iftar at selera cik siti, kubang kerian



assalamualaikum


hari ni aku berbuka kat luar lagi
kawan ajak teman dia pergi beli kasut raya
mandangkan balik kerja dah pukul 5 so memangla tak sempat nak balik berbuka kat rumah
nasib baik suami okay sajo.huhu

dalam 5.30 jugak gerak dari tadika
memandangkan jalan menghala kubang kerian tak jem sangat so kejap je sampai
nasib baik parking pun jumpa walau park area bazar ramadan
then jalan je  kedai kasut
nasib baik kedai first masuk terus jumpa yang berkenan
aku pun macam biasala mesti ada yang berkenan tapi sabarrrrrrr
kang habis raya makan mee maggi je kang.huhuhu

then, survey kedai mana yang boleh nak berbuka
memandangkan aku nak makan tomyam so masuk kedai selera cik siti
lepas siap order kami gerak pegi param 
aku tapau lauk sikit pastu beli jugak air ribena laici

dalam pukul 7 kami masuk balik tempat nak berbuka
Sempatla online kejap
dalam 5-10minit nak berbuka makanan dah sampai
nasib baik datang reserved tempat awal
kalau datang lambat, aku dah siap makan ada yang tak dapat makanan lagi




tomyam campur
nampak sedap tapi tak cukup garam bagi taste akulah
tapi disebabkan hampir sebulan tak pekena tomyam kedai licinla jugak aku hirup kuah sampai sendat perut.hihihi
semangkuk sederhana besar ni rm6 je




paprik campur antara yang terbaik pernah aku makan
nasib baik sedap so boleh cover tomyam  yang sedikit tawar tu
harga sepinggan cuma rm6 je 




ribena laici 
walaupun beli awal tapi elok je berbuka air tak tawar pun memang best
masa otw nak balik singgah lagi beli 2 bungkus air
tapau nak minum kat rumah pulak
segelas ni singgit je satu





gambar tuan tanah
akupun tak faham nape gambar aku kadang muka nampak sli,
kadang snap nampak chubby
salah angle ke tukang tangkap gambar yang tak pandai?? Hehehe
masuk je kedai tanya ada wifi tak
dah siap siap tampal password kat dinding.
aku pun apalagi bukak laptop la terus
lagipun tab aku dah nsk habis bateri so better save untuk perjalansn balik nanti
budak meja sebelah tengok je aku buka laptop
lantakla aku buat bodoh je.hihihi

lepas berbuka tu terusla bergegas balik lepas hantar kawan
rasanya yang ni jelah kot last up entri berbuka
esok last ramadhan berbuka ramai ramai adik beradik rumah mak
hari ni berbuka berdua dengan suami je walau adik, abang dan kakak dah balik kampung










Comments

  1. sama la...kadang2 nampak muka real...kadang2 nampak lain macam je :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM