ramadan kareem day #7 and #8




assalamualaikum

dah petang baru nak update menu semalam dengan hari selasa
paginya bersahur aku tak masak apa pun
plan nak masak sardin tapi lauk berbuka lebih banyak
so taknak la membazir supaya tak jadi kawan syaitan kan
so makan balik yang tu je masa bersahur
lepas tu tambah dadar sahaja.hehehe
okay apa telur dadar dengan nasi panas dan kicap
sahur semalam pulak aku buat daging goreng kunyit
selera la sikit makan bila bersahur



ni menu berbuka hari selasa
ada ayam percik, gulai ikan tenggiri dengan gulai ayam
ada jugak nasi ayam
ada juga lauk sampingan lain aku malas nak snap.hehe



ni menu berbuka semalam


aku beli kerutuk daging
suami beli ayam madu
sambal udang yang kak ipar masak
sambal ikan bilis tu ada lagi sebab stok ada boleh tahan 3,4 hari.hehehe

hmm tu sajalah menu berbuka
pi mai pi mai lauk tang tu jugak
hari ni memang aku dah jem nak makan apa
ingat nak balik masak je.huhuhu




Comments

  1. gulai ayam dengan sambal udang tu nampakkkk sedapppp...next year dah tak berbuka sorang-sorang dah insyaAllah...pasni tak leh dah la nak melayan tekak sendiri je huh huh huh

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM