terkena lagi...



assalamualaikum

asal je musim hujan panas macam biasala 
aku dengan suami hadapi akan menghadapi masalah kesihatan
start dengan suami  selsema, and maybe ada demam sikit kot
muka pun monyok semacam

aku pulak tetiba semalam sakit perut, sakit belakang and sakit kepala non stop
telan ubat pun memang tak jalan
menjelang petang balik kerja macam okay saja
siap bergumbira melantak chicken chop with mek long lagi

tapi elok sampai je rumah mulala memulas mulas rasa senak di ulu hati
rasa sakit belakang badan
tengkuk pulak rasa tegang je urat
kepala jangan cakapla berdenyut denyut
rasa macam nak hantuk di dinding saja

antara faktor yang menyebabkan aku menderita ni rasanya:
pemakanan aku; bercampur campur semua aku bedal dari pagi sampai malam, makan non stop
emosi aku; stresssssssss
persekitaran; kucing berak dalam bilik and bilik sebelah, bangun pagi elok bau je terus berdenyut kepala

for info, aku memang terlalu sensitif dengan semua bau busuk dan terlalu wangi; konfem sakit kepala.hehe

kebetulan suami pulak ada janji bermain futsal dengan kawan ofis
so menderita la sakit malam tadi keseorangan
bila suami balik suruh dia sapukan susu kambing dan urut urut sikit baru boleh tertido
tersedar subuh, terus mesej principal cakap takleh mengajar tuition pagi ni
la ni pun still rasa lemah lemah badan lagi :(






Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM