Kasut hitam

Assalamualaikum.

Hari ni ada annual meeting tadika kat hotel perdana.
So kenala pakai formal attire.
Yang masalahnya tetiba kena wajib pakai kasut hitam.
Aku memangla ada kasut tertutup sepasang yang boleh pakai masa ihtifal, masa sukan pun boleh tapi masalahnya bukan warna hitam, tapi warna kelabu.
Mulanya plan nak pakai je tapi risau jugak kang orang lain semua pakai hitam, i sorang je kelabu matikla kena tembak kat bos.huhu

So semalam keluar la cari kasut n jumpala sepasang.
Takdela berkenan sangat tapi bolehla sebab nak pkai kejap je.
Lepas tu singgah jugak beli barang lain.
Bila sampai je rumah tengok2 plastik kasut takde.
Alamak, tertinggal kedai ke?

So keluarla balik cari kasut yang tertinggal.
Bila cari kat dua kedai sebelum tu, semua cakap takde pulak nampak kasut aku.
Bila ingat ingat balik rasanya lepas bayar, aku tak ambik kot kasut tu.
Kebetulan pulak masa beli tu kedai tu memang dah nak tutup sebab hari jumaat semua kedai tutup awal.
Dahla urgent nak pakai esok.huhuhu

Petangnya lepas siap lunch, aku cakap kat suami nak pergi kedai.
Laptop tetiba rosak, so kena guna pc tadika nak siapkan monthly report student.
Lebih kurang pukul 5, lepas setel kerja pergila pulak supermarket kot kot ada kasut berkenan.
Gigih lagi nak cari kasut lain.hihi
Lepas tu pergi bata jugak. Try kasut yang tu yang ni, last last tak beli jugak.
Gamble jelah pakai kasut kelabu.
Masa tu memang dah rasa stress dah.
Tub tub sebelum tidur tetiba teringat mak ada beli sepasang kasut masa nak pergi umrah ritu.

So pagi tadi singgahla rumah mak dulu.
Syukur sangat kasut mak sama saiz dengan aku. Elok elok je muat kat kaki aku.
Alhamdulillah, akhirnya mak jugak penyelamat masalah aku.hehe


Sempat singgah belikan brekfast mak ayah.
Ayah sengih je bila aku cakap belikan dia roti canai telur. Faveret tu.
Alhamdulilah, benda kecik pun hopefully boleh buat mak ayah gembira.


Kasut hitam pinjam.
Cun je kat kaki aku.kahkahkah
Tq mak :D






Sikit hari lagi boleh rembat salah satu ni cun gak kan?
Aku tak suka kasut ladies.
Yang ni senang boleh jalan buat gaya bebas tak payah nak control cun.hihi

posted from Bloggeroid

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM