ramadhan - 3rd day



assalamualaikum



bersahur dengan lebihan lauk  berbuka je
lauk basah ada tapi malas sangat nak memasaknya
lagipun aku makan sikit saja
nanti lauk tak berusik membazir lagi
kalau membazir suami pulak bising

hari ni berbuka dengan kerabu mangga lagi.hehe
hari ni beli lebih sikit dari semalam sebab nak simpan bersahur
harapnya tak basila.hehe

beli ayam percik seketul pun tak habis
B langsung tak sentuh
beli jugak paprik ayam untuk bersahur
B biasala sambal bilis kering pilihan dia
pastu aku goreng pulak ikan bilis garing dengan bawang besar
untuk B jugak
ada jugak gulai terung from SIL

kuih hari ni pulak beli akok
tapi sebab nampak macam kering je
so aku tak makan
teringin nak makan akok jagung bazar telipot
sedapnya..lembut lembik basah
rasa pun tak manis sangat
memang menepati selera aku

air pulak b beli air tuak untuk dia
aku minum air kelapa lagi sekali
teringin sangat nak minum air asam boi dengan limau nipis
suami pulak tak bagi beli.hmmm

puasa hari ni B sedikit  badmood
bising sebab lambat hidang makanan
padahal lambat gila je pun nak berbuka lagi
membebel macam mak nenek saja
lantakla..orang puasaaaaa kan
menyampahsss





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM