muis #2



Assalamualaikum.

Hari ni i nak share perihal diri i lagi. Muis #2. Sape nak baca Muis #1, klik sini.

I tak tahula benda ni bermula sejak bila tapi dah lama kot.
Sebelum tidur, i ni ada tabiat suka basahkan anggota badan dulu, then baru tidur.
Anggota badan tu termasukla kaki, tangan, lengan, muka, perut, rambut etc.

Biasanya i akan solat isyak sebelum tidur.
Tapi lepas solat kiranya anggota badan yang basah masa ambii wudhu dah keringla.
So i akan masuk semula ke bilik air dan basuh balik semula kaki, tangan lengan, muka, tengkuk.
Lepas tu i akan cepat cepat naik katil dan tidur.

Katalah i tak mengantuk sangat dan lambat tertidur, kalau rasa kering je, i pergi bilik air lagi.
Tak kiralah berapa kali nak ulang ke bilik air, yang penting, sebelum tidur kena basah atau lembab.
If kering memang i takkan boleh tidur.
Kepala i ni macam dah set siap siap dah.
Kalau macam tahan diri dari pergi bilik air pun, kesudahannya mesti akan pergi jugak.

Nasib baikla bilik air dalam bilik. Kalau tak jenuh i nak ulang alik.

Pernah dulu i siap isi air dalam bekas pastu letak bawah katil.
So i boleh terus guna air tu untuk basahkan anggota badan terutama kakila.
Kaki yang paling penting kena basah sebelum i tidur.

Amacam? Dah cukup pelik ke tak perangai i ni? Hehe.

Tapi rasanya sekarang ni lagi teruk kot.
Kadang kadang bukan sebelum tidur je kena macam tu.
Sekarang ni pun if rasa kering je, akan pergi bilik air.
Kalau dapat basuh kaki pun, rasa best je.

Tabiat ni mungkin sebab i jarang sangat pakai losyen kot.
Tu kulit jadi kering dan buat i jadi tak selesa, sudahnya jadi tabiat pulak.
Tapi kulit i takdela kering sangat pun. Normal je rasanya.

Kalau i pakai losyen pun, lepas tu akan jadi basuh tangan jugak, basuh kaki, so macam takde guna je pakai losyen.
Kesimpulannya i tak minat.
Selalu kalau i beli losyen, setahun belum tentu habis.
Kadang kadang i bagi orang je.

Sekarang ni kerja pagi sampai petang dalam aircond, so salah satu sebab jugak kot.
Kadang kadang masa jaga budak solat i pergila tandas nak basuh kaki.hehe

Hai, dah nama tabiat kan?
Takpelah, asal tak menyusahkan orang lain sudahla.
Manusia kan ada macam macam ragam. :P

#perangaipelikmuis



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM