6th Visit: Meeting Fertility Specialist/HSG Info

Assalam.

Rabu lepas ada appointment  lagi di klinik o&g.
Yang pertama untuk tahun 2015 ni.
Last aku pergi disember tahun lepas, kena makan clomip dan lepas buat tvs, kena inject pregnyl.
Takde rezeki lagi, hehe.
So, kenala continue lagi treatment ni.
I’ll never stop hokey. ;p

Disebabkan appointment petang, so aku drive sendiri je ke hospital.
If pagi bolehla pergi dengan hubby.
Semua orang tahu betapa susahnya nak dapat parking kat situ, nasib baik bila sampai, kebetulan ada satu parking betul betul depan klinik o&g. Rezeki.
Tapi masalahnya aku pulak lupa nak tukar syiling parking.
So tebalkan muka masuk 4,5 biji kedai mintak nak tukar syiling, semua cakap takde.
Aku nak tukar rm2 je pun. Aku bajet dorang tipu je.
Manusia zaman sekarang ni memangla ramai perangai macam ni.
Berkira n payah nak menolong sesame islam.
Tak molek sangat perangai tau.
Tapi masa masuk satu kedai fotocopy, ada sorang nurse kat situ, diala baik hati bagi aku tukarkan syiling.
Murah hati dia nak menolong aku, moga tuhan jelah balas budi baik dia.
Walaupun ramai manusia keji kat atas dunia ni, tapi aku tahu mesti ramai jugak yang berhati mulia.
2 orang antaranya aku dengan nurse tulah.hihihi

Ok berbalik pasal appointment.
Bila nak masuk klinik o&g, rupanya dorang dah berpindah kebangunan baru.
Nak ke klinik o&g, kat tingkat 4.
Besarla tempat baru ni sebab besar n luas, siap dengan lif semua.
Bila sampai je daftar macam biasa, timbang berat n check tekanan darah.

Surprise, surprise! Berat aku Cuma 58.4kg je

Last timbang kat klinik 59kg.
Aku mati mati ingat berat dah 60kg ke atas.
Sebab badan rasa gemuk n berat sangat.
Syukur alhamdulillah.hihi
Disebabkan datang awal, so orang pun tak ramai lagi.
Baru sempat habiskan novel 5,6 page dah sampai turn.
Masuk je bilik dr pakar, dr wan.
Dia tengah makan karipap.hihihi
Bila aku duduk je selamba dia habiskan sebiji karipap.
Dr wan soft spoken n baik je.
Aku selesa la buat rawatan dengan dia. Syukur.

So ikutkan last meeting, dia suggest untuk ambik clomip 2,3 kali n if tak berjaya jugak barulah akan buat iui.
So bila dia tengok last scan telur cantik, dia cakap akan terus proceed dengan IUI jelah.
Tak payah dah ambik clomip lagi.
Tapi sebelum buat IUI, nak kena check tiub falapio aku dululah okay ke tidak.
Jalan clear atau tersumbat.
Soa dia cakap akan buat x-ray.
Dengar je x-ray terus rasa lega.
Ingatkan xray biasa macam x-ray badan, tapi bila dia explain, huh terus rasa seram sejuk.
Proses nak check tiub falapio ni dia panggil HSG.

HSG(Hysterosalpingogram)
 is an x-ray test that examines the inside of uterus and fallopian tubes and the surrounding area-Google web.

Prosesnya lebih kurang macam nilah. Mengikut fahaman aku selepas dr explain.
Alat akan masuk melalui bawah. So dia akan masukkan cecair.
If cecair tu boleh masuk mengalir elok, maksudnya tiub falapio aku ok n boleh proceed dengan IUI.

Then, aku tanya doc. If tak ok?
Ok, tu cerita lain pulak, kata dia. Titik. Dia senyum. Aku diam. Okay.

Masa dia cadangkan n tanya pendapat aku macamana, aku on jelah.
apa apa cadangan doktor, mana yang baik terima jelah.
Kata nak anak sangat kan.huhu

So lepas tu keluar bilik dr, nurse bagitahu cara cara cane untuk set tarikh untuk HSG.


Prosedur untuk dapatkan tarikh HSG. 

Baca a few tt blog pasal pengalam HSG ni boleh tahan jugak.
Ada yang cakap sakit. Ada yang cakap sakit 10minit.
Ada yang esoknya masih rasa sakit lagi.
Bahagian masing masing.
Aku lepas ni ntah cane. Kalau ikut level kecengengan aku ni, tak mustahil aku berhujan air mata.
Ikut pengalaman first time nak ambik darah dulu pun dah basah kuyup mata aku, konfemla yang ni hujan siap rebut petir ni.
Harap harapla boleh ajak suami masuk sekali.hihi over kan?
Mengalahkan orang nak beranak pulak.
Tu mak selalu cakap, aku ni kalau beranak mau dok menangis tak berenti ni.
Iyeeelah tu.
Garang tapi cengeng. Sape lagi, akulah tu.huhu

So esok aku akan ambil cuti lagi untuk ke hospital.
Moga dapat buat HSG ni secepat mungkin.
Malas dah nak tangguh tangguh. Btw, esok my besday hokeyyyy.
Muis is 31 already.
Umur makin tua, anaknya bayang pun tak nampak lagi. ;D

Takpe muis. Mana tahu tuhan dah tulis tahun ni aku akan beraya dengan anak dalam perut.
Hah, jangan nak jeles ek. Memang buat masa sekarang ni, aku boleh berangan je.
Tapi, masa depan sapa yang tahu kan?
Lagipun berangan bukan kena bayar pun.hihi

Oh tak sabarnya nak tunggu kedatangan my babies ke dunia yang penuh pancaroba ni.hahaha
Chaiyokkkk Muis!

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM