welcome 2014

assalamualaikum

hampir 2 minggu lebih tak update blog
bukan tak benda nak dibebelkan cuma rasa malas and letih
last update masa birthday suami hujung bln disember ritu
kebetulan pulak besday suami jatuh dalam minggu orientasi
so aku memang lupa nak up entri pasal besday suami
lagipun hadiah dag bagi awal bulan lagi
tahun ni takde kek, takde handmade kad takde apa apa
aku wish pun lepas suami balik kedai dia kejut aku dari tidur
aku wish and cium pipi lebih kurang pastu membuta balik.hehe

tahun ni students bertambah so makin ramai dari pagi sampaila petang
setiap ceruk tadika yang 3 lot tu memang dipenuhi budak
penat memangla penat tapi disebabkan dah berpengalaman setakat ni okayla
cuma aku perasan bila penat aku makan makin bertambah
masa rehat dan tengahari mesti nak pekena nasi je
rasa tak kenyang makan ringan ringan
balik rumah malam makan juga cuma aku elakkan nasi la
rasanya kalau pi timbang ni mesti bertambah berat badan aku.hihi
jam pun makin ketat konfemlah tu

tahun ni tahun ke-3 dah aku mengajar kat tadika ni
alhamdulillah tahun ni gaji naik lagi
walau tak banyak tapi syukurla
jadi senior teacher ni memang la best tapi kita ni kalau elok asik nak dijadikan contoh
kalau tak elok kena hentam kena jaga standard as senior teacher
so prestasi kerja kena jaga
awal tahun ni semangat tu lain macam la sikit
jangan lama lama semangat makin merudum sudahla.hihi

personally, bila jadi senior teacher kita akan rasa banyak benda yang kita tahu
if nak compare dengan teacher baru
dalam kelas, cara nak jaga students, nak kena alert dengan semua benda
kita akan rasa kita berkelebihan, tapi bukan riak ye
cuma kita akan share dengan yang baru
harap harapnya tak di salah sangka nak berlagak ke hapa
kalau ada yang terasa macam tu, sila salahkan raut muka aku yang macam garang dan berlagak ni
bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.hehe

acctually, pengalaman tu yang mahal yang tak boleh dibeli kat mana mana
kita tak tahu if kita sendiri tak rasa dan tak lalui
once kita dah lalui kita akan rasa macam wow, dulu aku pun zero semua benda tak tahu, baru nak kena belajar
tapi sekarang alhamdulillah dah rasa berada di landasan yang betul
cuma kena baiki je dari semasa ke semasa
btw ilmu takkan pernah habis kan?
so terima je apa apa yang berfaedah, bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain

tahun ni aku dapat students baru
alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar
dapat feedback dari dorang katanya suka masuk kelas ticer is
walaupun ticer is garang tapi kelakar
in sha allah tahun ni nak berubah jadi ticer yang lebih baik
taknak marah marah, kena banyakkan bersabar
walaupun stduents tahun ni agak low dari segi perangai dan kebijaksanaan tapi aku lagi suka kot
aku dapat lebih banyak masa untuk ajar dan explain about something
if nak compare dengan students tahun lepas yang terlebih bijak sampai satu tahap hmmm apa lagi aku nak ajar ni.hehehe

okla dah penat membebel
meh nak share gambar sikit



4 nametag, tahun ke-3
nametag je banyak
pakai time ingat je.hehehe
maklumla ticer is glemer sebab bekeng semua budak kenal 
so tak payah pakai la kot, rosak tudung kihkihkih








new lesson plan
hopefully tahun ni dapat hantar lp ikut due date.huhu
tapi week 1 dah terbabas pun :p






husna raihanah
kena tunggu lagi 2 tahun sebelum dia dapat masuk kelas ticer is
4 tahun, tapi tersangatla cerdik 
suka sangat kalau dapat layan dia membebel
tiap tiap hari aku mesti nak suruh dia sayang aku kat pipi.hehe



sampai ketemu next entri..daaaaaaa





Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM