duit kecil punya hal




Assalamualaikum

Semalam pergi kerja aku drive sendiri
So sempatla singgah beli nasi bungkus kat kat area bbukit marak
Makanannya pun okay, lauk banyak pilihan dan sedapla
Boleh kata kalau pagi kedai ni jadi pilihan la untuk orang breakfast dan bungkus

So kebetulan aku sampai, adala sorang lelaki sampai
Bukan budak tapi rasanya muda sikit la kot dari aku
Naik motor buruk je
Pakai baju pun nampak lusuh je
Pastu mukanya ala ala kesian pulak

Dia masuk dok hujung sana
Pastu lepas je dia cakap nak nasi sebungkus
Makcik yang dok bungkus nasi tu dok bebel bebel pasal duit kecil
Rupanya budak tu keluarkan rm10 nak bayar nasinya rm2 je
First time la tu aku tengok makcik tu perangai tak semenggah gitu
Selalu macam ok je walau tak mesra rakyat sangat

Dahla kedainya ramai orang
Ada ke patut dia pergi marah budak tu pasal nak bayar dengan duit besar
So aku tengok dia and senyumla kat dia
Dia pun macam segan segan je bila orang dok tengok dia

Makcik tu pun satu hal
Dah awak nak meniaga sediakanlah duit kecil
Nape nak malukan orang gitu
Lagipun rm10 je pun bukan rm50 atau rm100
Kedai awak pun kedai besar
Siap ada servis catering lagi
Hal duit kecil pun nak bising memalukan orang
Mentangla budak tu nampak macam orang miskin
Cuba kalau yang  datang tu segak pakai kemeja naik kereta
Ada ke dia nak bebel marah marah merungut macam tu?
Aku rasa tak..

Manusia memang macam ni
Suka pandang hina kat orang yang nampak miskin
Patutnya berbelas kasihan la
Actually kedai ni walau jadi pilihan ramai orang tapi takdela bagus sangat pun
Nasi and lauk sikit je, kalau nak compare dengan kedai lain, kedekut!

Pastu yang membungkus nasi tu mentangla depa sibuk pagi pagi
Muka masam macam pi telan cuka sebotol
Alah bungkus nasi je pun
Aku dulu pun biasa je bungkus nasi lemak
Tak penat pun, lipat lipat lipat siap! kihkihkih

Manusia memang macam tulah
Asal depa glamer sikit,
Asal depa bagus sikit
Asal depa kaya sikit, mulala nak lupa diri
Hai manusia manusia..

Aku yang suka menyinggah kat situ pun dah naik menyampah
Mulanya lepas aku masuk kereta tu aku ingat nak pergi tukarla duit kecil
Kebetulan ada dalam rm20
Tapi bila aku fikir balik malas ah aku nak tolong orang macam tu
Lepas ni kedai tu jadi pilihan terakhir aku jelah kalau nak beli pagi pagi
kita dah tak suka tau!







Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM