BREAKDOWN



Assalamualaikum.

Hari ni tak tahula kenapa.
Nak kata moody tak jugak.
Tapi memang tak seceria biasa.
Suami tegur, jawab.
Bercakap jugak, senyum senyum jugak.
Masa kakak singgah kejap tadi pun okay.
Tersengih sengih jugak bila jumpa anak sedara.
Anak sedara pun bila nampak mak sedara, terus nak bersalam.
Sejuk hati rasa.

Tapi bila suami pergi je kedai, terus rasa sunyi.
Lambat lagi dia balik.
Bila dia balik aku dah tidur.

Lepas solat maghrib tadi, ambik quran.
Tak sempat habis satu muka surat, air mata bercucuran.
Ya Allah, nape sunyi sangat hidup aku ni?
Nape berat sangat dugaan ni?

Memang dah sabar. Memang dah redha.
Tapi aku ni manusia.
Lemah. Hati rapuh.
Aku cuba gembira dengan kegembiraan orang lain.
Aku ikhlas bila ucap tahniah.
Tapi pedih hati ni?
Aku usaha, tapi mungkin belum masa.

Aku tak tahu Ya Allah.
Apa yang ada di langit, dan di bumi, hanya Engkau yang tahu, Ya Allah.
Apa percaturan masa depan aku, hanya Engkau yang tahu Ya Allah.

“Hasbi Rabbi Jallah,
Maafi Qalbi Ghairullah,
Nur Muhammad Sallallah,
La ila hailla Allah...”
“Cukuplah tuhan bagiku Allah Maha Agung,
Tiada niat dihatiku kecuali Allah,
Cahaya Muhammad selamat atasNya
Tiada tuhan selain Allah. “


Comments

  1. insyaAllah dear.ada rezeki nanti.tabahkan hati k. saya memahami sgt.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 memang perasaan mcm tu datang dan pergi. Tak salah menangis untuk luahkan apa yang kita rasa dalam hati tu. Mudah2an lepas nangis jiwa akan rasa lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Amin

    ReplyDelete
  3. org tak kawen ditanya bila nak kawen.
    dah kawen soalan lain plak.
    seb baik x tanya bila nak mati.huhu

    sabor je la is..

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM