Posts

Showing posts from March, 2014

sotong bertelur, pesta makanan thai, mydin, nasi kukus abe mie

Image
assalamualaikum hari ni puasa ganti baru je pukul 10 dah rasa aduhhh laparnya nasib baik cuti sekolah if letih sangat nanti boleh mengular jap.hihihi kebetulan hari ni tukang masak demam so jadi chef terjunla aku pagi tadi masak mee goreng ni baru siap masak sambal untuk bebudak makan tengahari manala aku pandai masak banyak banyak ni asal boleh telan sudah.hihihi takde benda nak dibebelkan just nak share gambar masa aku keluar dengan ayah hari isnin ayah ada appointment di hospital kali ni kami gerak awal sebelum pukul 8 dah gerak sampai hospital sebelum 830 lepas drop ayah depan farmasi aku drive pergi kuarters hospital ada nak cod barang lepas siap ambik barang, masuk balik hospital tapi tunggu ayah dalam kete je baru belek paper kejap ayah dah siap tak sampai sejam pun katanya orang tak ramai bagusla tu kebetulan sampai hujung bulan di ada pesta makanan thai di perkarangan stadium alang alang lalu situ singgahl

cuti ahad isnin

Image
assalamualaikum semalam pergi ke bandar suami pergi ambank nak bayar kereta ya Allah macam nak pitam tengok kereta berderet deret memang sepanjang jalan tu banyakla kereta plat negeri luar A, B, P, K semua ada otw pergi suami drive otw balik aku pulak take over sian suami dia tak biasa bawak manual aku takpelah auto manual semua sapu memang tiap minggu dok selang seli bawak kengkadang tu kalau bawak manual lupa nak tekan clutch kalau bawak auto asik nak gerak kaki kiri.hehe ingatkan keluar hari bekerja okla tapi kelantan ni asal cuti sekolah je mulalah maklumla kita tak duduk kay ell tak biasa jalan sesak sangat tak biasa la kak ton dengan jammed semua ni.huhu aku memang apply semalam dengan hari ni semalam saja je nak rehat suami pulak bila tahu aku cuti, dia pun cuti sama ngengada je, kata kerja banyak kalau tanya nape cuti, asik cakap cuti banyak sukahatilah suami nak cuti seminggu pun :p hari ni kena bawak ayah ada appoi

qaseh gold part 1

Image
assalamualaikum masuk hari ni dah 2 minggu lebih sejak saya dengan suami start consume qaseh gold saya minum qaseh gold adinda, suami pulak minum qaseh gold kekanda semuanya bermula bila saya dah start serius fikir nak berubat untuk pregnant so dok surveyla apa dia produk yang sesuai sharklee memang la ada set kesuburan tapi saya fikir panjang jugak nak beli sebab saya dan suami ni liat sikit nak telan jenis pil pil if saya okayla jugak tapi kalau suami konfemla kot dia malas nak telan so dari membazir baik tak payah beli tengok kawan dok minum esp sharklee saya teringin jugak tapi bila perasanya soya asli, pastu bila minum jadi bertambah selera makan terus terbantut niat.huhu survey lagi terjumpa iklan qaseh gold adala yang share testimoni cakap elok minum if tengah berusaha untuk pregnant so pm la seorang kawan untuk tanya harga dengan kesahihan produk ni tapi masa tu tak tergerak hati lagi nak beli dalam hati rasa ragu sebab takut tak terminum lama lepas tu te

resepi mudah: pengat keladi

Image
assalamualaikum hari ni nak share satu lagi resepi mudah, pengat keladi aku ni bukanla penggemar makanan manis sangat tapi kalau mak buat pengat keladi aku sukalah pengat pisang dengan pengat durian aku tak suka pulak sebab aku tak suka durian dan pisang.hehe mak buat ni dah lama bulan lepas masa aku tengah demam tapi petang semalam mak cakap keladi ada lagi sikit so aku suruh mak buat lagi balik kerja singgah makan pengat lepas tu tapau bawak balik rumah sikit sebenarnya aku ingat buat masakan tradisional ni susah tapi senang sangat sebenarnya bila aku share resepi kat sini yang aku tak masak sendiri aku bukan just menulis atau copy resepi dari internet je tapi aku memang tengok satu satu step yang mak buat pastu snap gambar siap siap barulah keaslian tu ada kan.hehehe oklah antara bahan yang diguna: 1. santan 2. gula melaka 3. daun pandan 4. keladi cara membuat: 1. mula mula mak panaskan santan 2. kacau perlahan lahan tak nak bagi dia berketul 3. bil

stress di hari jumaat

assalamualaikum macam dah wajibal ghunnah pulak setiap jumaat kena membebel.hihi takpela, dah takde kawan lawan nak bercakap baik aku membebel dekat blog je macam biasa disebabkan sekarang ni aku dah mengajar tuisyen balik so pagi pagi kena bangunla datang tadika dahla hari ni first day period, perut pun tak selesa disebabkan hari ni baru period, so ahad ni kenala ke klinik lagi sekali untuk ambik darah hari ke 2 period semalam dah pergi tapi buat penat je disebabkan period terlewat datang lepas tu salah faham apa doktor pesan, so darah tak boleh ambik takpela, ahad nanti cuti half day lagi sekali nak cepat cepat setelkan benda ni lepas tu nak kena tunggu result test darah dalam sebulan jugak katanya dahla hari ni perut tak selesa rumah pulak enjin air rosak so air tak naik susah nak buat kerja kat dapur nak basuh baju lagi petang semalam suami dah sambung paip ambik air dari rumah kakak dia so dah penuh tong air besar dengan 5 baldi dalam bilik air aku penuhka

skrin laptop rosak

Image
assalamualaikum geram betul rasa dengan laptop ni baru guna setahun lebih dah rosak pulak tetiba je keluar garisan garisan dekat skrin bila bagitahu suami dia kata sebab virus tapi bila tanya adik katanya skrin rosak aduhhh..kejenya nak menghabiskan duit aku lagi la tu bulan lepas masa ikut kawan pergi kedai komputer aku bawak sekali laptop tanya dekat tokey kedai konfemla skrin monitor rosak memang kena ganti lain lah jawabnya dahla waranti pun dah habis.huhu bila tanya dia cakap kos rm300 je tapi if aku pergi kedai sony maybe cecah rm500 bila aku tanya yang rm300 tu ori ke tak katanya ori jugak tapi bila direct pergi kedai dengan servis semua jadila lagi mahal ntahla aku bukan reti pun pasal ni tapi disebabkan garisan ni ala ala manja je lagi so aku hold dululah tunggu sampai skrinnya dah tak nampak apa baru ganti lain wakaka bila bagitahu suami nasib baik dia tak marah jangan cakap aku tak cermat jaga barang sudahhhhhh tapi memang aku mengakula nasib bai

DCC 2693

assalamualaikum hari ni apalah malangnya nasib motor suami dah hilang kena curi astaghfirullahal azim... motor baru je beli setahun lebih lagi setahun lebih nak habis bayar kalau dah bukan rezeki pagi tadi macam biasa siap siap nak pergi kerja suami keluar bilik dulu masa aku keluar bilik dia baru siap pakai kasut sebelah aku turun nak letak beg laptop dekat motor tengok tengok motor takde bila suami dengar je aku cakap 'b, motor mana?' dia terus melompat bangun cari motor kat depan rumah mentua memang ada 3 buah motor tapi motor ex5 suami konfem takde dengan sebelah kaki tak berkasut suami jengah cari motor dia sekitar rumah konfem motor hilang suami muka panik agaknya kalau aku dengar degup jantung dia konfem debar kencang kot ntahla, nak cakap banyak pun dah takde guna suami cakap bila dia balik dari kedai malam tadi dalam pukul 1 motor memang ada lagi agaknya lepas suami balik ntah pukul berapa la motor tu kena angkut dek pencuri nak menyesal

lesen memandu terbaru

Image
assalamualaikum khamis minggu lepas balik je dari klinik aku menghala ke jpj sebabnya lesen dah mati 1hb tapi 6hb baru nak renew elok je sampai jpj panji, nampak ada roadblock betul betul depan gate jpj aku nampakla dia dok tahan motor cantikla sangat dahla lesen aku mati terus bagi signal belok kiri nak masuk pagar jpj fuhh nasib baik, if dorang buat roadblock depan sikit konfem kena dah.huhu elok je sampai naik tingkat 1 kemain ramai lagi orang dapat nombor kena tunggu dalam 100 orang lagi aduhlaa...tapi nak buat cane aku pernah dengar jugak orang dok cakap sekarang ni lesen dah tak boleh renew kat pejabat pos tu yang ramai sangat kat jpj tu lepas ambik nombor turun balik pergila 7e dulu cari air dengan roti buat pengalas perut dah dari malam sebelumnya aku memang tak makan pun lepas tu naik balik ke tingkat 1, nasib baikla ada tempat kosong nasib baikla jugak nombor pun laju je gerak so tak terasa la sangat bila nombor aku dipanggil, kena buat bayaran dulu

jeruk madu pak ali, pasir tumboh

Image
assalamualaikum jumaat dua minggu lepas masa nak ke airport ternampak signboard jeruk madu pak ali signboardnya mcm menghala ke pc tapi sepanjang jalan aku tak nampak bayang pun kedainya so lepas tu masuk kerja bagitaula cikji dia cakap kat pasir tumboh pun ada depan mata je pun tiap hari lalu nak balik kerja tapi memang aku tak perasan so semalam balik dari tuisyen singgahla kejap saja je nak tengok macam mana kedainya yelah, jeruk madu pak ali ni konon tersohor di penang sekarang dah ada kat kelantan harusla survey line kan.hehe bila masuk je adik yang jaga kedai tu terus pelawa tester jeruk so aku ambikla mangga kuning seketul, sengkuang seketul dengan mangga hijau tu seketul kedainya kecik je selain jeruk basah dan asam kering, ada jugak sos rojak buah dan ada jugak kerepek aku dah lama jugak tak makan jeruk basah asam kering pun dah dekat 2 minggu tak makan sebab loni dok makan  gula asam jawa pulak.hehe ni je yang aku beli sepaket kecil jeruk campur

jumaat minggu ini

Image
assalamualaikum minggu ni dah start balik mengajar tuisyen dari 830 sampai 10 pagi je pun, hari jumaat dan sabtu maka hilanglah kebahagian pagi jumaat aku nak bergolek golek di tempat tidur sampai pukul 9.huhu sampai pukul 9 je pun biasa aku dah bangun terus basuh baju, so suami bergolekla sorang sorang ekeke macam biasa aktiviti hari jumaat memang packla balik tuisyen terus jemur baju yang basuh pagi tadi lepas tu kemas bilik tukar cadar semua, sapu sampah, kemas baju dalam almari dan atas rak lepas tu kemas dapur, cuci semua bekas, barang kedai suami sapu sampah, buang sampah then, sambung basuh baju lagi 1 round mandi pastu rilek jap on9 bila suami balik terus siap siap nak masak pulak hari ni masak ikan bawal masam manis, ayam goreng kunyit dengan tomyam je ada budu dengan ulam timun okla tu tak payah membazir sangat sayur memang jarang masak sebab suami tak makan if masak pun membazir je lepas mentua dengan suami balik masjid terus

hari ke 21

assalamualaikum semalam aku ambik annual leave half day sebab kena pergi klinik untuk ambik darah kakak ipar yang kerja nurse cakap kena datang ambik darah hari ke 2 dan hari ke 21 period kebetulan masa konfem nak pergi hari ke 2 dah lepas so tunggu lah sampai hari ni hari ke 21 walaupun cuti aku bangun macam biasa pukul 6 gosok baju kerja suami  lepas tu solat subuh dalam 730 terus mandi dan siap siap nak pergi klinik walaupun sekarang kakak ipar dah pindah kerja kat hospital tapi dia dah pesan jumpa kawan so bila daftar terus kawan dia bawak masuk bilik doktor nasib baik doktor perempuan, so tak malula nak cerita benda benda sulit pasal period tu semua doktor tanya macam macam tanya pasal period datang ke tak kitarannya elok ke tak ada senggugut ke tak ada penyakit serius ke tak ada sakit dalam perut ke tak kadar pertumbuhan bulu normal ke tak jawapan aku semuanya POSITIF dari zaman anak dara period memang datang tiap bulan dan teratur kalau dulu kitaran

cerita subang emas

Image
assalamualaikum sah. sahih. konfem. yang sepasang subang emas aku dah hilang sedih. frust. takde mood nak makan. *tipulasangat ;p* tapi sape nak disalahkan? akuuuuuu jugak dasar pelupa, dasar cuai bulan lepas cincin tunang dengan cincin suasa suami hilang yang tu takpelah dah ada yang panjang tangan so kira takde rezeki tapi kali ni memang sebab kecuaian sendiri kalau bagitau mak konfem kena bebel last aku ingat masa nak tidur aku bukak subang tu sebab jenis aku ni memang tak boleh tidur if subang di telinga, rantai di tengkuk. rimas. so sebab dah lama tak pakai, takutla lubang kat telinga ni tertutup so ambikla pakai subang tapi dok pakai cabut macam tulah last yang aku ingat subang tu aku bukak pastu aku balut ngan kertas tisu pastu letak kat poket dalam beg merah aka longchamp celup aku tu setakat subang paku besar mana la sangat lepas tu memang terus lupa pasal subang tu tak ingat langsung nak simpan balik dalam bekas jumaat lepas masa aku tergesa gesa na

resepi mudah: laksa kelantan

Image
assalamualaikum aku perasan entri dekat blog aku ni paling banyak orang view adalah entri resepi paling banyak entri resepi mudah daging lada hitam memang dah cecah beribu ribu view maknanya ramai sangat kot orang cari resepi online.hehe dah tak payah beli buku masak segalanya di hujung jari hari tu pun aku dapat emel dari nuffnang pasal nak kena create entri iklan yoghurt ke apa ntah mesti sebab blog aku ni banyak dapat pageview dari resepi tapi disebabkan emel dari nuffnang tu masuk spam masa aku dapat tahu dari cikji, bila aku check emel rupanya dah lepas tarikh pun tapi takpelah, aku pun tak makan yoghurt, mungkin aku tak join jugak kot.hehe hari ni nak share resepi laksa kelantan memang bukan aku yang buat aku mengaku awal awal mak yang buat tapi disebabkan kali ni nak share dalam blog, so masa mak buat aku pun meluangkan masa lah kat dapur selalu aku tunggu siap untuk makan je.hehe bukan susah sangat pun senang sangta sangat remeh pun tak jugak lepas ni