cerita demam & plan for 2nd IUI.


assalamualaikum.

dah lama sangat rasanya tak update blog.
last rasanya bulan 11 last year kot.kihkihkih
blog ni memang la kalau dah lama tinggal, moodnya makin ke laut.

sebuk sangat sampaikan nak membebel pun takde mood.
rasanya masuk bulan feb nanti baru ok sikit kot.
la ni macam rasa serabut lagi, rasa stress sampaila tetiba aku demam.huhu
dari hari isnin tu memang dah start selsema n sakit kepala.
so sebelum balik kerja, dah pergi beli ubat selsema. pastu telan panadol.
tapi bila malamnya rasa badan n muka makin panas.
so semalam terpaksalah mc.
seharian aku dok tidur je pagi sampai ke petang.
lepas suami pergi kerja aku terus je mandi nak segarkan badan pastu breakfast.
lepas tu tertido sampai tengahari.
then mak mentua kejut makan nasi. dia masak singgang dengan daging goreng.
macam tahu tahu je lauk lauk faveret aku ni.huhuhu
lepas mandi, makan tengahari pastu dok tengok tv je, tertido lagi sampaila petang.
then mandi lagi n tunggu suami balik kerja nak keluar ambik mc.

tapi lepas maghrib jugak baru keluar ke klinik.
suami cakap malam baru doktor ada.
then singgah pasar malam jap.
meround pasar je tak tahu nak makan apa.
last last beli kebab dengan kek coklat je.
demam kali ni walau badan rasa panas n letih, tapi selera makan okay je.
demam acah acah jelah ni.huhu
selsema pun lepas pekena sebiji je ubat, terus okay. nasib baik.

hari ni pun walau still rasa tak berapa fit lagi tapi okaylah sikit dari semalam.
tahun ni aku dah takde kelas nak dihandle, so takdela rasa bersalah sangat if nak cuti atau nak mc.
kalau macam dulu, setakat selsema n tak sedap badan sikit sikit aku usahakan jugak datang nak mengajar.
jarang sangatla nak ambik mc ni.
if cuti pun, sebab appointment kat hospital.
setakat demam suam kuku, maleh aku nak melayan.

disebabkan terlampau serabut dengan kerja nak setel itu ini, patut bulan lepas aku dah boleh proceed dengan second iui, tapi bila aku period last month, rasa malas pulak nak kol klinik o&g.
clomid memang dah dapat masa last temujanji bulan 11, so simpan jelah.
bulan ni bila rasa dah okay sikit, bolehla memikirkan pasal treatment pulak.

in sha Allah kalau takde aral, khamis next week aku akan buat tvs scan and next sunday tu akan proceed dengan iui.


kali ni staff nurse bagi borang macam ni.
so senangla sikit boleh isi siap siap tarikh untuk makan clomid.
untuk second iui ni jugak, aku kena ambik suntikan gonal f.
masa first time hari tu, nurse cakap tak payah inject gonal sebab telur dah besar, tapi sebiji jelah telur yang ada.
kali ni dr wan cakap takpe tambah lagi dengan gonal f.
hopefully boleh la dapat telur yang besar dan cantik lebih dari 1.
so besar la sikit kot possibility nak lekat tu. in sha Allah.
kalau tuhan cakap ada rezeki aku, adalah nanti.
if takde lagi nak buat cane kan?

esok pesan kat suami je pergi ambik ubat gonal f tu.
kena bawak sekali ice bag/ice box dengan ais untuk isi ubat tu.
kebetulan first injection jatuh hari jumaat, so dah pesan kat kakak ipar yang kerja nurse supaya balik rumah mak pastu nak suh dia tolong injectkan.
untuk second injection tu pepandaila aku nanti.huhuhu

ok, tu je nak bebel kali ni. babaiiii.....





Comments

  1. Salam...kite treatment under doc and hospital yg sama.thanks for the info yg sngt berguna utk sy,blog akak bnyk membantu saya mengurangkan rasa takot dan bnyk
    membantu sy dlm persediaan diri utk teruskan treatment.thanks a lot..sy doakan rezki akak kali ni....all the best sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke sis? Hehe. In sha Allah kita sama sama usaha jgn putus asa yer. Allah kan ada?

      Delete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM