Masak kuetiow kungfu

Fuhh, cuti 5 hari direct ni kemain lagi aku rajin memasak.
Memang hari rabu lepas pergi pasar dengan suami, borong lauk n sayur, mihun, mee n kuetiow semua.
Entah hantu apa merasuk aku minggu ni.hehe
Dalam kepala dah plan nak masak masak something yang aku tak pernah masak lagi.
Setakat ni semua yang aku plan, adala a few yang aku dah buat.
Mihun goreng, sayur lemak, kuetiow kungfu.
Yang belum buat lagi soto ayam dengan char kuetiow.
Kerang n tauge memang dah beli siap siap pun.
Unuk soto pun bahan memang semua dah ada.
Nasi himpit segera pun banyak lagi lebihan yang hari raya ritu.
Oh ya, plan jugak nanti nak buat roti sosej, nak buat popiah inti ayam, sandwich ala ala club house gittew.hehe.

Akhirnya malam ni aku buat jugak kuetiow kungfu.
Lepas konfem je suami nak makan aku terus masuk dapur lepas maghrib.
Oh ya sebelum masak apa apa, memang aku konfem dulu sama ada suami nak makan ke tak.
Sebabnya if dia taknak makan, memang tak la aku nak masuk dapur.hehe
Resepi ni aku just ambik dari blog filanie je.
Jenuh nak skrol dekat fesbuk aku rasa macam ritu ada je aku share kat wall.


Pinggan suami. Habis licin sepinggan penuh ni.
Sama ada dia lapar atau sedapla kot aku masak ni.hehe
Tapi dah memang perangai dia, tahu makan je.
Takde pun nak puji puji bini ni.huhu


Pinggan suami sebelum letak kuah.
If aku, memang tak habisla banyak ni.
Aku punya tu separuh je dari ni.
Baki dari yang ni, aku boleh buat lagi 4 small portion.
Nampak sikit je sepaket kuetiow tapi rupanya boleh dapat sampai 7 small portion.
Bagi aku kenyang dah sebab campur dengan sayur n lauk lagi. Ni pun aku just letak ayam je.

Overall, first time buat ni alhamdulillah menjadi.
Yang aku punya memang aku goreng sampai betul betul garing.
Best sangat dengar bunyi kruk krak masa kunyah kunyah tu.hehe

Bila share kat wasap grup family, ada ke patut adik cakap aku tapau dari kedai.huhuhu
I ni berpeluh ketiak kat dapur tau.
Yang beli bukan best pun.
Ritu suami beli kuah kemain pekat macam tertumpah tepung jagung gamaknya dalam tu.
Apa pun, masak sendiri lagi puas hati. Makan ramai ramai. Jimat pun jimat.

Okla. Sambil menaip sambil layan jugak kuch kuch hota hai kat tv3 ni.
Tapi malam ni rasa sejukkkkk je.
Mata pun dah mengantuk.
Esok kena bangun awal ada perjumpaan ibu bapa kat tadika lagi.
So, i masuk tidur dulu lah ye. Babaiiiiii....

posted from Bloggeroid

Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM