cerita raya edisi kg seneng



Assalamualaikum...

12 syawal baru nak update cerita 1 syawal.heeee

almaklumla busy beraya. Lagipun blogger lain pun aku tengok baru minggu ni jugak start update entri raya. Alah sapela nak baca blog aku ni. Aku cuma nak melunaskan minat aku menulis je dengan blog ni, bukan nak kejar follower dan populariti pun.hihi

Yang penting aku puas. Puas dapat membebel ;p

Tahun ni alhamdulillah sambutan raya lancar, aku gembira. Tu yang penting. Lancar dari pandangan aku jelah. Walaupun first day period nasib baik aku ni takde masalah senggugut, so dapatla beraya sepuas puas hati. walaupun dalam keadaan perut yang tak selesa.

Pagi raya macam biasa aku di rumah seneng. Suami anak bongsu, lelaki sorang pulak tu so memang wajibla setiap tahun macam ni, tapi takpe, aku redho.huhu

baju melayu suami memang aku dah gosok malam raya, so pagi raya tu just gosokkan sampin je. Lepas suami pergi masjid aku mandi dan bersiap. Lepas tu lepak je depan tv tunggu suami balik. Lepas suami balik makan makan sikit dulu.

Tahun ni rumah kami ada satay, nasi himpit, roti jala, gulai ayam dan kuih raya. Meh tengok ni aku nak tayang satu satu.


Macam biasa setiap kali raya aku just hidang makanan raya dekat meja kopi ruang tamu je.
Maklumla keluarga kecil.
Tahun ni tak sempat nak beli set meja makan baru.kihkihkih




Roti jala air tangan adik ipar
gulai ayam air tangan kakak ipar.
Aku? Makan bolehla.... ;p




Satay ayam & daging tempah je yang dah siap bakar.
Dah tak kuasa nak bakar sendiri.
Tempah dari tokey satay yang sama je every year.
A little bit pricey la 75 sen ayam, 80sen daging.
Portion pun macam kecil sikit dari dulu.
Tapi takpelah yang penting rasa sedap.
Satay daging pun lembut je, tak liat, memang puas hati.



Nasi himpit yang berjaya jugak dihimpitkan oleh aku tahun ni.hehe
Tapi macam nak terlembik sikit kot sebab aku takut kering periuk lagi, aku tambah air lagi lepas tu.
Nampak gaya tahun depan nasi himpit pun kena tempah.
Teringat masa dulu dulu mak buat sendiri je nasi himpit.
Balut dalam daun pisang, lepas tu balut dengan kain then himpit dengan pasu besar dolu dolu
Masa tu takde nasi himpit segera lagi kot.
Bila pagi raya bukak bungkusan daun pisang tu baru potong potong untuk hidang.




makmur gajus.
Order dari cikji.
rasa terbaik, lemak lemak masin.
Tahun depan harus repeat order
Akak aku pun tanya nak order jugak tahun depan.




Kek lapis masam manis air tangan kakak ipar
asal aku refill je licin, asal refill licin
Ada lagi sikit berbaki dalam peti ais
Ntah bila aku nak makan.




kuih bangkit kakak ipar KL kasi
Sekali dengan satu bungkus rempeyek kacang hijau.
Aku tak suka sangat kuih bangkit ni tapi bentuk dia cantik, putih suci lagi




Favaret aku, almond london dari tokey biskut yang sama every year
Aku suka sebab biskut dalamnya selalunya macam garing garing hitam hitam sikit
Aku tak minat kalau biskut yang bakar pucat pucat gitu, rasa macam tak cukup masak.




Tart nenas.
bagi aku personally tak best, sebab tepungnya macam pucat putih, tak menarik minat aku
Pastu bila kunyah je rasa tepung tawar hambar, tak sedap.
Sebiji je aku makan. Yang lain ntah sapa habiskan. Lantak.
Tapi sebenarnya memang aku tak gemar sangat pun tart nenas.
Yang suami bawa balik tahun lepas pun aku tak suka jugak.
Beli ritu sebab rasa macam kuih tak cukup, so kebetulan ada yang offer aku rembat jelah.hehe




 Nasib baik  tahun ni tak beli bekas kuih raya baru.
Mulanya cakap jugak kat suami nak beli yang baru.
Masa dok kemas almari terjumpa bekas kuih raya mentua punya.
Cantik sangat coraknya
Bekas kaca cantik macam ni aku nak guna pun gerun, takut pecah.
hati hati je masa basuh.
Nasib baik petang hari raya tu balik dari rumah mak tengok bekas ni elok lagi atas meja kat ruang tamu
Nasib baik takde anak sedara suami yang terpecahkan bekas kuih tahun ni.
2 tahun lepas elok je bekas kuih aku yang baru beli, pecah satu.
Geram kite tau...


Lepas suami makan sikit, naik beraya rumah kakak ipar. Salam salam dan ambik gambar. Tahun ni kakak ipar yang duduk KL pun balik beraya sini, so meriahla sikit. Suami 5 beradik je yang tinggal. Lagi 2 family kakak ipar duduk dekat dekat situ jugak, so beraya la rumah memasing.



Family kecil suami. Kecil la kot nak banding dengan family aku.
Kami je masih berdua. Tak beranak pinak lagi.
Selamat pengantin baru ler untuk aku dan suami!!! wakaka

Lepas beraya dan bagi bagi duit raya suami ajak pergi kubur. Memandangkan kali ni aku nak ikut, jadi suami cakap lepas singgah kubur terus balik rumah mak. So aku terus bawak kuih raya siap siap. Macam biasa kalau mak mentua nak bagi ketupat dengan tapai untuk bawak balik rumah mak aku tak ambik. Aku cakap tak payah. Sebabnya mak pun buat jugak ketupat dengan tapai. Dekat mak pun sama jugak. If dia nak kirim untuk mentua, aku cakap tak payah. Buat apa nak berbagi dekat yang dah ada? Baik bagi je dekat orang yang tak buat ketupat tapai kan? Aku rasa rasional dah pemikiran aku ni.hehehe...Maklumla bukan semua orang pandai buat ketupat daun palas dengan tapai. Bersyukurla aku ni memang tak suka makan ketupat. Tak sanggup nak beli orang jual sampai rm1 seketul.

Okay, berbalik pada cerita menziarah kubur. Kali pertama aku ikut suami sejak 4 kali sambut raya bersama.


Kubur kg seneng. Lagi cantik dan bersih dari tanah kubur kg cherang hangus.
Kuburnya lebih tersusun. Aku nak melangkah pun senang sebab memang nampak penanda kaki dan kepala.
Kalau kat kampung aku kemain tebal rumput, sampai tak nampak batu penanda, dengan kawasan sekeliling macam hutan simpan. Dengan pacat semua ada, scary sungguh. Tapi tu dulula, masa aku anak dara memangla selalu family kitorang beramai ramai pergi kubur. Tapi sejak kawin aku dah tak pergi pun.





Patutla kalau aku menunggu di rumah rasa lama, ingatkan suami datang baca yasin then terus balik, rupanya suami bersihkan kubur dulu. Bukan 1 tapi 4. Kubur abang sulung dan kakak suami, kubur mak dengan ayah mak mentua aku. Alfatihah kepada yang dah meninggal.



Kesian suami berpeluh peluh. Takpelah setahun sekali.hehe
Lepas suami siap baca yasin kitorang pun merempit balik rumah mak.
Mentang tahun ni anak takde, kereta pun tak nak bawak.huhu
Topi keledar pun tak pakai sebab suami cakap hari raya pertama polis takde.
Lantak. Kena saman dia yang bayar. Tapi memang pun polis takde pun.hehe


Hah tu je cerita raya part 1. Part 2 bersambung raya rumah mak pulak. Entah bila nak sambung. Penat mata tengok gambar banyak sangat. Nak kena pilih, nak kena edit lagi. Aku benci betul kalau tangkap gambar 1 shot banyak keping. Yang sama je pun. Pantang betul aku. Dahla penat nak senyum lama lama. Dah dapat gambar berlambak lambak. Ishhhhh tak suka tak suka.





Penutup bicara. Terimalah sekeping gambar budak tembam ber'selfie'.
Boring tunggu suami bersihkan kubur lama sangat.
Jangan ada yang mengutuk aku pulak ye.
Aku ber'selfie' curi curi je, tak guna monopod pun.
Aku ber'selfie' dekat wakaf je, tak pijak kubur orang pun....  ;)








Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM