random #6




assalamualaikum




ni menu makan petang
mee dengan mihun goreng ni memang femes area jelawat
dari zaman aku kecik sampaila sekarang still ada
mee mok doh orang panggil
memang orang beratur nak membelinya
portion banyak ni baru RM1 boleh campur
makan pulak dengan drummet ayamas perrgghh memang terangkat
tambah ikan bilis and kacang goreng
kena pulak ada sambal tumis ke
dia pun ada jual mee mentah jugak
lagi jadi pilihan org ramai dari mee dalam paket
lagi murah dari mee cap sampan.hehe





kalau tak makan nasi malam aku makan buah je
takpun lepas makan nasi aku makan buah jugak.hihi
stok buah memang ada dalam peti ais
limau barli ni kat area jelawat susah jugak nak jumpa
kalau jumpa memang aku beli
kalau buah yang lain melambak la





makan petang cik long belanja
laksa penang telur sebiji
kedai ni macam ramai la jugak yang singgah
tapi bagi aku tak la sedap sangat
telur sebiji separuh pun aku tak habis makan
sepinggan ni RM3
air kelapa singgit lima posen





dinner nasi goreng ikan masin
nampak sedap tapi rasa kureng
tak cukup ikan masin
dan dia gunakan sawi instead of kailan
harga rm4, murahla sebab siap telur mata sebiji




antara menu dinner aku dengan hubby last week
tomyam beli, aku buat daging goreng kunyit and telur dadar
tambah budu and ikan masin bulus ayam
pekena dengan nasi panas panas...




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM