letgo barang preloved



assalamualaikum


seminggu dua ni aku dah terjabak dengan group letgo barang barang preloved
nampak macam best je orang dok jual barang murah murah
so teringin la nak letgo jugak beberapa barang aku yang tak terguna
dari tersimpan lepas tu rosak baik aku letgo je

sabtu minggu lepas dah pos 5 barang
merata rata ke melaka, negeri 9, selangor
minggu ni baru terjual satu barang je
tengah gigih berusaha nak letgo semua yang dah masuk dalam group tu

aku masuk 2 group
satu tu memang boleh letgo barang preloved sahaja
kat group ni meriahla sikit pembelinya
group yang satu lagi pulak boleh jual barang baru kalau kita ni berniaga onlinela

nak tengok apa aku letgo?
hehe malu nak tunjuk
aku jual murah murah je
kalau ada yang nego aku bagi je
biarla rugi asal barang terjual
lagipun aku niat sedekah sekali
insha allah dapat pahala





alhamdulillah hasil jualan 5 barang ni dapat rm200 lebih aku tak habiskan macam tu je
aku buat deposit beli gelang baru dengan beli jubah cotton sehelai
atleast letgo yang lama dapat barang baru kan
so tak rugi pun
kalau fikir sayang memangla sayang tapi aku fikir rasional
guna pun tak dari dibiarkan rosak baikla let go kat sape yang berminat

now aku rasa aku macam nak ketagih dah jugak
macam ada satu kepuasan bila ada orang berminat dengan barang yang kita letgo
barangnya kadang2 tak seberapa pun
contohnya baju kurung aku jual just rm15 je termasuk pos
bila ada sorang lecturer berminat nak beli macam segan la pulak.hehe

tapi aku ni tak sesuai berniaga kot
sebab macam murah hati sangat
mudah kesian kat orang
mintak murah terus bagi.huhu





Comments

  1. group nama apa tu...nak join jugak...sbb sebelum ni dok jual kat mudah je

    ReplyDelete
  2. eh bg i link group tu. i byk barang nk let go. dr simpan baik jual kan huhu bykla rm200 tu sape nak kasik

    ReplyDelete
  3. Saya baru buka page... Saya ambil pitikan blog anda ke page FB saya ..... https://www.facebook.com/pages/Barang-untuk-Let-Go/1424642171082727?ref=tn_tnmn

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM