Posts

Showing posts from July, 2014

makan makan raya

Image
Assalamualaikum.. 4 syawal. Cuti masih berbaki 3 hari. Esok dah start mengajar tuisyen. Ahad dah masuk keje. Lp tak siap lagi.huhuhu. Selamat tinggal kegembiraan, selamat datang kesengsaraan. -_______- Dahla. Malas fikir. Buat sakit otak. Bikin guwe stress aja dong. Nak update blog tapi gambar semua dah masuk lappy. Sibuk beraya sampai tak terbukak laptop. Cian sayangku. Ada a few pics makan makan kat kenduri ngan open haus 2, 3 hari ni. Kenduri raya ke4. Nasi hujan panas. Gulai daging. Ayam masak merah. Sambal bilis kacang. Acar. Balik je kenduri memang hujan panas turun.hehehe Open haus raya ke3. Nasi tomato. Gulai daging. Ayam masak merah. Acar. Open haus rumah kawan. Lauk best cuma nasinya tersilap teknik, lembik.hehe Open haus raya ke2. Nasi dagang kelantan campur terengganu. Gulai ikan tongkol. Acar. Satay. Rasa bolehla. Sedap nasi dagang mak buat lagi kot, lebih lembut. Nasib baik tahun ni beraya aku banyak makan nasi. Kalau tak jadi macam raya du

pengumuman raya

Image
Assalamualaikum... Ingatkan malam tadi pengumuman raya, rupanya malam ni. Nasib baik esok dah raya.hehe Sejak penyimpan mohor besar yang dulu meninggal dan berganti yang lain aku dah tak tunggu pengumuman raya lagi. Serious feel dia tak sama. Penyimpan mohor besar raja raja yang dulu, YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah tu memang nostalgia sangat sebab ingat dari kecik membesar dengan pengumuman raya dari dia. Memang tertunggu tunggu depan tv. Nada suara dia, lenggok cara dia umumkan tarikh raya tu, memang kenangan sungguhla. Gigih aku google.hehe Moga rohnya dirahmati Allah...amen!

esok raya yeayyyy

Image
Assalamualaikum Wahhhh esok raya! Seronotnya. Cepat sungguh masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik tup tup dah nak raya pun. Persiapan raya cane? Aku semua dah beres. Tunggu masa nak raya je.hehe Basuh pinggan mangkuk. Done! Kemas rumah. Done! Gosok baju raya. Aku done! Baju melayu suami masih di ampaian.hihi Aksesori raya. Done! Jam dah tukar bateri, tudung raya dah beli, broach baru dah beli. Biskut raya. Done! Tinggal nak isi je dalam balang Makanan raya. Half done! Ketupat rebus malam ni. Gulai ayam suh mentua gulaikan. Roti jala & sate ambik malam nanti. Zakat fitrah. Done! Malam tadi suami dah bayarkan. Mercun raya. Done! Suami dah belikan. Opsss ;) Tahun ni walau tahun keempat beraya dengan suami je tanpa baby comel tapi ntah kenapa tahun ni aku rasa happy dan bersemangat nak raya. Buang tebiat kot. Tapi mood aku ni sentiasa berubah. Kalau ikut rekod tahun sebelum ni, malam raya biasanya aku release tension dengan membazirkan air mata. Tapi semoga ke&

sedekah raya

Image
Assalamualaikum Tahun ni raya meriah. Adik beradik 11 orang, sorang je adik pompuan tak balik. Yang lain semua akan balik beraya. Dua orang akak akan balik hari raya kedua. Adik pompuan memang raya puasa tak balik, raya haji dia balik tiap tahun. Tapi takpe sebab dia tak kawin lagi. So duit raya tak melibatkan anak dia. Tahun ni anak sedara total 26 orang, otw sorang. Sepupu belah mak pulak ramai yang kecik kecik jugak sebab mak anak sulung, so total 20 lebih jugak. Belah suami takpe tak ramai. Maybe separuh dari belah aku kot. Tapi tiap tahun suami yang tukar duit raya, aku tukang bagi je. Hah tu untung ada suami. So kepada yang bujang cepat cepat kawin ye...hehe Tahun ni seperti tahun tahun sebelumnya suami yang tukar duit raya. Aku pulak dapat duit raya dari bos rm100 duit singgit singgit tapi ada kawan yang lebih memerlukan so aku bagi dia je. In sha Allah cukuplah dengan apa yang suami tukar tu. Bukan aku dengan suami kaya pun, yang penting niat sedekah nak bagi budak buda

nak raya dah!!!

Image
Assalamualaikum Berpuasa di rumah, hari tak kerja memang mencabar. Personally, aku lagi suka berpuasa hari bekerja, tak terasa sangat sebab sibuk dengan kerja tau tau dah petang. Kalau kat rumah lagi banyak kerja yang gunakan kederat.huhu Hari ni sempat tidur sampai pukul 9 lebih je. Suami tersedar je terus melompat bangun katil ajak aku kemas rumah. Nak pasang floor mat yang baru, nak keluar beli langsir lagi. Sebelum pasang tikar getah yang baru, kena sapu sapu dulu, kena angkat rak tv, almari pinggan mangkuk dulu. Aduiiiii penat. Keluar pasar beli langsir aku mulanya plan nak cari tudung jugak tapi rasa penat sangat dengan panas, dengan orang ramai lagi. B singgah kedai hardware tempah railing dulu. Lepas tu balik sedang elok sebelum masuk waktu jumaat. Bersepah sepah. Aku suka tikar getah yang baru ni sebab corak ala ala ira kayu gitu. Kalau sebelum ni tiap tahun suami beli tikar baru tak pernahnya aku berkenan. Untuk projek langsir ni aku tolong pasangkan cangkuk

dugaan apakah ini ya Allah....

Assalamualaikum Tak tahula apa dugaan kat aku di bulan ramadhan ni. Rasa macam baru je minggu lepas aku update blog pasal tonsil, minggu ni terkena lagi. Hari ni hari ke 4 tonsil bengkak, hari ke 2 demam. Kali ni terukla kot sampai berdarah pastu suhu badan naik. Malam tadi pun aku sampai menggigil gigil. Mandi pun tak. Ni dah masuk 4 hari aku telan antibiotik tapi sakit tu macam tak berkurang lagi. Dah 2 hari jugak tak puasa. Cane nak puasa sebab kena makan ubat, kena minum banyak plain water, kena makan aiskrim nak redakan tonsil Hari ni sepatutnya ada appointment klinik gynae tapi pagi tadi memang rasa tak larat sangat nak drive. Dahla jauh, masuk bandar dengan jalan mula sesak, matikla aku. Suami pulak kerja, taknakla menyusahkan dia hantar aku. So aku just kol kanselkan appointment pastu dapat tarikh 1.10 untuk next appointment. Nurse yang bercakap dengan aku tu siap nasihat suruh pergi klinik lagi sebab sekarang ni musim denggi katanya. Padahal aku demam sebab bengkak ton

iftar di Raja Ikan Bakar

Image
Assalamualaikum Dah 21 ramadhan baru first time berbuka kat luar dengan suami. Tu pun kena buat temujanji dulu. Nak request pun dalam tempoh seminggu, if on the spot suami tak layan. Ni pun nasib baik raja ikan bakar ni area tok bali, bukan menghala ke bandar. If kena masuk bandar, sebulan merayu pun konfem suami tak approve.huhu Hari ni lepas balik tuisyen memang melepak rumah mak. Suami janji datang ambik 530, tapi 630 baru sampai. Takpe, aku dah biasa. Janji melayu kan. Lepas tu terus berdesup ke tok bali. Mula tu memang niat nak ayah mak ayah, tapi konfem balik lambat, mak taknak tinggal solat di masjid. Takpelah, lenkali aku tapau je untuk mak ayah makan di rumah. Elok sampai dalam pukul 7. Terus pilih lauk. Aku pilih udang je, nak makan ikan apa aku tak reti nak pilih. Yang lain biar suami je pilih. Kejap je dia bakar sedang elok dapat sebelum masuk waktu berbuka, so dapat makan yang panas panas lagi. Sebelum. Kedai ni simple je. Ikan just bakar tawar macam tu

science project

Image
Assalamualaikummmmm... Minggu lepas buat projek tanam kacang hijau dengan students Hari selasa kalau tak silap Hari khamis check kacang dah mula nak tumbuh Lepas tu cuti jumaat sabtu Aku pergi je tadika sebab ada tuisyen tapi lupa terus pada benda alah tu Then semalam masuk kerja baru teringat Alamak 2 hari aku tak renjis air janganla bantut pulak pokok tu Cepat cepat pergi tengok Jeng jeng jeng..... Alhamdulillahhhhh... Semua pokok naik tinggi tanpa cacat cela Bila aku tengok terus wahhhhhh Terus show off kan orang lain.hahaha Sebenarnya minggu lepas first time buat dengan students tapi guna cawan polisterin je Tapi disebabkan salah teknik kebanyakan pokok tak menjadi Mati, kering, tak naik so teacher dengan students semua frust Jadi cikgu tadika memang macam tu Malu if buat apa apa tak jadi Sebab fikir students pandang tinggi pada kita Bagi dorang wahhh teacher yang paling hebat semua tahu semua pandai So bila projek tak jadi harusla teacher mal

sahur & final world cup

Image
Assalamualaikum Morning y'all. Live aku bersiaran selepas sahur. Sempena nak menyambut final world cup, aku telah merajinkan diri untuk goreng nasi, dengan buat ayam daging goreng kunyit untuk sahur. Dah 4, 5 hari sahur tak makan nasi, so kalau makan nasi goreng panas panas selerala sikit kot. Tersedar dalam pukul 4 terus masuk dapur keluarkan ayam daging and potong bawang semua. Laki takde ye. Tengok bola kat luar. Padahal janji ngan aku nak tengok bola kat rumah. Hampehssss. Tapi takpe. Aku dah bagi sindiran dan lepas geram baik punya kat laki dalam wasap. Siap pesan lagi suh masak untuk sahur. Menyampahs Sedang elok sebelum siap masak suami balik. Bola pun seri lagi. Lepas siap aku angkat pinggan makan ngan suami depan tv. Masa makan aku tanya nasi rasa macamana, suami cakap masin. Masin? Terus teringat lepas aku siap goreng ayam n daging kunyit, aku lupa nak basuh kuali terus tumis bawang dalam minyak gorengan tu. Mestilah minyak dah jadi masin kan. So masa goreng nasi

ramadah ke 11

Assalamualaikummmm... Allahuakbar..tuhan sajalah tahu betapa penat dan dahaganya puasa hari ni padahal hari cuti, tak kerja tapi penatnya mengalahkan kerja dari pagi sampai petang kalau puasa hari kerja kemain lagi cergas badan aku ni sebab tu aku tak penah suka kalau berpuasa hari cuti sebab masa pun rasa lambat sangat berlalu dari zaman sekolah lagi kalau nak puasa ganti, memang aku buat hari sekolah/kerja hari jumaat sabtu rehat semata mata manalah tak penat kata je cuti tapi kena bangun pagi pergi tuisyen bulan puasa kena mengajar 2 kelas 830-1130 balik je terus basuh baju, kemas bilik, kemas dapur, jemur baju yang basuh mesin dah 3 round, belum masuk yang kena sental dengan tangan sebab tu penat kot lapar tu biasalah cuma dahaga sangat sangat sangat masa suami nak pergi jumaat aku tanya, boleh tak sayang nak minum?hehehe boleh je..jawab sang suami. SENGAL!! disebabkan itu, sebelum balik rumah mak tadi aku terbeli air sampai 2 jenis

Tak Sihat!

Image
Assalamualaikum.  dah 3 hari sakit tekak tonsil belah kiri bengkak. Rasa tajam mencucuk cucuk. Hari ni baru nak pergi klinik cari antibiotik. Dah kol klinik pagi tadi katanya tutup pukul 6. Sempatla kot sampai. Bulan puasa ni memangla balik kerja pukul 5, tapi tunggu suami sampai dekat 530 jugak. Nasib baik dengan motor. Sempatla sampai awal rumah, nak masak nasi, nak masal lauk ringkas ringkas.  Dah masuk 10 hari puasa ni, aku dah tinggal puasa 7 hari. In sha Allah esok dah boleh berpuasa rasanya. Tapi tonsil tak baik lagi. Menderitalah aku nanti. 2,3 hari ni dok bertahan sebab kalau rasa sakit boleh terus makan ubat, ngap aiskrim. Esok kalau dah puasa bawakla bersabar banyak banyak ye muis. Tapi paling tak tahan kalau bersin, sakitnya macam nak tercabut anak tekak, macam ada orang toreh toreh dalam tekak aku ni. Dahla sakitnya naik sampai ke urat saraf telinga. Jangan cakap aku drama queen ye, sape yang kena tahula sakit ke tak.huhuhu Kalau ikut hati nak je operate

pembaziran ala syaitonnirrojimmmm

Image
assalamualaikum Tak tahu kenapa tahun ni malas. Malas nak update blog sepanjang ramadhan. Kalau tahun lepas dan tahun sebelumnya aku rajin. Tiap tiap hari dok update sahur dengan apa, berbuka dengan apa. Mungkin tahun ni sebab kuciwa kot, lagipun sebab sempat berpuasa 3 hari je. Tengah malamnya cik p dah datang, esoknya terus Selamat Hari Raya.kihkihkih Aku kalau bercakap bab makan berbuka menyampah betul. Menyampah sebab selalu tak habis dan membazir. Padahal tak beli banyak pun. Just satu dua lauk je, tapi mandangkan masa berbuka aku just ambik sesenduk atau 2 senduk kecil nasi. Suami pun selalu tak menambah, cukup dengan 2 senduk besar yang aku letakkan. If menambah pun sikit sangat. Kitorang tangki kecik je.  Paling menyampah kalau beli kuih. Suami suka kuih orang kelantan panggil 'godok'. Macam sekaya cuma takde pulut, memang main ingredient telur. Dia beli seketul je pun dan aku selalu potong 2. Pastu macam sebelah. Sebelah lagi tak berusik. Aku me

world cup brasil 2014

assalamualaikum Baru nak bercerita pasal world cup tak basi lagi kan? baru nak masuk suku akhir kan?hehehe macam biasala aku tipikal orang pompuan, mana minat pun bola ni tapi tengokla jugak sekali sekala buat teman lepak ngan suami dia pun selalu game pukul 12 banyak layan bola kat luar cuma game pagi pukul 4 jelah layan kat rumah masalahnya mata tu lagi banyak pejam dari tengok bola asal aku off tv, dia celik balik game taknak tengok sangat, nak tahu result je katanya macam macamlah dia takpelah senang nak membuta aku ni silau dengan tv susahla sikit nak tido tambah dengan bunyi bising lagi sejak world cup mula ni bilik tido aku sunyi sepi aku berangkut semua bantal, selimut kena tidur depan tv bukan aku nak sangat pun, tapi arahan bos kenala ikut isteri solehah la sangat tapi sekali dalam seminggu tu aku masuk je tidur bilik sorang sorang maklumla takut jugak katil tu tinggal lama kang ada pulak yang nak menumpang tido.huhu biasa