penangan ihtifal.


Assalamualaikum.

Nasib baik hari ni tadika cuti.
Balik je dari ihtifal petang semalam memang tubuh rasa letih sangat sangat.
If letih je takpela jugak.
Tapi macam nak demam pun ada.
Badan rasa sejuk panas n tak selesa.
Tekak pun rasa sakit macam nak kena tonsil.
Kepala pulak jangan cakapla berdenyut denyut macam nak pecah gamaknya.

Penangan ihtifal la ni.
Masa kat sana dok kehulu kehilir semalam tak rasa apa pun lagi.
Malam tadi pun tak boleh nak tidur.
Asik tersedar je.
Sampaikan pagi tadi terbabas tidur.
Suami lagila, if bini tak sedar jangan harap dia nak bangun sendiri.
Kitorang tersedar pun sebab mak mentua datang kejutkan.
Masa tu dah pukul 8 pun.
Melompat suami dari katil dah lewat dia nak masuk kerja.

Dah dua dua tak solat subuh.
Tapi if tak tersedar tak dosa kan?
Bukan sengaja.huhu

Lepas suami pergi kerja, i mandi n tukar baju.
Barulah rasa segar sikit badan.
Makan kek sikit n telan panadol 2 biji, berbungkus dalam selimut depan tv.

Tengah dok layan masterchef, tertidur.
Tersedar dalam pukul 10 lebih, dah berpeluh peluh, dah panas pun cuaca kat luar.
Masuk bilik, mandi n tukar baju sebab nak balik rehat rumah mak je.

Mukut pun rasantak best so singgah makan bubur nasi je tadi.
Hopefully esok dah okayla.
If bangun esok rasa tak sedap badan lagi, mc jelah.
Cuti tahunan pun dah habis.
Nasib baik cuti sekolah dah start. Syukur sangat sangat.
Berakhir sudah penderitaan untuk tahun ni.
Hal tahun depan kendian pulak kita fikir ye.

Nak share a few pics persediaan ihtifal.



Me n my rakan sekutu tengah lekatkan tape untuk prop story telling.
Lepas habis je program, prop ni kami patahkan n tinggal kat situ je.
Prop recycle dari ihtifal last year, cuma kami adala modified la sikit.
Memangla niatnya tak nak membazir guna prop last year. Ehemmmm...
Tapi janganla nampak pemalas benor.hihihi




Tengah menyusun sijil n hadiah untuk student yang akan konvo.
Sijil dengan hadiah besar gedabak, meja kecikkkk je.
Pening fikir cane nak susun.
Dahla semalam masa i dok kalut alih stand mic, satu tu terbalik pi hentam atas hadiah.
Nasib baik tak pecah hadiah untuk student.
Kot tak mati i kena bambu dengan boss.huhu




Pentas lepas di touch up.
Bukan kerja i pun. Hasil kerja new teachers.
I just tolong cabut pelekat 2, 3 pieces je.hehe



Photo booth katanya. Tapi yang ni tak complete lagi kot.
Nak pi jengah semalam pun tak sempat.
Lepas habis je program, parents pulak serbu nak bergambar anak beranak.

Tu jelah setakat ni.
Nanti if dah dapat pics dari OP boleh share kat sini lagi.






Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM