Posts

Showing posts from February, 2015

6th Visit: Meeting Fertility Specialist/HSG Info

Image
Assalam. Rabu lepas ada appointment  lagi di klinik o&g. Yang pertama untuk tahun 2015 ni. Last aku pergi disember tahun lepas, kena makan clomip dan lepas buat tvs, kena inject pregnyl. Takde rezeki lagi, hehe. So, kenala continue lagi treatment ni. I’ll never stop hokey. ;p Disebabkan appointment petang, so aku drive sendiri je ke hospital. If pagi bolehla pergi dengan hubby. Semua orang tahu betapa susahnya nak dapat parking kat situ, nasib baik bila sampai, kebetulan ada satu parking betul betul depan klinik o&g. Rezeki. Tapi masalahnya aku pulak lupa nak tukar syiling parking. So tebalkan muka masuk 4,5 biji kedai mintak nak tukar syiling, semua cakap takde. Aku nak tukar rm2 je pun. Aku bajet dorang tipu je. Manusia zaman sekarang ni memangla ramai perangai macam ni. Berkira n payah nak menolong sesame islam. Tak molek sangat perangai tau. Tapi masa masuk satu kedai fotocopy, ada sorang nurse kat situ, diala baik hati bagi aku tukarkan syiling. Murah h

suamiku paling sweet

Image
assalamualaikum. dah lama rasanya aku tinggalkan novel. tup tup ntah kenapa sekarang ni macam teringin nak baca novel balik. ingat dulu aku dah letgo semua koleksi novel aku. memang tak banyak tapi boleh kata semua best best. karya penulis yang dah memang established. walaupun aku minat membaca, tapi aku takdela beli membuta tuli je. kebanyakan penulis baru ni, if tak glamer memang aku tak beli. la ni ramai sangat la pulak jadi penulis novel. kalau bab penulis baru ni bukannnya apa, kengkadang bukunya tak best pun, syok je lebih. isi kosong, just cerita jiwang n ringan. if remaja minatla kot. aku ni dah nak masuk 31 tahun. kalau terbaca novel tak matang, memang rasa menyampahhhhh je. isu klise. Kahwin paksa, kahwin kontrak, kau benci aku sayang, aku benci kau sayang. aduhaiiiiii, boring! berbulan bulan lepas adalah akak bawak balik satu novel. if dalam grup, penulis ni kira glamer la seposen. buku first dia, tajuk eskperimen cinta. asal ada orang letgo je, bereb