jiwang sat.


Assalamualaikum.

Minggu ni lagi sekali cuti direct 3 hari.
I is boring u know.
If pergi kerja i boleh buat kerja yang lebih 'penting'.hehehe

Hari ni pukul 9 dah bangun, terus mandi.
Malas i nak peram lama lama.
Rutin biasa hari cuti, cuci baju, jemur baju, kemas ruang tamu n dapur.
Lepas tu lepak je tengok tv.

Suami bangun pukul 11 lebih terus makan.
I tak masak pun lagi.
Tapi dia naik rumah kakak ambik nasi n gulai kawah.
I is pelik.
Hari jumaat selalunya dia makan lepas balik jumaat.
Bila i tanya katanya lapar, malam tadi tak makan.
Sejak makan habbatus sauda, dia cakap asik lapar je.
Sebab tu i stop makan habbatus sauda, biar dia je sorang gemuk.hihihi



Lepas suami pergi pasar i masuk dapur masak nasi n masak sambal ikan bilis.
Mak mentua masak asam pedas rebus ikan apa ntah.
Cukupla la tu nak buat lunch, malas i nak masak lauk lain.
Suami konfem dah takkan makan tengahari ni.
Lepas balik masjid tadi dia cakap nak keluar beli barang pulak.
I layan hindi je.


Vivah.
Sape peminat hindi, taula kot cite ni.
Setakat hari ni adala dah 5, 6 kali kot i layan cerita ni.
If iklan ada cerita ni, konfem i layan.
Dalam cite ni takde pelakon seksi, takde adegan pelik pelik, takde lagu ntah hapa hapa.
Tapi bila tengok je cite ni, konfem jadi jiwang.
Rasa syahdu sangat dengan percintaan jodoh pilihan keluarga ni.
I pulak tersipu sipu malu dok tengok hero heroin meluah cinta gittew.

If layan je, sat sat tu jugak terasa bestnya kawin dengan pilihan keluarga.
Pendek kata jodoh yang datang tu memang terbaikla.
Terus berangan i ni cantik macam heroin dan nak kawin dengan hero hensem macam hindustan.kihkihkih.

Tula ko muis, dulu ada pakwe ala hindustan, ko rejekkkkk!

Ops. Hihi. Dah takde jodoh kan,

Kita ni manusia, hanya mampu merancang je, tapi Allah yang tentukan. Ngerti??....  :P



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM