pepero....halal ke?


assalamualaikum



sebelum aku teruskan membebel aku just nak share ni dulu, teruskan membaca ;)

STATUS KEHALALAN PEPERO

Ramai yang bertanyakan saya tentang status kehalalan PEPERO, snek yang diimport dari Korea yang makin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Pengalaman 5 tahun di Korea, kami, pelajar di sana, kebiasaannya akan terus menghubungi syarikat pengeluar makanan sekiranya ada ragu-ragu dalam bahan-bahan yang digunakan (animal or plant based etc).

Baru-baru ini, kecoh tersebar keratan emel dari director Korea Halal Assosiation tentang 'PEPERO tak halal' kerana tiada logo halal. Ya, memang PEPERO tiada logo halal.

Tetapi pihak Halal Korea telah menghubungi sendiri pihak pengeluar (Lotte) dan telah disahkan (seperti ulasan di dalam gambar) bahawa kesemua bahan yang digunakan dalam pembuatan PEPERO adalah berasaskan TUMBUHAN.

Jadi, harapnya, jelaslah bahawa kesemua jenis PEPERO (kotak hijau, kuning, merah etc) adalah halal dimakan walaupun tiada logo halal. Namun, kepada sesiapa yang masih was-was, disarankan agar tidak memakannya dan tidak pula mempertikai mereka yang yakin memakannya (refer hadith Rasul saw).

Diharap pencerahan ini membantu dan mohon disebarkan. Jazakumullah khayr 

*nota kaki: Tak semestinya tiada logo halal bermakna makanan tersebut haram untuk dimakan kan.? Kering kontang lah badan kami, pelajar Muslim yang belajar di negara bukan islam, jika hanya memilih makanan yang ada 'cop' halal 😛 Tapi kehalalan tak boleh dipandang remeh dan di'darurat'kan keadaan dengan memilih jalan pintas dengan 'rembat' je makanan yang ada tanpa soal selidik. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan makanan yang di makan tiada unsur haram*

Regards,
Nurfarahin Romli





so based on this aku memilih untuk yakin bahawa pepero ni halal dan ingredientsnya berasaskan tumbuhan!
takin boleh!!!!!

nak dijadikan cerita, bulan lepas sekolah akak kat jerteh buat rombongan pergi pengkalan kubor
pastu dia nak singgah tadika nak kirim kek yang orang order
apalagi aku terus mintak upah pepero la sekotak.hehe
tapi masa aku cakap kat dia nak pepero terus dia sound aku cakap pepero tak halal
jawapannya macam yang aku share dekat ataslah.hehehe

kakak katanya beli untuk aku sekotak, dalam tu ada 8 pack kan
dia cakap abang ipar kebas 2 pack
bila aku balik nak ambik rumah mak orang tu mintak, orang ni nak
last last aku punya tinggal 3 pack.huhuhu sedihhhhhhh
tapi alhamdulillah dapat juga aku menikmati kelazatan pepero almond untuk sekian kalinya

dalam 1 pack ada 8 stick
aku tak makan satu satu tapi combined sekali ngap 4 stick terus
rasa dia? owhhhhh kalah makan hotel 10 bintang.hehehe

hari tu suami cakap nak ajak pergi berubat rumah sape ntah area pasir mas, pengkalan kubor
aku cepat2 setuju, sambil pergi berubat boleh ajak suami singgah pengkalan kubor
boleh aku memborong pepero lagi.hehehe
tapi ni dah sebulan berlalu takde ura ura lagi pun nak pi sana
nak makan peperooooooo.huhuhu
ada je jual on9 tapi mahei sangat
ritu tanya satu seller termasuk pos rm28
hmmm takpelah ada peluang pergi pengkalan kubor nanti borong banyak banyak ;)








Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM