kota bharu - shah alam day2



assalamualaikum

hari kedua di shah alam, hari pertama berkursus
mandangkan semua siap awal konon nak cari breakfast la dulu
lupa pulak ingat shah alam ni macam kat kelantan
ingat banyakla gerai nasi berlauk berderet deret tepi jalan.hihi
berangan sudah
sepanjang jalan jenuh dok berpusing last last masuk mcd pkns shah alam
elok je siap makan masa nak bayar parking tup tup depan mata je ada kedai makan untuk breakfast siap ngan roti canai kot.huhu




aku ambik set sausage mcmuffin je pastu tukar air milo
makanla mc muffin tu aku just makan sausage je
hash brown tu sebab panas panas habisla seketul
air milo tawar n cair
kalau kat rumah rm8plus plus dah boleh nasi 2 bungkus, kuih atau air lagi.hehe
memang dasar cheapskate aku ni
lagi satu set pancake cikji punya
pancake mcd ni kalau serve dengan chocolate sauce lg best kot 
compare ngan butter n honey manis sangat

dahla masa nak bayar auto pay satu hal
dua mesin yang terdekat rosak
so pi lah nak bayar dekat dengan kaunter
tapi punyala terhegeh hegeh nak bukak kaunter
dok kira duit la dok buat kemas kaunter yang cuma ada log book dengan pen je
nasib baik aku ni tak penyabar bila tanya rupanya tunggu kawan dia pergi ambikkan kad apa ntah
terus aku tanya another akak mana auto pay lain 
lagi cepat aku berjalan pi sana dari dok tercongok depan kaunter
pagi pagi dah bikin mood kita kacau tau.huhu





matlamat utama kami ke shah alam 
datang jauh jauh ni if takde apa yang boleh bawak balik as knowledge tak tahula ;p
ni kali kedua aku masuk kursus lc
dulu first time datang as a new teacher
kali ni datang as a senior teacher yerrr
tahun 2014 dah masuk tahun ke3 ye aku bergelumang dengan pahit manis dunia pendidikan awal kanak kanak ni..macam tak caya *tepuk bahu sendiri syabassss betey.....*






wat penat je cari breakfast
kursus sejam dah break untuk makan pagi
pagi isnin nasi lemak
makanan kali ni dah di platekan siap siap 
so tinggal nak ambik je
takdela kena line up lama sangat macam kursus yang dulu
sedap nasi lemak ni kacang banyakkkkk
sapa cakap makan kacang muka naik jerawat?
mitos je semua tuuuuu





tetiba je keluar gambar pasu besar
maklumla berkursus di muzium
otw nak pi tandas yang dalam muzium
sempat lagi aku snap gambar pasu antik ni
datang dari dinasti negara china kot
tak sempat nak baca kalau salah maap ye orang shah alam
if bawak balik rumah konfem berhantu pasu ni.hihi






alah kursus kejap makan lagiii
lauk asam pedas ikan apa ntah dengan sayur campur
bolehla asal nak alas perut
aku dalam sakit tekak sempat lagi bedal oren 2 hiris
sakit belakang kira yang penting makannnn





kursus harai pertama habis awal 330 petang
sebabnya slot sampai pukul 5 khasn untuk pengusaha tadika je
so kami yang kuli ni bolehla balik awal
masa untuk kami merendekla.hihi
disebabkan ada kawan yang baru first time dorang datang sini bagila can dorang bergambar dalam muzium
dulu datang aku belum ambik lagi kot gambar dengan congkak gergasi ni
dah lupa dah takpela ambik lagi sekali





pun layan jugak nak ambik gambar kat keretapi zaman dolu dolu ni
posing posing jugak bagpack laptop tak tinggal







rumah dinosaur
ntah bila ada benda alah ni
2 tahun lepas datang takde lagi kot
dari luar dah boleh dengar bergegar bunyi kat dalam tu
tiket masuk rm10 je untuk dewasa kanak kanak rm5 kot
aku sempatla intai macam best je
takdela gelap sangat macam rumah hantu
tapi manala tahu kot time ni tengah termengandung ke 
kang takut terkenan pulak baby aku.hihi perasan tak habis habis






then blah dari muzium singgah sacc mall je
masuk vincci sempatla aku rembat vincci sepasang
saja je cari alasan wedges kat kaki dah buruk
tapi memang sebelum datang sini wedges yang pakai seharian tu tetiba terkopak tapak
nak beli dah tak sempat so suami just tampal guna gam gajah je.huhu
ada lagi satu platform 3 inci yang beli raya ritu rasa cam tinggi sangat nak pakai kehulu kehilir
dahla jauh perjalanan so pakai jelah yang dah buruk pun
tapi dah bajet datang sini nak beli sepasang kasut baru





  
aku muka boring dok tunggu cikji cari sandal dia
boleh tahan cerewet jugak minah ni
lepas satu satu yang berkenan takde saiz pulak





kena intervention dari aku jugak baru setel sandal cikji
hmm not bad jugak taste aku.hihihi

then setel kasut masuk giant jap
konon2 cari stok untuk malam dengan esok la ni
pastu terus balik then singgah tapau makanan
yang tu cite lain pulak ye
banyak skit entri.kihkihkih







Comments

  1. bestnya berkursus di muzium...boleh cuci2 mata sekali...tulah muis jauh...klu x boleh la datang kenduri kite ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM