal je. tu pun separuh je. pastu tambah telur dadar.  sedang elok share makan 3 orang termasuk kucing kami.hehe aku sahur setakat nasi separuh senduk, suami 1 senduk.  cukupla tu. tak payah nak bazir. untuk berbuka pun aku tak beli apa. otw balik kerja suami tanya nak beli apa, aku cakap tak payahla. dah ada daging singgang, pastu aku goreng ikan terubuk n buat sayur kulat sisir pecah telur. pastu tambah telur dadar. suami tapau sambal ikan bilis kering dari kakak dia. aku cakap kat suami sukalah tu kakak dia buat sambal ikan bilis. dia cak

13 Ramadan 2016

Image
salam. dah nak masuk 2 minggu puasa pun. kejap je masa berjalan. tanda dunia akhir zaman kan? alhamdulillah setakat ni puasa ok. cuma malas sikit tang nak bangun sahur je. tapi dah suami suka makan nasi  baru masak, gagahkan jugak diri bangun pukul 4 pagi masak nasi n buat lauk. untuk pagi ni, aku just goreng daging campur ayam. goreng kunyit pastu bila dekat nak masak tambah sikit kicap n sos tiram. makan tu jelah. lepas tu tunggu subuh n baru tidur balik. hari ni mak cakap nak pergi hantar lauk ada bukak puasa kat masjid. so dalam pukul 10 lebih aku keluar pergi  bank kejap pastu singgah beli a few things yang mak kirim. sampai rumah mak tengahari tu terus masak dapur siap barang barang nak masak. kupas bawang n potong sayur semua. disebabkan mak baru nak baik dari demam, so aku tolongla masak sikit. tapi dah namanya mak kan, if tak kalut memang tak sah. ada ke tengahari lagi dan nak suruh aku masak. setakat nak buat 2 jenis lauk ni, setengah jam pun tak sampai.h

12 Ramadan 2016

Image
Salam. 12 Ramadan di hari cuti.  Bertabahla muis. Huhu. Lebih kurang 7 jam lagi nak berbuka. Tu pun sebab lepas subuh aku tertidur lama. Dekat pukul 10 terbangun n terus mandi. If bangun lewat, badan aku selalu rasa letih. Lepas mandi aku masuk kain dalam mesin pastu lepak jelah. Panas pulak rasa hari ni. Malam tadi hujan boleh tahan lebat jugak. Pagi tadi bersahur aku masak sardin pastu goren g telur dadar. Untuk berbuka dalca dah ada yang beli semalam. Tak berusik pun lagi dalam plastik. Lepas je suami balik dari masjid tetiba hujan turun selebat lebat alam. Astro sah sah dah kelaut so layan movie jelah. Layan movie Shahrukh Khan. Fan. Suami pun layan sekali. Citenya quite bestla. Aku n suami dok bertekak pasal watak utama dia tu sama ada Shahrukh yang dimekap atau orang lain yang dimekap nak tiru dia. Tapi suara sama.hihi Lepas habis cite aku keluar cari ikan segar tok bali.  Suami cakap nak pergi menabur baja kenaf dia.  Pastu aku singgah ba

11 Ramadan 2016

Image
salam. akhirnya hari ni sampai hari terakhir kerja untuk minggu ni. weekends ni tak sure nak ber yahuuu ke ber huhu. almaklumla bila bulan puasa ni, rasa tercabar sungguh if stay rumah je. letih dengan dahaga tu rasa lain macam je. pagi pagi dah kena bangun nak basuh baju. nak jemur baju. petang nak kena angkat, malam nak kena lipat. tu belum masuk nak kemas bilik, nak kemas dapur, nak kemas ruang tamu. aduhhhhh penat weh jadi pompuan ni. aku suka merungut kan? padahal bukan ada anak pun.kihkihkih lagi satu tak suka sebab tak kerja, so masa tu rasa lambat sangat berlalu. if hari kerja, cepat je rasa dah petang. kalau bulan puasa kat rumah, rasa macam lama giler nak tunggu bukak puasa. kejap kejap tengok jam.hihi nak buat kerja banyak banyak kang penat pulak. mana nak kena masak lauk berbuka lagi. if hari cuti, takde alasan kot untuk tak masak. 1 la kot alasannya. malas.hihihi pagi tadi aku bersahur dengan lauk kerutuk daging yang beli petang semalam. mulanya be

10 Ramadan 2016

Image
salam satu pertiga ramadah.hihi hari ni dah masuk hari ke10 puasa dah. pagi tadi pukul 3.30 aku tersedar terus segar bijik mata. membawak sampai ke sahur. rupanya semalam aku tertidur depan tv dengan tv n lampu tak tutup. suami macam biasa lepas balik terawikh keluar mengeteh. aku pulak konon nak layan Devious Maids. tapi dah main lambat sangat pukul 11 malam. sah sah dah aku mengantuk. kebetulan pulak malam tadi hujan renyai renyai so sejuk, makin best la tidur. bila tersedar pukul 3.30 takkan nak masuk dapur sebab awal lagi, so temanla laki layan bola. dia tengok kejap je pastu tertidur. aku pulak yang segar bijik mata layan bola. laki ni tambah channel astro sport buat membazir duit bayar bil je. la ni astro bulan bulan dekat RM100. if ada bayar lewat sikit dari due date, terus bulan seterusnya jadi bil makin mahal. masalahnya if tengok takpela jugak. ni dia banyak membuta dari tengok bola. tu yang aku geram tu. kebetulan pulak tahun ni ada sukan olimpik. so ala

9 Ramadan 2016

Image
salam. pagi ni sedang elok aku terjaga pukul 4. terus bangun masak nasi pastu panaskan baki lauk berbuka. ikan bawal cicah sambal kicap dengan sayur kulat sisir. selera pulak aku makan sahur pagi ni.hehe dah lama tak makan kulat sisir. last week balik rumah mak ada banyak yang ayah kutip belakang rumah, so aku tapau sikit. sempatla 2x goreng. if kulat sisir biasa goreng dengan telur jelah. kadang aku ni kagum jugak dengan diri aku ni. if masak, hatta di bulan puasa, selalunya memang aku letak secukup perasa. memang tak kurang n tak lebih. bila sampai masa bukak puasa, bila try je ok sedap cukup rasa dah. terus rasa, waaa hebat aku ni.kahkahkah. walaupun mak mak selalu rasa hujung lidah time bulan puasa tapi aku tak berani. takut tertelan. sesia je puasa aku sehari. tapi sejak dah lama main masak masak ni, dah pandaila kot adjust gula garam semua. 'konsepnya letak sikit dulu tak cukup baru tambah. n aku ada terbaca jugak perasa gula garam semua tu kena letak di

7,8 Ramadan 2016

salam. gigih je aku up entri pasal ramadan kan?hehe release tension sikit bila dapat menulis n membebel kat dalam blog ni. lately macam banyak masalah la pulak. fikir pasal itu ini, jem kepala otak aku. kadang kadang rasa masalah datang bertimpa timpa. tapi dah nama manusia kan? orang gila pun ada masalah kot.hehe apapun, selagi boleh pujuk hati supaya positif, maka positifla aku. bak kata pepatah, ikut hati boleh mati, ikut rasa binasa.huhu so untuk sahur 7 ramadan, pagi semalam aku just masak nasi n panaskan gulai ketam untuk suami. untuk aku, cukup dengan mineral coffee dengan butter cracker. pastu macam biasa teguk air masak sampai sebu perut. aku ada terbacam, if makan biskut untuk sahur akan tahan lebih lama compare dengan nasi. so automatik minda akan set ok, aku akan ok sampai petang sebab dah makan biskut.hihi yang penting kena think positif sokmola. untuk berbuka pulak, aku drive sendiri so boleh singgah kat bazar feveret aku, Bazar Peringat. memang niat

5,6 Ramadan 2016

Image
Salam. Ramadan ke 5 puasa memang aku jadi selembik jeli dah. Boleh bayang tak masa bukak puasa, minum air dengan tangan menggigil gigil. Tu je pun yang mampu masa tu. Minum air. Nasi memang taknak. Aku teman suami je makan. Lepas suami pergi terawikh n aku solat isyak baru aku makan nasi sorang sorang depan tv. Pagi tu memang aku tak sahur. Tak bangun pun. Dengan letih n tak sedap badan. Aku suruh suami nakk sahur rumah kak ipar je. Bagus perangai punya bini kan? Huhu Yang aku pulak masuk dapur ambik air sebotol. Teguk yang tu je sampaila habis waktu sahur. Dahla balik bukak puasa rumah mak petang khamis nasi makan ciput je. Lauk memang banyak. Aku beli ayam percik n daging bakar. Beli roti john dengan kuih cara berlauk. Beli kerabu buah bacang sikit. Tapi aku cuma ambik tomyam sikit pastu cubit ikan percik sikit. Memang tak tahu nape rasa tak selera. Maybe balik kerja petang tu dah rasa tak sedap badan. Muka rasa panas. Dengan sakit mulut sebab ulser lagi. Huhu

4 RAMADAN 2016

Image
salam 4 ramadan. macam biasa sahur aku terbabas kalau takde alarm. nasib baik mak mentua prihatin. lembut je datang kejut aku pagi pagi. takut anak bongsu dia lapar lettew.kihkihkih masalahnya baru pukul 4.20 pun dia dah cakap pukul 5 pagi. huhu orang tua memang suka exaggerated pasal semua benda kan? macam mak aku jugak. 1,2 jadi 3,4.hehe buat panik aku je cakap dah pukul 5. tapi nasib baik sahur pagi tadi dah plan nak buat nasi goreng je. 10 minit dah siap.hehe sikit je pun aku masak. suami bertambah la jugak. aku termenung je dulu. ambik piring kecik makan 2,3 sudu. lepas suami siap, baki nasi ni aku bawak pergi depan tv. makan lambat takpe sambil sambil tengok masa imsak dah masuk ke belum. kalau tak paksa makan memang lembik la aku nak puasa kalau macam ni. nak dijadikan cerita, naik ulser 2 biji kat bawah lidah. bagus sangat sangat. tak cukup dengan dugaan puasa, kita bagi up lagi sikit. ulser kalau naik bawah lidah, lagi sakit dari naik kat bibir

3 RAMADAN 2016

Image
salam. disebabkan malam tadi hujan, so pagi tadi nyaris nyaris aku terbabas waktu sahur. nasib baik 4.30 mak mentua datang kejut. so terus masak nasi n lauk sempatla makan dalam 5.10 minit. aku just remake lauk berbuka, pastu goreng ikan bilis je. suami je makan. aku memang takde selera. suami makan nasi sikit pastu naik tapau lauk rumah kakak dia. adala tu yang tak kena. sebab selalunya dia paling suka lauk ikan bilis goreng. sama ada kosong atau masak sambal tapi tadi tak makan pun. bila aku tanya rupa rupanya dia tak suka ikan bilis jepun tu. suami aku ni jenis kalau dia tak suka apa apa jarang sangat atau tak pernah cakap. bila tanya selalu ok ok je. tapi kalau benda yang dia suka dia tak berapa nak makan, aku taula tu ada something wrong somewhere.huhu salah aku jugak. sebab selalunya aku beli ikan bilis putih. mahal sikit tapi berbaloi sebab sedap kalau buat goreng atau masak sambal kering. tapi ikan bilis jepun ni rupanya mudah sangat garing. bila kecik sangat

1, 2 Ramadan 2016

Image
salam. alhamdulillah berjumpa jugak ramadan akhirnya. rasanya semua orang seronok bila puasa kan? seronok tunggu masa berbuka. seronok dengan kemeriahan bazar ramadan. seronok membilang hari menanti raya. seronok boleh jumpa famili yang balik kampung. seronok dapat jumpa anak anak sedara.hehe tapi ada jugak part yang tak bestnya. part kena bangun masak nasi masak lauk sahur pukul 4 pagi. part selalu terjaga n takut terbabas waktu bersahur.huhu yang ni paling aku risau. bagi aku takpelah if tak sahur. tapi kesian la pulak kat laki. dahla puasa setahun sekali.kahkahkah bila suami nampak lembik je aku selalu perli. tulah, puasa sunat taknak buat. setahun sekali je puasa. kita yang pompuan ni takpelah ada nak kena buat puasa ganti. ramadan kali ni aku bertekad taknak bazir. makan je ala kadar. if puasa ganti selalu pun, aku makan simple simple je. semalam balik kerja pun aku cakap kat suami hantar aku balik rumah dulu. lepas tu dia keluar balik ke bazar naik motor je.

MENU TERAKHIR MENJELANG RAMADAN -CHARKUETIOW BACHOK

Image
Salam. memang sehari sebelum ramadan baru aku plan nak ke seupermarket untuk beli barang dapur buat bekalan bulan puasa. if hari biasa aku masak hujung minggu je. tapi ramadan kali ni dah tekad taknak beli bazar pun, nak masak simple simple je. lagi puas hati makan. so petang ahad aku gerak ke PKT. dekat situ je ada daging yang selalu aku beli. daging import je pun tapi jenis yang okla. dalam rm18 kot sekilo. lepas tu topupla mana barang dapur yang dah habis. sos, minyak, serbuk perasa, ikan bilis. then aku beli jugak sayur sikit. beli kurma untuk berbuka.  beli jugak biskut konon nak buat bekal bersahur. walaupun aku n suami bukan penggemar kurma, tapi rasanya kena belajar makan la kot. masa pegi kaunseling ivf ritu doktor cakap banyakkan makan kurma, minum jus delima. tapi kurma selalunya manis sangat, i is dont like manis manis.huhuhu balik dari beli barang, terus gerak ke Bachok. dah janji dengan cikji nak makan charkuetiow sebelum masuk puasa.hehe masa sampai t

Long Weekend

Image
Salam. Hari ni besday DYMM Di pertuan Agong, so esok cuti lagi di kelantan. Tahun ni rasa macam kerap pulak cuti weekend 3 hari sampai ahad. labor day, wesak day, sport day, deepavali, awal muharam, ihtifal tadika n last sekali cuti krismas. sama ada memang cuti ahad atau cuti jatuh hari sabtu n diganti ke hari ahad. Semalam rumah mak ada buat kenduri sikit. Abang sulung buat akikah untuk cucu dia. So aku dah naik pangkat jadi nenek sedara. Dah tak boleh jadi Cik Inie la kot. Tapi tolong jangan panggil aku NekNie ye.eei tak kuasa. I tak beranak lagi hokeyyy.huhu Kenduri semalam takde snap apa pun. kalau kenduri lauk biasa biasa jelah. Ada gulai kambing, kerutuk daging, ayam berempah, kerabu nangka, sambal dan tembikai. Aku makan sekali je tengahri. Lepas tu banyak dok meratah lauk je. Hf aku ni menggila sungguh sungguh lately. Dari semalam takde bateri pastu aku cas sampai ke hari ni tak boleh nak on. Semalam lepas kenduri aku balik rumah dengn suami. Mulanya baw

1st Visit HSNZ - IVF (Counselling)

Image
Assalamualaikum. dah lama rasanya sejak aku update apa apa pasal treatment aku. last buat IUI bulan 1 so lepas tu aku rileks je tunggu tarikh 4 Mei untuk first appointment IVF. untuk kes di HRPZ II, untuk kes IVF memang akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ) Kuala Terengganu. staff nurse inform 2 minggu sebelum tarikh aku n suami kena pergi ambik darah kat hospital. lepas tu bawak sekali surat rujukan n semua result test sepanjang treatment aku 2 tahun ni. disebabkan aku pergi buat test darah pun dah lewat, so surat dari hospital tu last minit baru dapat. sepatutnya hari selasa 3/5 tu memang dah kena ambik surat sebab esoknya dah nak pergi hospital. kebetulan pulak kat tadika aku tengah sibuk ada midterm exam. so pagi tu memang tak sempat nak belek hf pun. adala jugak tunggu nurse kol no ofis tapi takde pulak. aku ingatkan tak jadila sebabnya takut result darah tak jadi. rupa rupanya balik je rumah check hf ada miskol dari no tak kenal. bila aku wasap