entri untuk pn sa'ibah


assalamualaikum

walau dah lewat sehari aku baru nak up entri pasal mak
sempena Mother's Day la.hehe
padahal baru je 2 hari lepas meluah perasaan hati terluka
tapi setakat manalah sangat
baik mak atau aku sama sama sedar salah sendiri
dah aku anak mak, mestila sedikit sebanyak ikut perangai mak kan
selalu pun macam tu kalau ada salah faham sikit mestila tak senang duduk
esoknya sama ada aku kol atau pergi rumah mak
buat buat macam takde apa yang jadi jelah

semalam pun aku just singgah rumah mak dengan suami
beli makanan sikit
sebab pergi balik kerja sekarang ni tak drive sendiri susahla nak cari kek ke apa
dulu adala juga aku belikan kek
hadiah pulak rancangnya nak belikan tudung untuk mak
tempah dengan adik kawan aku
tapi maybe lewat sikitla kot
tapi takpe sebab minggu lepas aku dah belikan sehelai kurung kedah polkadot untuk mak
untuk pakai sehari hari
dari haritu lagi dok nak pakai corak butir kacang katanya.hehe
mak pulak sedikit cerewet susah nak memenuhi citarasa dia




wah dari tepi ni nampak cun gak mak aku ni.wakaka
kulit cerah, hidung mancung
ada sebiji taik lalat besar pemanis wajah
tahun ni umur mak dah 64 ttahun
tapi orang cakap mak nampak muda tak nampak macam dah umur 60 lebih pun
keturunan kami memang awet muda kot wakaka

ni gambar mak masuk wad tahun lepas
akula yang temankan sampai demam demam gitu.hehe
orang cakap aku ikut muka mak
mulut je ikut ayah.hehe

kepada mak, terima kasihla kerana melahirkan aku
membesarkan aku
aku tahula aku ni selalu tak menyenangkan hati mak
tapi terimalah aku seadanya...

pendek kata... i lap u lah ;)

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM