jumaat minggu ini


assalamualaikum


minggu ni dah start balik mengajar tuisyen
dari 830 sampai 10 pagi je pun, hari jumaat dan sabtu
maka hilanglah kebahagian pagi jumaat aku nak bergolek golek di tempat tidur sampai pukul 9.huhu
sampai pukul 9 je pun
biasa aku dah bangun terus basuh baju, so suami bergolekla sorang sorang ekeke

macam biasa aktiviti hari jumaat memang packla
balik tuisyen terus jemur baju yang basuh pagi tadi
lepas tu kemas bilik tukar cadar semua, sapu sampah, kemas baju dalam almari dan atas rak
lepas tu kemas dapur, cuci semua bekas, barang kedai suami
sapu sampah, buang sampah
then, sambung basuh baju lagi 1 round
mandi pastu rilek jap on9
bila suami balik terus siap siap nak masak pulak

hari ni masak ikan bawal masam manis, ayam goreng kunyit dengan tomyam je
ada budu dengan ulam timun
okla tu tak payah membazir sangat
sayur memang jarang masak sebab suami tak makan
if masak pun membazir je

lepas mentua dengan suami balik masjid terus siap siap meja dan makan
so tak sempat nak snap gambar ikan bawal masam manis
kalau tak boleh share resepi kat sini.hehe

lepas siap makan terus kemas dapur cuci semua pinggan dan clearkan meja
mandi lagi sekali sebab nak attend besday anak sedara
so terus siap siap angkut semua barang
kena cepat sebab nak kena hantar kek jugak







happy birthday qisha comeyyyyy
cik inie loves u...muahmuahmuah

ok, nak share tu je
nak pi solat maghrib dulu ;)



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM