spoiler alert!


Assalamualaikum.

I ni memang spesis spoiler alert.
2, 3 malam lepas tertengok satu cerita kat channel 709, Lifetime.
Tajuk The Wrong Woman.
Cerita pasal seorang wanita yang dituduh cuba membunuh seorang wanita lain.

Belum masuk setengah jam, bila masuk je watak suami dia, i terus get the idea that suami dia yang punya hal.
Tengok tingkah acuh tak acuh suami masa datang jumpa dia dekat lokap.
Dan pompuan mangsa tu mesti pompuan yang ada hubungan dengan suami dia.

So untuk konfemkan i punya tekaan, google jelah.

Tapi tekaan i salah, rupa teman sekerja laki dia yang punya angkara.hihi
Tapi takpela, i memang malas nak tertanya tanya sape pembunuh.

Kesimpulannya, i ni memang jenis tak penyabar.

Drama ke, filem ke, i akan tengok dia punya ending dulu.
Tak menyabar, terus bukak last episod.
Kalau novel, i akan baca ending dia dulu.
Lepas tahu ending baru i boleh sambung dengan tenang.
Kecuali drama bersiri yang tengah on air la.
Yang tu memang tak bolehla nak tahu endingnya cane.

Kalau rancangan realiti pulak, bila tengok je episod 1, then i google jelah untuk tengok sape pemenang.
Amazing race, masterchef.
Dan kalau orang tu masuk pusingan penyingkiran, memang dah tahula sape sape yang tak akan terkeluar sebab at the end dia menang.

Lepas tu bangga je cakap dengan diri sendiri, aku dah tahu punn sape pemenang.kihkihkih
Psiko je.

Tapi lately axn dengan starworld asik tayang drama atau realiti tv dalam tempoh masa 12 jam lepas tayangan kat us.
Harusla sabar menunggu setiap minggu episod yang baru.

Geram je tak boleh tahu lagi ending cane!


Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM