3 hari



Assalamualaikum.


Last week dah cuti direct jumaat sabtu ahad. Minggu ni pun cuti 3 hari jugak sebab ahad cuti merdeka. Yuhuuuu, heaven sungguh rasa. Terus level of stress menurun ;D

Tapi disebabkan minggu ni, minggu terakhir hujung bulan, adala extra kerja selain rutin mingguan. Setiap minggu wajibla buat daily dengan weekly lesson plan, lepas tu bertambah lagi dengan communication book. Kebetulan pulak buku kena tukar yang baru, lagiiiiiii la bertambah kerja.

Tapi takpe. Dah tahun ke3, takkan tak boleh handle kan. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Lately aku perasan hujung minggu aku dah tak stress sangat dengan kerja, boleh je siapkan lesson plan dengan tenang dan harmoni.huhu

Hari ni punyala hectic tak tahu nak cakap. Dalam pukul 1.40 aku start setelkan semua keje. Masa dalam kelas dah listkan siap siap apa kerja nak kena setel dan sambung dekat rumah. Lepas siap scan worksheet maths, stop untuk makan kejap. Nasib baik tengah bercuti solat. Lepas tu terus sambung buat kerja sampaila dekat pukul 5 baru semua setel.

Lagi penat sebabnya masa nak print bahan, nak kena berebut rebut dan bergilir gilir. Lepas tu part edit edit memang menyampah. Otak memang tak berenti fikir itu ini. Sampaila masa nak balik,, ok stop kejap dan fikir, apa yang aku belum buat, apa yang aku lupa nak bawa balik. Ingatkan semua beres, ghupenya aku tertinggal pulak weekly lesson plan. Tapi takpe, sebab 90% dah siap pun, cuma nak kena tampal je.

Disebabkan dalam cuti 3 hari ni ada 4 benda yang nak kena kejar untuk siapkan, so malam ni aku dah start buat keje. Biasa malam jumaat ni malam aku bersenang lenang depan tv. Minggu ni kenala berkorban sikit.


Style aku buat keje memang bersepah sepah. Kertas kalau yang aku gunting memang main gunting je. Lepas tu baru aku kutip masuk dalam beg. Lepas tu baru masuk dalam tong sampah.hehe

Ni pun mata bertahan buat kerja sebab bertemankan masterchef us, sambil makan minum sesuka hati. Barula tak mengantuk. La ni masa mengantuk aku dah lepas, so takde masalahla nak sambung buat kerja.

Plan cuti 3 hari:
1. Basuh dan jemur baju
2. Kemas dan lipat baju dalam bilik pakaian
3. Siapkan daily lesson plan.
4. Tampal semua bahan comm book
5. Sambung buat worksheet maths, at least siap 3 tajuk
6. Balik rumah mak
7. Layan ulangan rancangan tv yang tak sempat tengok minggu ni


Setakat ni tu jelah plan cuti minggu ni. Semuanya berkisar kerja. Takdenya nak keluar jalan jalan. Kalau takde kerja ataupun takde benda nak beli, memang takdenya suami nak bawa aku keluar jalan jalan. Its ok je, kita dah biasa ;)




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM