banyak makan jadi gemoks



Assalamualaikum.

Masalah. Masalah. Masalah.

Besar ke kecik bagi aku semua masalah ni boleh bikin stress. Masalah terbaru aku adalah masalah biasa yang jadi isu besar bagi orang pompuan. Masalah berat badan!

Kalau dulu aku ni la orang yang paling gembira sebab saiz badan sekeping je, tapi tahun ni aku perasan dalam sebulan atau 2 bulan berat akan naik lepas sekilo sekilo. Aku start perasan benda ni lepas berat aku naik 52kg. Kalau dulu senang hati je berat maintain 50,51. Lepas tu naik lagi jadi 52kg. Ok takpe baru 52kg, pandai aku pujuk hati sendiri. Lepas tu naik 53kg. Okayyyy je lagi. Lepas tu naik 54kg. Aku dah mula rasa tak berapa ok. Lepas tu naik 55kg, dan last sekali masa first appointment ngan gynae berat aku 56.2kpg. Alamakkkkkk, serius mula rasa risau.

masa raya ramai yang tegur nape makin berisi, muka makin bulat, dagu nampak berlipat, punggung makin lebar. Masalahnya aku ni tak beranak pun lagi, if dah pernah beranak takdela rasa ralat sangat. Ni lepas raya memang aku malas nak timbang aku bajet berat aku dalam 56 atau lebih.

Selalunya seminggu sebelum period memang aku berselera makan, tapi la ni aku baru je habis period. Aku sampai takut dengan selera makan aku sekarang ni.

Kalau dulu makan brekfast pagi nasi seciput je dah cukup. Tapi la ni bukan setakat tak cukup tapi aku kena tambah nasi lebih pulak sesenduk baru puas hati. Masa nak beli nasi pagi pun, siap dok fikir fikir nak beli 2 bungkus ke tak. Boleh makan lepas sampai tadika, then makan lagi sebungkus masa rehat 10.30. Tapi nasib baikla aku ni berjaya pujuk diri.

Hati tu memangla nak kurangkan makan, tapi perut ni asik berselera je nak makan itu ini.

Semalam balik dari rumah mak padahal dah rasa mengantuk, dengan perut pun tak selera, rasa sebu je. Tapi tetap singgah kedai order megi goreng extra sayur extra lauk. Bila makanan sampai nampak kemain banyak penuh pinggan, boleh ke habiskan, tapi still licin jugak.

haihhh, tak tahu nak buat apa. Aku bukan reti nak berdiet, nak bersenam semua ni.

Kalau sebelum ni aku dok tengok je kawan dok makan minum produk kecantikan, produk kurus semua tu tapi sikit pun aku tak teringin nak try. Tapi sekarang ni dek risau berat makin naik, asal nampak iklan je rasa macam teringin je nak cuba jugak.

Jeles je bila tengok orang walau makan banyak tapi body maintain. Rindu nak merasa kurus macam masa dulu dulu.

Hai la manusia ni memangla tak reti nak bersyukur. Tak cakap kat orang tapi cakap kat aku sendirila ni..

Okay, nak selit sekali 4, 5 keping pic makanan yang ada dalam phone aku ni.



Sotong celup tepung percubaan pertama
Separuh aku celup guna tepung kentucky
Separuh lagi guna tepung goji




Terjumpa pic ni kat fesbuk tadi.
Comel sangat nasi goreng dengan telur dadar.
If hidang kat aku mesti syg nak makan.hehe




Mee kari makan open haus rumah mrs boss
Dap dap sangat.
Nak makan banyak kite malu ;)




Faveret seminggu sekali.
Megi goreng extra sayur dan lauk.
Tak boleh makan kerap sangat, tak molek untuk kesihatang...



Megi ketam yang abang ipar buat masa bulan puasa ritu.
Walaupun aku alergik dengan ketam, tapi aku tetap makan jugak.
Gatal gatal kulit belakang kira.
Yang penting makan.
Takkan nak tengok je anak sedara dok makan? Owh neverrrrr....
Tidak sama sekali.hehehe

Asik makannnnnn je, cane tak gemok? *_______*





Comments

  1. boleh makan tapi tetap kena exercise, makan product2 kurus ni pun tidak digalakkan

    ReplyDelete
  2. berselera makan tanda hati manyak senangggg hahahahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM