cerita musim hujan



assalamualaikum

wah macam dah lama pulak rasanya tak update blog
sekarang mood tengah menggila nak siapkan hiasan untuk kelas next year
so blog tolak tepi dulula.hehe

kat kelantan sekarang ni sepatutnya musim tengkujuh, musim banjir
tapi sebelum ni asyik panas je, hujan pun tak, banjir pun tak
negeri belah luar pulak dengarnya yang banjir

tapi 3, 4 hari ni asik mendung dengan hujan semedang
pagi, tengahari, petang sampaila ke malam asyik hujan saja
cuaca pun mendung, sejuk selesa la sikit alhamdulillah
tapi kalau nak mandi pagi pagi nak pergi kerja memang azab la sikit

zaman bujang dulu rajin la jugak nak panaskan air buat mandi pagi
maklumla kita dok kampung je
takdela nak pasang pasang heater bagai
tradisional gitu, panaskan air pastu campur je dalam baldi.hehe

tapi sebenarnya aku hari ni nak membebel pasal pengguna jalanraya di musim hujan
maklumla dah namanya hujan adala lopak air asyik beratkung di tengah jalan
otw nak datang kerja tadi ntah macamana aku terlalai
termasuk dalam lopak air tak sempat nak perlahankan kereta
tinggi jugak naik airnya terpercik kat tepi jalan tu
dahla situ area kedai, nasib baik awal pagi la jugak
harapnya takdela terkena sesiapa
memang tak niat nak buat naya pun tapi tak sengaja

teringat satu kes 2 tahun lepas dalam hujan aku bergegas nak pergi interview kerja
masa tu agak laju la pecut kereta
elok sampai kat air banyak tengah jalan aku terlupa nak brek
kebetulan kat sebelah tu ada sorang lelaki tengah bawak motor
memang kuyup la basah dia

dalam hati aku ni rasa menyesal and bersalah sangat sangat
dahla dia macam pakai kemas kemeja dengan slack 
habisla basah nak ke tempat kerja
tapi benda dah jadi nak buat macamana
kalau kena kat kita pun konfem naik marah

sejak dari tu memang aku beringat sangatla kalau bawak kereta musim hujan
kesian yang naik motor atau yang tengah jalan kaki ni
bukan kita hebat pun kalau bawak kereta
tapi bertimbang rasalah di jalan raya
pesanan untuk diri aku sendiri dah juga orang lain


:)




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM