Posts

Showing posts from April, 2016

Sakit gigi.

Assalam. Weekend ni lagi sekali cuti sampai 3 hari. Last week cuti on sunday sebab cuti sempena event tadika. Minggu ni labor day merangkap pay day jatuh hari ahad jugak. Selalunya aku boring if cuti sampai 3 hari. Rasa lemah je kat rumah. Balik balik buat aktiviti sama. Huhu Hari ni dari pagi lebih basuh baju aku layan tv je. Suami takde sebab ada sukan. Dalam pukul 11 lebih aku terlelap. Sedar sedar dah pukul 3 petang. Tup tup bila bangun tidur je rasa gigi sakit atas bawah. Berdenyut denyut. Aku terus pergi mandi n gosok gigi. Teringat sebelum tidur aku makan coklat 1 bar kecik. Sbb tu kot sakit gigi. Lepas tu aku buat kopi n makan biskut sikit terus makan panadol 2 biji. Ingatkan tahan la sakit rupanya makin lama makin sakit. Huhuhu Dalam sebulan dah kot aku start rasa sakit gigi. Sakit ngilu bila kena ais bila berkumur bila gosok gigi. Rasanya makin teruk la bi kot. Huhu Nasib baik esok cuti lagi. Kot tak mau kena mc. Malam ni entah klinik gigi bukak ke tak.

Cuti on Sunday

Image
Assalam.  Hari ni tadika cuti sebabnya semalam ada hari sukan tadika.  Masa dok berhempas pulas kat sana takdela rasa apa apa lagi. Tapi elok je sampai rumah memang terus rasa lemah satu badan. Huhu Lepas je solat zohor aku rehat je depan tv, tup tup tertido.  Tersedar dah  pukul 6  lebih.  Masa tu memang dah rasa tak sedap badan n sakit kepala. So telan dulu panadol sebiji.  Malam pun memang dengan sakit kepala n lenguh kaki, dah takde mood nak tengok tv, terus tido je. Hari ni bila  bangun tidur memang dah rasa lagi teruk.  Sakit betis n paha. Muka n badan rasa panas je.  Tapi disebabkan hari ni dah janji nak bawak mak pergi klinik so lepas suami pergi kerja terus mandi n siap siap balik rumah mak.  Sempat jugak singgah pasar kejap belikan breakfast n makanan sikit.  Tapi yang kelakarnya masa otw ke rumah mak dari pasar aku beli paper pastu letak kat atas bumbung kete.  Pastu terus drive balik. Lepas tu ternampak  macam ada benda melayang jatuh dari bumb

Tonsil, Bengkak Urat & Kembung.

Image
Assalam. Minggu ni minggu terakhir sebelum event sport day hari sabtu nanti. So minggu ni memang direct je students berlatih sukan n 3 hari terakhir ni ada full rehearsal. Kesimpulannya, minggu yang agak sibukla. Tup tup aku ni tetiba pulak bengkak tonsil. Nasib baik tekak je sakit. Tak demam ke hapa. Semalam lepas bangun pagi tetiba rasa sakit dalam tekak. Bila menelan je rasa macam tajam tajam gitu. Masa breakfast aku nganga n suruh suami tengok. Betolla tonsil belah kiri dan bengkak. So lepas balik dari hospital, plannya terus pergi ambik antibiotik jelah dekat klinik. Tapi rupanya sekarang ni dah tak boleh beli direct antibiotik, kena jumpa doktor jugak. so terus masuk jumpa doktor. Klinik Azhar kat pasir tumboh ni doktor lelaki. Bila tengok nama doktor, teringat dulu sorang senior masa kat sekolah Naim Lilbanat, ayahnya doktor n nama sama. Bila aku tanya doktor, dia iyekan memang anaknya ada sekolah sama dengan aku dulu. Busy body betul aku ni.kihkihkih. Tapi d

Blood Test & Coconut Shake Blended Drive Thru

Image
assalam. pagi ni aku n suami kena g hospital lagi. untuk first appointment ivf awal bulan depan, kena ambik darah untuk a few things. then bila resultnya keluar, hospital akan keluarkan surat untuk dibawa masa appointment tu. If treatment di HRPZ 11 ni, untuk kes IVF dia akan bawa ke Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. dari rumah, perjalanan pergi lebih kurang 2 jam la kot. Pergi balik dah 4 jam.huhu tapi demi zuriat aku dan suami, in sha Allah jauh mana pun kami usahakan. Masa tahu nak kena treatment di HSZ, aku adala jugak tanya nurse boleh tak if nak suruh dia refer kes ke HUSM. Nurse cakap boleh je tapi kos IVF berkali gandalah. Rate hospital government dalam RM3.5k - RM4k. If kat HUSM around RM9 k plus plus la kot. Memang tak mampu la weh. Lagipun kalau hospital gov, mana yang boleh guna GL, boleh guna GL suami. Jimat la sikit. Visit kali ni, nurse yang incharge kes aku takde sebab bercuti, so another nurse yang assist. Visit kali ni kejap je sebab just

Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos

Assalam. Sepatutnya lesen memandu aku kena renew sebelum 1 Mac hari tu. Tapi disebabkan sekarang ni dah tak drive pergi kerja, boleh terlupala pulak. Yang 2 tahun lepas pun renew lewat jugak. Tapi kali ni kebetulan car dealer bagitahu hari Khamis nak salinan lesen jugak. disebabkan hari ahad dah nak kena hantar, so aku pergi renew kat pejabat pos jelah. Kebetulan sabtu tu sabtu pertama so pejabat pos bukak. Disebabkan tak sure, aku google je no telefon pastu pagi sabtu baru kol tanya bukak ke tak. Bila sampai post office, takde orang pun. So ambik nombor terus dapat giliran. Kali ni pejabat pos pun dah produce lesen sama macam di jpj. Lesen dalam bentuk kad sama macam ic. **************** Yang atas yang dari pejabat pos. Yang bawah yang dari jpj. Dari pejabat pos rupanya dia just copy gambar dari ic je. If kat jpj ada kamera boleh ambik gambar latest. Walaupun sama tapi kualiti tak sama dengan yang jpj keluarkan. Yang dari pejabat pos kadnya lebih nipis n mel

Adding 2kg & Foods

Image
Assalamulaikum. Ya Tuhan, Ya Tuhan, Ya Tuhan........ Last week tertimbang berat. Cer teka? Last timbang 59.9 masa appointment kat hospital bulan 1 ritu. Syukur alhamdulillah ada peningkatan lagi 2kg.kahkahkah Memang aku dah jangka pun sebab lately nafsu makan membuak buak melimpah limpah bak lava gunung berapi.huhuhu then lepas timbang tu kengkonon aku tekadla nak kurangkan makan sikit. nak kurangkan nasi je pun. so sekarang ni tiap pagi aku tak bungkus nasi pun. kadang kadang beli kuih je. kadang kadang tak beli pun. if lapar sangat makan la sikit breakfast tadika. selalunya bertahan la sampai tengahari. lepas tu baru makan nasi. balik petang pun sama, makanla apa apa pun tapi bukan nasi, pastu makan paling lewat sebelum pukul 8. hopefully adala sikit perubahan nanti. pastu aku sekarang ni pun banyak minum air masak je. memang dah kurang tapau milo ais ke, tea ais ke, sirap limau ke. tea o ais memang elak sebab taknak sakit kepala. bila dah makin gemuk macam ni

Tua & Garang tapi Comel

Image
Assalam. Hari ni ada 2 kelas 6 years yang teachernya mc, so aku kena ganti salah satu kelas. 1 kelas tu student tak ramai, so bagi kat other teacher. Satu lagi kelas Smart Huffaz, kelas yang paling advance, so harusla teacher senior yang ganti.huhuhu Disebabkan hari ni kaki sakit, so bila student buat latihan, aku banyak duduk jelah. Tapi kaki je sakit tau. Mulut aku ok je. Berani bising n tak dengar kata memang kenala kat aku. Bila masuk pagi tu aku buat muka serius, semua diam je. Muka pun takut takut. Ada sorang student lelaki tu, bila aku panggil untuk indidvidual reading, slow je jalan. Then aku cakapla, eh awak ni kan lelaki, kena tough la sikit. Nape jalan macam pompuan ni?kahkahakah Kejam tak? Aku just niat nak mengusik je pun. Sebab aku dah tahu student ni jenis gabra. Then seperti yang aku duga, masa nak baca tu panik je muka, tangan nampak macam gigil gigil je. Aku terus pegang tangan dia n tanya...'takut kat teacher ke? Teacher makan nasila, bukan makan

Cara Bayar PTPTN dengan KWSP & Tukar ke Ujrah Agreement

Assalam. Semalam aku ambik annual leave halfday. Ada kerja nak setelkan berkaitan ptptn, kwsp dengan car dealer. Sebabnya hari Isnin lepas orang bank kol bagitau car loan tak boleh nak proceed sebab aku ada ccris ptptn.huhu Tulah, meminjam pandai. Bayarnya tak. Padanla muka aku,  salah sendiri kan. So bank cakap untuk setelkan masalah ni, dia nak new agreement dari ptptn je. Ujrah. Untuk dapatkan new agreement tu kenala bayor.huhuhu so aku terus google cari no fon ptptn. Dari 3 nombor pegawai pemasaran dia, yang last tu pick up phone so aku deal dengan dia je. through wasap n kol, kesimpulannya aku kena bayar around 7k plus plus, 25% dari keseluruhan tunggakan. Bila aku cakap takde amount sebanyak tu, dia cakap boleh keluarkan kwsp akaun 2 n bakinya kena bayar cash. lepas setel semua tu baru ptptn akan keluarkan new agreement ujrah tu. Disebabkan aku malas nak cerita panjang, secara ringkasnya kat sini aku list cara caranya nak setelkan benda alah ni. 1. Bayar tungg

Angin.

Assalam. Hari ni aku mc lagi. Kali ke2 untuk tahun ni. Tak tahu kenapa tetiba pagi tadi tersedar tak sure pukul berapa. Maybe dalam 3,4 pagi kot. Macam biasa pergi tandas tapi lepas tu bila nak sambung tidur, rasa sakit sangat kat perut n bahagian ulu hati. Seingat aku dah lama sakit gastrik aku tak sesakit kali ni. Last dlu masa kat uni sampai kena cucuk tapi lepas tu ok jelah. Terkawal n selalunya if rasa sakit ulu hati aku terus makan je gaviscone atau ubat lain Kali ni memang sakit sampai tak boleh tidur. Dekat sejam jugak. Aku terus bangun cari krim susu kambing n sapu di bawah dada n perut. Sapu jugak kat belakang badan. Suami ada je kat luar maybe terlelap atau tengok bola. Malas nk kacau dia. Lepas sapu krim tu still lagi rasa sakit. Then pergi tandas ingatkan sakit nak berak sebab lately pun jadual berak aku dah tak teratur. If dulu setiap pagi wajib dalam pukul 6 lebih akan berak tapi lately 3,4 hari tak jugak membuang. Kentut lagila takde. If dulu adala j