malam jumaat keliwon


Assalamualaikum.

Malam ni tidur rumah mak. Sebabnya suami takde. Pagi tadi dia dah gerak ke Sabak Bernam. Ada sukan tahunan jabatan akauntan negara. So malam tadi packing siap siap 2 bag, my hubby n i. So petang tadi tumpang makcik je balik rumab mak. Tapi makcik singgah tengok sedara kat husm, so i sampai rumah dah dekat pukul 8malam.

Belum sempat mandi n tukar baju, tetiba ayah ajak temankan dia nak pergi rumah orang nak mintak tolong buat solat hajat untuk sedara yang dalam icu tu. Ayah sebenarnya ajak mak. Tapi mak cakap dia penat so ayah ajak i je. Rupanya dia takut sebab rumah yang dia nak pergi tu kena lalu kubur.huhuhu

Kebetulan kereta takde adik guna, so i naik motor jelah dengan ayah. Dia malas nak keluarkan motor, so just guna motor buruk yang lampu depannya menyala ala ala manja gittew. Mak sempat lagi pesan bawak motor elok elok. Risau lettew.hehe

Masa kat jalan besar okayla lagi sebab ada lampu jalan. Tapi bila masuk je simpang jalan ke kubur tu punyalah gelap. I is cuak dah masa tu. Lampu motor ni pulak kalau bawak perlahan makinla dia tak menyala. Ayah pulak rabun. Jalan pulak tak elok. Hah? Apalagi....

Nak dijadikan cerita elok je lalu tepi kubur n lepas selekoh, motor mati. Dengan keadaan gelap gelita. Nasib baik i ni jenis cool, so i diam je. Mata memang tak melilau pun. Ayah sambil merungut cuba hidupkan motor balik. Lepas 2x try, nasib baikla enjin hidup n lampu menyala terang.

Kalaula masa tu elok je lampu menyala suluh ke depan n ada makhluk, memang sah i pengsan kat situ. Tak ke keje gila malam malam jumaat motor mati betul betul tepi kubur? Mengalahkan drama tanah kubur dah ni. Nasib baikla lepas motor hidup, depan tu sikit je rumah orang tu.

Alahai, kenapalah nak buat rumah tepi kubur.huhuhu

Otw balik memangla akan lalu situ lagi. Kali ni i dah pesan siap siap kat ayah bawak laju laju sikit barula lampu menyala. Bila lampu menyala terang sikit barulah nampak jalan n kejap je dah lepas area kubur. Tak jauh pun jaraknya dalam 1 selekoh je pun tapi tulah, dah nama kawasan kubur kan?

Ayah yang keje bilal pun rasa cuak, inikan i yang kurang ilmu agama ni.huhuhu





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM