Posts

Showing posts from October, 2014

friday housewife

Image
Assalamualaikum. Rasa macam dah jadi rutin pulak menulis di blog setiap hari jumaat. Sape tak suka cuti kan? Hati pun rasa tenang je nak bebel di blog. Hari ni lepas subuh terus keluar tengok tv. Sedikit merajuk dengan suami so malas nak sambung tidur. Agaknya dia pelik nape i tak masuk bilik, dia keluar cari i jugak.hehehe Tapi memangla sebab malam tadi tertidur awal depan tv, so rasa macam dah cukup tidur. Kebetulan ada ulangan australia masterchef yang tak sempat tengok petang semalam, so i layan yang tu je. Lepas habis cite, masuk bilik ambik baju kotor. Round pertama baju suami la dulu. Kebetulan pulak hari ni mendung, n tadi hujan renyai renyai. So kalau basuh banyak, if baju tak betul betul kering susah pulak nanti. Sementara menantikan baju siap basuh, kemas dapur dulu. Hari ni habis semua barang dekat kabinet i punggah. Nak kemas bekas bekas plastik, nak buang mana yang tak perlu, nak simpan pinggan mangkuk mana yang tak guna. Kami makan berdua je pun,

Langkawi: Kilim Geoforest Park

Image
Assalamulaikum.  Lepas keluar Underwater World dan shopping coklat, destinasi seterusnya ke Sungai Kilim Geoforest Park. Jauh jugak perjalanan sampai aku pun naik boring. Dahla lepas tu hujan turun. If hujan cane nak naik bot kan? Nasib baik elok je sampai cuaca pun elok. Dekat sini aktivitinya adalah ronda ronda dekat sungai Kilim dengan bot. Dengar je nak naik bot memangla rasa cuak jugak sebab aku ni fobia air. Tapi dah semua orang nak join, takkanla aku sorang je nak menunggu kat jeti.huhu Disebabkan group kami lebih 17 orang, so kena sewa 2 bot. Kakak ipar sewa yang trip 2 jam je. Bot pertama 2 orang abang dengan famili dorang ynag naik, bot kedua pulak, famili aku dengan cikgu isroha dan mak ayah sekali.  Di jeti sementara nak menunggu naik bot. Sempatla pergi tandas dan makan makan lite lite je dulu. Masa ni rasanya memang tak lunch pun lagi. Sebab nak kejarkan masa. Nasib baik pagi tadi dah ambik heavy breakfast. Harga Sewa Bot Sungai Kilim Geofore

sunday with BSB

Image
Assalamualaikum. Hari ke 3 bercuti, esok dah keje..yeayyy. Malam tadi dah plan hari ni peram, n golek golek lama lama sikit kat katil. Tapi macam biasalah, i ni jenis rimas. So 830 dah bangun n terus bukak laptop depan tv. Nak siapkan daily lp dulu. Sambil buat keje harusla bukak tv, tapi takde rancangan best pun. Sumer cite ulangan. Demm u astro. Tapi takpe. I ada banyak hiburan lain.hehe So sambung hardisc ke player samsung bluray. Layan je video berlambak lambak dalam tu. Done. Lagu yang paling n sangat sangat sangat i suka. I want it that way. Dari third album Millennium. Beratus n beribu kali dengar takkan jemu. I'll never break your heart. One of hits dari first album, Backstreet Boys. Layan my faveret since berbelas tahun dulu. Rugila sape tak minat bsb di zaman remaja mereka. Kata sekolah agama punnnnn. Ish ish ish. Masa tu memang siap cop sorang satu siap siap. Mine of kos la pilih kevin.hihi gatai. Masa tu i suka lelaki matang n mach

overweight

Image
Assalamualaikum. Dah lama tak menggodek apa yang ada dalam playstore. Tetiba jumpa la bmi calculator apps. Mandangkan sekarang ni i obses dengan berat i, so terus je install kat tab. Sebelum ni i memang dah tahu pun berat badan i memangla ideal dengan tinggi. Tapi dah la ni berat badan i naik mendadak, tak sure kiraan bmi i sekarang ni macamana. Tapi rasanya if berat 58kg tak overweight lagi kot. Tapi tu just what i tot je. Hakikatnya? Nengokler sendiri ye. The result. 24. Overweight.kihkihkih. Konfem. I is gems. Demm. But what to do? Tu ler akibatnya pukul 12 tengah malam pun pekena nasi sepinggan. Since then, i bertekad. Nak kurangkan nasi. Ntah betul ke tidak cara i berdiet ni, tapi if boleh turun 1, 2kg okayla tu kan. So gigihla i tulis note setiap hari apa yang i makan. Kalau tengok dalam ni, nasi je i makan sekali sehari. Yang lain semua i bedal. Tapi hari ni hari cuti, harusla makan nasi 2x. Membazir je nasi if tak makan.hihihi

jiwang sat.

Image
Assalamualaikum. Minggu ni lagi sekali cuti direct 3 hari. I is boring u know. If pergi kerja i boleh buat kerja yang lebih 'penting'.hehehe Hari ni pukul 9 dah bangun, terus mandi. Malas i nak peram lama lama. Rutin biasa hari cuti, cuci baju, jemur baju, kemas ruang tamu n dapur. Lepas tu lepak je tengok tv. Suami bangun pukul 11 lebih terus makan. I tak masak pun lagi. Tapi dia naik rumah kakak ambik nasi n gulai kawah. I is pelik. Hari jumaat selalunya dia makan lepas balik jumaat. Bila i tanya katanya lapar, malam tadi tak makan. Sejak makan habbatus sauda, dia cakap asik lapar je. Sebab tu i stop makan habbatus sauda, biar dia je sorang gemuk.hihihi Lepas suami pergi pasar i masuk dapur masak nasi n masak sambal ikan bilis. Mak mentua masak asam pedas rebus ikan apa ntah. Cukupla la tu nak buat lunch, malas i nak masak lauk lain. Suami konfem dah takkan makan tengahari ni. Lepas balik masjid tadi dia cakap nak keluar beli barang pulak. I lay

Syurga.

Assalamualaikum. Aku paling pantang kalau dengar ada orang bila dah kawin, lupa mak ayah. Sikit sikit syurga bawah tapak kaki suami. Sikit sikit syurga bawah tapak kaki suami. Yes betul bila kawin syurga kita bawah tapak kaki suami. Tapi neraka kita pun nanti? Bukan suami jugak salah satu faktor penyebabnya? Tak tahu ke buat buat tak tahu? Kalau dengan suami, dengan famili suami semua boleh, semua sempat. Tapi kalau dengan mak ayah sendiri? Hmmm takpela mak ayah aku faham. Takpela mak ayah aku takpe if aku tak kol, tak sempat balik. Macam tu ke? Ada jugak jenis suami yang kongkong isteri. Tak bagi si isteri balik rumah mak  ayah. Tak sedar yang dia tu dapat isteri yang mak ayah mentuanya dah bela besar panjang. Dah bagi pelajaran. Dah bergaji besar. Dia ingat bila kawin isteri ni kena perhambakan diri pada dia je. Syukur aku ada suami yang open minded. Suami aku tak pernah sekali pun kongkong aku tak bagi balik rumah mak ayah. Tak kirala raya ke hapa, asal aku c

putu mayam on deepavali

Image
Assalamualaikum. Otw balik dari rumah mak jap tadi dalam kereta terdengar dj cakap putu mayam salah satu makanan orang india. Ye ke?  I tot putu mayam makanan orang melayu. If belah luar putu mayam makan dengan kelapa parut. Tapi di kelantan putu mayam kami makan dengan kuah santan dimasak dengan gula melaka. Kebetulan otw masa nak pergi rumah mak singgah nak tapau makanan, so nampak ada putu mayam kat gerai kuih. Kutu mayam ni my faveret, so terus beli satu bungkus. Putu mayam ni sedap sebab kuahnya tak manis sangat. 4 keping rm2 saja. Ok, tu je dinner saya untuk malam ni. So kesimpulannya, putu mayam ni makanan orang melayu ke orang india? I is konfius. Apapun, happy deepavali to all hindu. #entrisempenacutideepavali:D

Qaseh Gold: My Own Experienced

Image
Assalamualaikum. I selalu teringin nak jadi seller online. Tapi dulu masalahnya i tak tahu apa produk yang i nak jual. Lepas tu selain masalah produk, ada masalah kekangan modal jugak. Duit if i simpan untuk modal, selalu terguna untuk benda lain.huhu Lagi satu i takut setakat hangat hangat taik ayam. I sendiri rasa tak konfiden dengan diri i. Selalu terasa diri i ni seswai jadi pembeli on9 je kot. Tang nak jual tu bagi je kat orang lain.hehe Sampaila one fine day tu i terbeli produk qaseh gold. Bila i start makan, ada perubahan yang i boleh rasa. Mulanya i beli untuk supplement sebab i tengah ber'ttc. Tapi bila i start consume qaseh gold, masalah resdung/selsema/susah nak tidur malam completely stop. Suami pulak cakap dia lebih rasa bertenaga. So takde masalah nak berulang kerja jauh jauh dengan motor, n malam nak buka kedai lagi.  Tapi yang paling penting, bila comsume qaseh gold ni, hubungan intim suami isteri memang ada perubahan sangat sangat.  That's

the files of young kindaichi

Image
Assalamualaikum. Selama i dok langgan channel variety, takdenya i nak layan channel 715, animax. Memangla i minat komik, tapi takdela semua i tengok. Tetiba malam ahad ritu terbukak channel animax n nampak ada cerite penyiasat remaja. If sesape minat komik, konfem tahu pasal komik penyiasat remaja, hajime kindaichi. I dulu memang membesar dengan komik. Kami adik beradik semua jenis minat komik. Penyiasat remaja, mutiara naga dragon ball, great teacher onizuka (GTO), ujang, gila gila..macam macamlah. Nampaknya minat i ni sampai ke tua la gamaknya.huhu Tapi adik yang cikgu tu lagi gila komik. Segala jenis komik dia beli n baca. I pilih yang best je, dan selalunya i tak beli. Baca yang dia beli je.hehehe Tapi penyiasat remaja ni memang faveretla. Komik dia pun i asik dok ulang baca je. Rupanya ada main kat tv? Apalagi! Harusla kita menonton kan? Hihi Malam ahad tu memang 2 jam lebih non stop i layan si hajime ni. Memang tak tukar channel lain dah. Nasib baik ada en

Holiday Villa & Suites, WCY.

Image
Assalamualaikum. Meh nak story sikit pasal Hotel Holiday Villa & Suites ni. Salah satu cawangannya di Kota Bharu nilah If bukak website katanya 4 bintang. Ye ke? So untuk launching new program hari ni, mrs boss pilih untuk buat kat sini. Next month ihtifal pun akan dibuat dekat sini jugak. Petang jumaat, sampai sana lebih kurang pukul 5pm. Mrs boss sewa 3 bilik untuk kami, 15 orang, so satu bilik untuk 5 orang. Lepas sampai sana baru dapat tahu i dengan cikji akan sebilik dengan geng admin. Bagus. Molek sekali pilihan mrs boss.hehe Lobi hotel. Tak besar pun ruangannya. Tiang besar tu macam menyemak je. If ada event apa apa, dia just tampal dekat signboard beroda tu. Macam pelik je. Ruang menunggu ada 1 ni je. If penuh, berdiri jelah kat situ. Bilik kitorang dekat tingkat 6, tapi bila nak masuk tengok bilik masih tak berkemas. Cadar tak kemas and sampah masih ada. Maknanya lepas orang last chekout, housekeeping belum kemas rupanya. Masa tu dah puku

Orange Foodcourt, WCY.

Image
Assalamualaikum. Hai hai hai. Kali ni i bersiaran dari hotel holiday villa, wcy. Esok kami ada launching new program, so malam ni semua stay tidur hotel. Sebabnya tengah malam ni, dalam pukul 12 baru dapat masuk dewan untuk persiapan event esok. So sekarang ni masih dok lepak lepak dalam bilik. Sampai hotel dalam pukul 5 lebih. Terus check in dan masuk bilik. Lepas short briefing dengan mrs boss, kami keluar makan jap. Dari pagi tadi i just makan laksam je, so memang i rasa lapar sangat sangat sangat. Nasib tak kebulur je. Kami keluar makan pun dekat dekat situ saja. Lagipun transport kami kaki je, malas nak pegi makan jauh jauh hehe. Walaupun kebulur, moh kite welfie dulu. Hukumnya harusss.hehe Kedainya okla, bersih n besar. Depan sekali ada stall nasi kukus n bermacam lauk. Kat tepi tepi ada stall macam abc, somtam, jenis soup. Walau cikji cakap nasi kukus dia sedap, tapi i memang dah rasa nak makan nasi dengan tomyam. I order tomyam putih, nasi

malam jumaat keliwon

Assalamualaikum. Malam ni tidur rumah mak. Sebabnya suami takde. Pagi tadi dia dah gerak ke Sabak Bernam. Ada sukan tahunan jabatan akauntan negara. So malam tadi packing siap siap 2 bag, my hubby n i. So petang tadi tumpang makcik je balik rumab mak. Tapi makcik singgah tengok sedara kat husm, so i sampai rumah dah dekat pukul 8malam. Belum sempat mandi n tukar baju, tetiba ayah ajak temankan dia nak pergi rumah orang nak mintak tolong buat solat hajat untuk sedara yang dalam icu tu. Ayah sebenarnya ajak mak. Tapi mak cakap dia penat so ayah ajak i je. Rupanya dia takut sebab rumah yang dia nak pergi tu kena lalu kubur.huhuhu Kebetulan kereta takde adik guna, so i naik motor jelah dengan ayah. Dia malas nak keluarkan motor, so just guna motor buruk yang lampu depannya menyala ala ala manja gittew. Mak sempat lagi pesan bawak motor elok elok. Risau lettew.hehe Masa kat jalan besar okayla lagi sebab ada lampu jalan. Tapi bila masuk je simpang jalan ke kubur tu punyalah gelap.

Nasi Kak Wok

Image
Assalamualaikum. Petang ni tetiba je hujan. Best. Sebab cuaca panas dah jadi sejuk. Cuma yang tak bestnya bila hujan perut jadi lapar lapar la pulak. Baru je pukul 12 tengahari tadi i makan nasi kak wok dengan suami. Ni lapar lagi? Ish ish ish. Tapi i ni memangla dari dulu jenis macam ni. If makan cepat kenyang, pastu cepat lapar balik. Tangki kecik je. Nak cite pasal nasi kak wok je pun. Sape orang kelantan if tak tahu nasi kak wok tak tahu ler nak cakap. I pun tak tahu dari bila start glamer nasi kak wok ni, tapi memang dah lama la. Rasanya kedai asal nasi kak wok di orang cakap belakang kbmc kot. Maap ye kalau silap. Tapi i memang tak pernah makan sana. 3 tempat yang ada cawangan nasi kak wok i pernah makan cuma dekat area billion, kubang kerian n pasir tumboh. Yang ni kedai nasi kak wok dekat area billion. Original atau tak i tak tahu tapi yang ni serius sedap. Ingat masa suami i dok berulang ke husm untuk fisio lepas dia operate lutut, dari husm i sa

Ke-26.

Image
Assalamualaikum. Hari ni i kena ganti kelas tuisyen, dua kelas pulak tu. So i is penat. Dahla cuaca panas. Sampai rumah dekat pukul 12noon. Suami cakqp nak singgah pasar beli lauk ke tak Tapi i cakap tak payahla. Masak je apa ada dalam peti sejuk. Ada lagi ayam, daging n telur ikan. Cukupla tu. Ingat nak buat tomyam tapi daun limau purut takde. Sampai rumah i terus mandi lagi sekali. Jemur baju n sapu sampah. Kejap lagi nak masuk dapur pulak. Petang sikitla kot baru buatnkerja. Kalau panas n tak selesa, i memang malas buat kerja. Rasa nak baring depan kipas je.hehe Sebenarnya i nak cite pasal anak buah yang baru. Anak abang yang duduk perak. Dah 4 bulan pun baru dapat jumpa. Ritu masa kakak ipar lepas bersalin, mak ayah je pergi perak. So raya haji tahun ni, dapatla jumpa. Muhammad fateh al zikri. Kalau tak silapla.hihi Lupa dah masa kakak ipar bagitau nama penuh dia. Kitorang dok panggil fateh je pun. Shomel kan anak sedara i yang ni? Dahla c

my suami n i

Image
Assalamualaikum. Malam ni, suami i ngengada je. Sebelum maghrib macam biasala i tanya nak makan tak? Nak makan nasi ke megi? Takpun jom makan luar, i belanja. Tapi, dua tiga kali tanya asik dok biar dulu, biar dulu. Kengkonon penat baru balik main bola. Padahal bukan susah pun, jawab jelah nak ke taknak. Setel. I ni bukan apa. I suka masak siap siap. If lepas mandi n tukar baju nak kena masuk dapur, habisla i berpeluh balik. Nanti baju mesti bau bawangla, samballa. Satu kerja pulak i nak kena sembur perfum sebelum tidur. Tapi memang tetiap malam sebelum tidur i pakai perfum. Sebabnya suami suka perfum. Dahla malam ni malam jumaat! Eh, tetiba pulak.hehehe So i mandi jelah n solat maghrib. Masa tengah mandi, diusiknya pulak i ni. Terkejut badak i. Terus terkeluar tengkingan ala ala manja gittew. I cakap b! je pun, tapi dengan garangla. Dah terkejut kan. Kiranya tindakan refleks la tu. Dia tak tau ke i ni garang? Dan i paling tak suka orang usik usik sampai i te

soalan cepucemas

Image
Assalamualaikum. Anak saudara aku. Anak cikgu ismira yang duduk kat jerteh. Nama Rezza Rafhan tapi kami panggil Achik je. Tiap kali dia balik n jumpa aku, adaaaaa je soalan soalan cepucemas yang dia bagi kat aku. Selalunya mesti berkaitan dengan kenapa aku tak beranak, kenapa aku tak ada baby. Macam raya hari tu, bukan soalan, tapi macam dah kena interview dah aku ni. "Orang lain semua ada baby. Nape cik inie takde baby? Dah berapa tahun cik inie kawin? Nape suami cik inie panggil poknik? Lepas tu bila aku bagitau aku kahwin 2011, siap kira lagi dah berapa tahun aku kawin.huhuhu Aku dok posing posing depan rumah. Dia duk tengok tengok. Tup tup.. " Cik inie ngandung ko? Perut napok buncit tu.." T____T I is sad. Effect baju je tu. Please jangan tertipu hokeh. #nangistepikete.

muis's eiduladha 2014

Image
Assalamualaikum. Selamat hari raya aidiladha. Aku cuti raya 2 hari je, esok dah mula kerja. Nasib baik raya tahun ni jatuh hari ahad isnin, so dari jumaat lepas dah bercuti. 4 hari tak payah pergi kerja? Heaven! Bangun pagi tadi, aku sedikit badmood. Pembawakan dari yang malam tadila. Badmood dengan suami. Janji nak datang ambik, tapi dia sorang je jaga kedai, so lambat datang. Aku ni dahla jenis morning person. Petang dengan malam if tak kena gaya, mudah badmood. Kalau dah malam aku still tak mandi, tak boleh tukar baju, tak boleh masuk tidur macam yang aku nak, memang aku akan badmood. Dahla dari tengahari duduk rumah mak, dengan bebudak ramai, eei tension betul. Tapi kesian jugak kat suami, so mintak kakak je hantarkan. Sampai rumah terus mandi tukar baju n terus tidur. Okay, berbalik cerita raya. Walau badmood, raya tetap raya kan? Hehe So lepas subuh aku terus siap siap kemas kat ruang tamu nak hidang makan. Sapu sampah sambil dengar takbir raya. S