Langkawi Trip: Underwater World



Assalamualaikum. 


Nak sambung cerita di langkawi hari ke2. Disebabkan semalam dah sampai guest house malam, so hari ni memang tak sabarla nak meneroka pulau langkawi. Macam biasa, i kalau bab bersiap nak kemana mana mestila i yang siap dulu. Lepas siap gosok baju, i terus bersiap. Lepas tu gesa yang lain bersiap jugak. Masa yang ada jangan dibazirkan.hehe


Keluar je dari guest house, belok keluar ke jalan besar, kedai yang pertama sekali jumpa, kitorang terus singgah untuk brekfast. Kedai kecik je tapi okla ada nasi lemak dengan berbagai pilihan lauk. Ada roti canai. Ada mee dan mihun jugak. So kira kenyangla untuk alas perut pagi tu. 

Destinasi pertama, Underwater World. Masa dok bincang nak datang langkawi i dah bajet memang nak masuk sini. Tapi bila i google internet, kebanyakan review cakap tak berbaloi pun masuk Underwater World dengan harga tiket yang agak pricey.

Harga Tiket Underwater World: 
Dewasa: RM30
Kanak2: RM20


Disebabkan suami dah pernah datang sini, so dia taknak masuk. Kakak ipar dengan abang yang sulung pun tak masuk. So i je masuk dengan anak, dengan anak sedara, dengan abang satu famili dengan mak ayah. Sebelum masuk tu, i bayangkan sepanjang laluan tu kami akan berada bawah airla, tapi rupanya laluan bawah air tu jaraknya tak jauh pun. Yang lain just akuarium besar je kiri kanan. So sedikit hampa di situ. 

Anak bawak masuk sekali hf bapak dia, so gambar cantik. Tapi asik dok snap gambar makhluk2 dalam ni je. Gambar dia if i tak paksa, memang takde. Sejak dah besar ni, memang dah taknak bergambar sangat. Kang nanti takde gambar dia, bapaknya bebel kat i jugak.huhuhu

Alang alang gambar ada banyak meh i letak sini je semua. Kira i dah pilih mana yang menarik la ni.



I tak masuk pun tempat ular ni. Anak je pergi dengan sepupu dia.
I tengok ular dalam tv sukala, tapi kalau depan mata? Eeiiii, geli.




spesis kura kura, tapi cengkerangnya macam pelik sikit.
Kura-kura gergasi kot.





Dolphin.
Memang tak duduk diam, asik berenang je kesana kemari.





Batu karang.




tapak sulaiman. cantik kaler oren.



Yang ni i tak sure apa.




Ikan paus. Tapi tak aktif diam tak bergerak sangat.







Tiga gambar kat atas ni rasanya spesis belut. Geli je. 







Obor obor. Cantik je, bercahaya. Ralit i dok tengok pastu snap gambar.








Bermacam macam spesis ikan. Sampai tak larat nak snap gambar.




Kuda laut. Ingat dulu masa kecik kecik kat rumah ada ayah simpan kuda laut, tapi yang dah matila. 
Yang ni hidup lagi, siap bergerak gerak, first time tengok, kagum je. 
Bagi i, kuda laut salah satu hidupan laut yang pelikla.




Ynag paling best masa sampai tempat penguin. Comel sangat penguin dalam tu. Geram i menengoknya. First time la ni tengok penguin live. Bulat bulat, montel. Lepas tu bila kita datang dekat dengan cermin, dia pun berenang datang dekat jugak. Lama jugak i stop dekat sini.

Boring gila masuk dalam ni. I rasa letih, lenguh kaki, dan rasa jauh sangat perjalanan nak menghabiskan ronda tempat tu. Lagi letih sebab masuk sini berkumpulan. Dengan mak ayah n bebudak. Nak jalan laju laju kesian mak ayah dah tua. Lamanya la hai nak sampai jalan keluar.

Keluar je Underwater World terus masuk The Zone sebelah tu je. Bila survey coklat, kakak ipar cakap sini paling murah, so beli sini jelah. Maleh dah nak survey survey. Adala dekat rm300 jumlah coklat daim yang kawan kirim. 17 paket rasanya yang kiriman je. Satu kotak tu ada 20 paket, terus i ambik 1 kotak. Balance 3 pack i punyala.hehe

Masa tu harga coklat daim yang paket 300gram rm16.90 sepaket. Yang 200 gram ada offer rm33 untuk 3 paket. I beli untuk diri sendiri n kawan, suami pulak beli asing untuk dia n anak. Tapi masa tengah beratur nak bayar tu, ada someone cakap jangan guna kotak, masukkan je coklat dalam plastik, kot tak nanti tak lepas pulak kastam masa nak balik nanti. Masa tu kalut sangat dengan coklat sampai gambar lupa nak snap.

Lepas setel beli coklat, keluar je dari The Zone menghala ke Kuah pulak. Next destination kak ipar dah plan nak bot dekat Kilim Geoforest Park. Yang n idah up entri pun, so next entri nak cerita pengalaman naik Cable Car pulak. 







Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM