Tonsil, Bengkak Urat & Kembung.


Assalam.

Minggu ni minggu terakhir sebelum event sport day hari sabtu nanti.
So minggu ni memang direct je students berlatih sukan n 3 hari terakhir ni ada full rehearsal.
Kesimpulannya, minggu yang agak sibukla.
Tup tup aku ni tetiba pulak bengkak tonsil. Nasib baik tekak je sakit. Tak demam ke hapa.

Semalam lepas bangun pagi tetiba rasa sakit dalam tekak. Bila menelan je rasa macam tajam tajam gitu.
Masa breakfast aku nganga n suruh suami tengok.
Betolla tonsil belah kiri dan bengkak.
So lepas balik dari hospital, plannya terus pergi ambik antibiotik jelah dekat klinik.
Tapi rupanya sekarang ni dah tak boleh beli direct antibiotik, kena jumpa doktor jugak.
so terus masuk jumpa doktor.

Klinik Azhar kat pasir tumboh ni doktor lelaki.
Bila tengok nama doktor, teringat dulu sorang senior masa kat sekolah Naim Lilbanat, ayahnya doktor n nama sama.
Bila aku tanya doktor, dia iyekan memang anaknya ada sekolah sama dengan aku dulu.
Busy body betul aku ni.kihkihkih.
Tapi dah memang perangai aku, if curious je terus aku tanya direct je.hehe

Okay berbalik pasal jumpa doktor. Bila dia check memang tonsil aku dah bengkak dua dua.
Disebabkan tak demam, dia bagi antibiotik jelah.
tapi masa dia nak check belakang guna stateskop tetiba dia tnya nape bahagian belakang aku nampak tak sama.
Tulang kipas belah kiri nampak tak sama dengan belah kanan
Dia cakap nampak macam bengkak.

tapi memang lately sejak minggu lepas asal bangun tidur je aku rasa sakit kat tulang kipas belah kanan.
Kalau bangun pagi je memang terasa.
Doktor cakap lama lama nanti boleh jadi sakit pinggang.
Yang tu pun iya jugak.
Kadang rasa lenguh je bahagian pinggang. if dapat baring menelentang memang selesa.

Malamnya aku bagitau la mentua aku pasal ni. nasib baik dia tukang urut.
So bila dia urut dia cakap rupanya urat bengkak, masuk angin tu pasal nampak macam bengkak je.
terpaksalah bagi dia urut. Berkerut kerut muka aku menahan sakit kena urut.
Tapi rasa legala seposen.
Dahla dia siap tarik lagi dari bahu macam nak samakan benda belok.huhu
Bila tak tahan sakit sangat, aku bagitau je.

Lepas tu malam tadi bila tidur, aku asik tersedar je. Selang sejam, dua jam asik tersedar.
Pastu bila tersedar mestila kena pergi tandas.
So bila bangun pagi tadi memang badan rasa lemau je.
Gagahkan jugak gosok baju kerja suami.
baju aku, aku pilih yang tak payah gosok. Tudung pun gosok bawal je n pakai broach cincin je.
takde maknanya nak lilit shawl.
Lepas tu elok je sampai tadika, perut pulak tetiba sakit n rasa tak selesa.
Bukannya sakit nak ke tandas tapi sakit kembung la agaknya.
Bila tekan memang perut rasa keras sangat sangat. Rasa bergelodak je. Kentut pun tak.huhu

Lepas tu dok fikir apa yang aku makan malam tadi sampai jadi kembung macam ni.
Malam tadi makan kebab dengan jagung je pun.
lepas tu bila aku google, rupanya jagung tu penyebab kembung.huhuhu
Nyesal makan sampai 2 tongkol.

nasib baikla aku ni dah tahu jenis banyak penyakit, setakat ubat asa tu memangla aku standby.
Minyak cap kapak, bam gamat incase kalau sakit kepala.
Vicks kalau selsema.
krim susu kambing kalau incase sakit perut or lenguh lenguh.
Aku memang pastikan sebelum pergi kerja or keluar, ubat ubatan ni ada dalam bag pack.
In case kalau jadi macam nilah senang.



Ubat wajib kalau bengkak tonsil.
Antibiotik ni katanya yang paling ok tapi dah 2 hari makan makin sakit adalah.huhu
Tapi patutla doktor cakap if bengkak tonsil makan aiskrim.
Lepas pekena aiskrim memang boleh rasa kurang sakit dekat tonsil tu.
Pagi tadi dah pekena sundae magnolia, tengahari ni pekena sundae nestle pulak. Balik kerja petang nanti kena tapau aiskrim lagilah nampaknya.


Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM